Pertama-tamanya, aku ingin mengucapkan 'Selamat tahun baru masihi 2013' kepada hangpa semua pembaca sekalian.Semoga kalian semakin power dan cemerlang.
Masuk tahun 2013, bermakna lagi tujuh tahun lagi nak sampai tahun 2020. Bila aku pikir tahun 2020, secara auto aku teringat Wawasan 2020 dan masa tu aku pikir Malaysia memang maju tahap gaban punya. Dulu waktu aku darjah satu,dua macam tu lebih kurang,aku pikir bila tahun 2020, Malaysia ada kereta terbang, jalan raya sesak di udara siap ada trafik 'light' lagi (ala, yang macam 'Back to the future' punya cerita tu), manusia tak perlu jalan kaki lagi sebab ada alat bergerak auto canggih, pergi sekolah tak perlu bawak beg berat-berat dan macam -macam lagi benda yang canggih.
Tapi aku mengaku lah yang masa tu aku punya pemikiran pasal masa depan banyak dipengaruhi dari TV dan aku tak salahkan TV masa tu. Lagipun masa tu internet memang aku tak pakai lagi. Kebanyakan cerita dan bayangan pasal masa depan aku bersumberkan dari cerita-cerita omputih yang aku tengok dekat TV1 dan TV2, serta tak dilupakan TV3 (sebab masa tu ada 3 siaran TV saja);seperti cerita Terminator, Gaban, Tron, Robocop, Back to the future, Star Trek dan macam-macam lagi lah.
Masa tu kalau TV1 tak syok, hangpa boleh kalih tengok TV2 dan kalau TV2 tak syok, kalihlah pulak tengok TV3 dan ulang semula seterusnya. Selalunya TV3 banyak cerita best. Tapi kalau nak tengok 'movie' omputih yang best aku dan abah aku akan layan 'Dunhill Double' dekat TV2.
******
Sempena 2013 yang bakal menjelang ni, ada tiga benda aku set nak laksanakan. Aku set ja lah. Bab-bab nak laksanakan tu nantilah cerita. Perkara tersebut seperti di bawah:
1) Nak belajar bahasa Tamil dan Mandarin, demi merapatkan ukhuwah kaum di Malaysia yang telah merdeka selama 55 tahun.
2) Nak belajar dan seterusnya pandai berenang. Bab ni aku pikir dah lama nak belajar berenang sebab aku memang tak pandai berenang. Aku dah plan baik punya nak belajar berenang sekali dengan Nur Adelia masa hantar kelas berenang dia nanti. Sorfina dia dah pandai berenang takpa lah.
3) Nak beli kereta Hummer. Kabornya senang nak guna balik kampung nanti.
p/s : Aku pikir bab nak beli kereta Hummer tu mungkin aku akan 'drop'. Susah tak patut rasanya nak cari 'spare part' dan tempat service bila jadi apa-apa nanti kat Malaysia ni.
No comments:
Post a Comment