Friday, December 31, 2010

Adios 2010, bienvenido 2011 !!! - edisi 2

       

         "Azan Maghrib sudah berkumandang menandakan Doraemon sudah mau start"...     

        Tak sudah lagi cerita pasal 2010. Aku ada cerita sedih jugak na habaq, tapi, biarlah aku sendiri ja simpan. Biasa lah, muka kena garang, perangai kena kejam, dah la pernah jadi Along, tapi, dalam hati pun kena ada 'taman' jugak bro. Aku minta maaf sangat-sangat pada si "K" kerana telah melukakan hati dia. Aku rasa aku bukan jodoh dia dan dia juga bukan jodoh aku. Em, maklumla, aku bukan biasa benda -benda macam ni, aku fikir masa depan. Ini benda sirius. Lagi serius lagi Blog Serius Obe. Nak tau lebih lanjut, bole la email dengan aku. "Ceh, bajet artis", getus aku sendirian.


       Pertambahan anak dan kelahiran anak sulung juga berlaku dalam 2010. Tak berlaku kat aku, tapi sedara-mara dan member-member, tak kira la member sekolah ka, kerja ka, universiti ka dan lain-lain.Member yang baru dapat anak sulung, kalo tak silap aku, K. Fadhlina, Nadia, Enif, Syahril, Sumathi, Amirul, Nolia, dan sapa-sapa lagi. Member univ, Midie, Razali, ex-housemate aku Hisha, dan sapa-sapa lagi. Member skola, ni aku tak pasti sangat. Yang aku tau, Pidot Azizi je. Yang lain dalam proses ja kut. Paling aku happy sangat-sangat, aku dapat jadi 'Pak Long Mi'. Semua sebab Kak Nur, merangkap kakak saudara aku dapat baby (juga cicit sulung family opah aku belah mak). Comel dan debab sunguh. Khalyssa Wafa nama dia.

Arwah Maklong Kiah tersayang (3 dari kanan) dalam kenangan semasa kenduri kesyukuran Lyssa (July 2010), beberapa bulan sebelum kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya tenang disisi Allah s.w.t. 


       Dalam suka, pasti ada duka. Yang pergi pasti akan kembali menemui Yang Maha Pencipta. Tahun 2010, aku kehilangan seorang yang orang yang aku cintai dan aku sayangi, Mak Long aku. Mana taknya, 2 tahun lebih aku duduk dalam jagaan dia (time darjah 5-6). Seingat aku, ada member keja nama Haseen juga kembali ke rahmatullah dalam bulan April. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.

      
       Kalau pasal kahwin pulak, 2010 memang banyak perkahwinan yang berlangsung dan berlaku dalam hidup orang-orang yang aku kenali dan rapat.Paling diingati, Pak su Ucop aku. Kahwin lagi beb. Naiss la Pak Su. Steady. Banyak lagi yang kahwin, sorry la tak dapat nak cerita satu-satu, tapi aku ingat sebenarnya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya.   

Ok. Aku nak layan Doraemon balik ni. Chiao..




     

Petang Jumaat di ambang 2010

          

           " Motor abang ni teruk ni, kena oberhol ni." ujar Brader Syam.

           " Rasa-rasa abang berapa agak-agak? "

            Brader Syam reply. " Dalam 3 ratus. Tu belum check sproket lagi tu."

Adoi. Parah-parah. Dialog diatas tak ada kena mengena dengan aku pun. Aku saja dengar brader Syam sembang dengan sorang brader lagi dekat bengkel motor Syam tadi lepas solat Jumaat. Aku memang selalu 'repair' dan 'service' motor aku dekat bengkel brader Syam. Maklum la, motor Modenas Kriss 1000cc SE aku tu mana bole repair dekat kedai cikai-cikai. Nak repair mesti dekat bengkel 'standard' yang boleh repair motor Ducati, Honda CBR, BMW, dan Kawasaki je. Ok, tu aku tipu je. Saja je meraban lebih.

        
        Motor Kriss hebat aku tadi aku bawak ke bengkel brader Syam sebab tayar depan pecah. Alang-alang tukar tiub, aku tukar tayar terus sebab tayar aku memang size kecik. Memang 'rare' sikit. Aku tukar tayar 'standard' pulak.Nasib baik motor ni masih berupaya lagi bergerak sejauh 6km dari hospital Kulim ke taman aku walaupun tayar depan dah pecah. Hebat tak hebat. Aku kemudian 'request' brader Syam untuk tukar minyak hitam jugak(yang dah berbulan aku tak ganti, bagero sungguh!).


        Tengah aku ralit tengok brader Syam duk tung tang tung tang, aku ternampak ada sejenis tumbuhan yang berduri. Alamak. Terkenang masa kecik la pulak. Dulu aku selalu main benda ni 'time' darjah-darjah dulu. Baling-baling dekat belakang baju sekolah member tak kira laki atau 'pompuan'. Pastu tengok diorang kena garu-garu sebab benda tu buat jadi gatal sebab dia mencucuk-cucuk. Jahanam sungguh aku ni. Aku pun tak ingat nama apantah pokok ni. Kalo korang tau, boleh la 'roger' aku na.

Tumbuhan ni aku suka main baling-baling dulu dekat belakang baju kengkawan sekolah rendah. Kira macam 'Ninja star' a.k.a Shuriken le bagi aku.


           Brader Syam cakap dia mau tutup awal bengkel motor dia petang ni. Katanya, nak bawak anak bini dia pergi tengok bunga api dekat ambang tahun baru dekat Penang. Layan gak tu. Dia cakap lagi, aritu team futsal dia menang 'tournament' futsal dekat Putrajaya dan dapat hadiah RM 20K. Pergh. Duit tu diorang ade buat kenduri kesyukuran. Venue kenduri dekat Kulim Arena. Dia cakap semua dijemput hadir.

         " Wah, ini sudah bagus", cakap aku. Haha. Apalagi, kalau nak makan free, malam ni pergi serbu Kulim Arena la. Kalo korang nak tau, Kulim Arena tu tempat aku selalu men futsal. Condition ok la jugak. Tak sangka aku yang brader Syam ni 'power' men futsal. Respect2.

         Motor aku dah siap. Sudah bayar and aku dah nak gerak, hujan dah rintik-rintik. Memang ngam-ngam. Aku start motor dan terus merempit ke rumah yang jaraknya dalam 1 kilo lebih dari bengkel brader Syam. Petang hujan-hujan ni sedap cari goreng pisang panas ni...


     

Najib bagi cuti

      

      Bersempena kemenangan sulung team bola sepak Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki yang lalu, PM Najib1M dengan murah hatinya mengumumkan cuti pada 31 Disember ni. Memang kalau tak umum cuti pun aku rasa ramai yang akan 'apply' leave sebab nak balik kampung. Kena pulak 1 hb Januari  hari Sabtu, boleh 'assume' cuti tu di 'carry forward' ke Isnin. Torba-ek la cuti-cuti 1 Malaysia.


      Disebabkan cuti ari Jumaat ni, aku 'plan' memang nak bangun awal sikit dari masa normal. Bukannya apa, teruja aku nak join aktiviti 'Tai Chi ' bersama aunty2 dan Ah So - Ah So dekat taman aku. Selalu aku nak gerak pergi keja dekat sawah padi yang berhampiran dalam pukul 7.50am, aku tengok diorang dah siap2 nak bungkus dah nak balik. "Patut la badan bergetah lagi aunty-aunty ni, kuat tai-chi rupanya", naluri aku berkata.

 
       Paling lawak, bangun-bangun lepas subuh, aku on komputer riba, baca news sikit, alih-alih keluar cerita pasal Markus, penjaga gol Indonesia. Terus aku teringat dekat Ap, cousin Sorfina.  Ap, jangan marah na. Hang lagi hensem dari Markus. Itu aku jamin.



"Kami bukan kembar seiras. Lain bapa dan lain emak. Apa-apapun, kami tetap serumpun", ngomong Markus.



    
 P/s : Jangan marah na Ap, kami semua sayang kamu. Hikhik.

Thursday, December 30, 2010

Adios 2010, bienvenido 2011 !!!

        
         2010 dah nak melabuhkan tirai. Kalau ikut kalendar Hijrah, dah masuk hari yang ke 24 dah dalam bulam Muharam 1432. Camne ni bai, dosa lama dah betaubat ke belum, hutang berlambak lagi keliling pinggang, kahwin tak lagi (nasib baik tunang dah), baju belum seterika, resolution list untuk 2011 belum buat lagi,dan lain-lain lagi.


          Bila check-check balik 2010, aku pikir still banyak benda lagi aku nak kena buat ni. Bungee jumping salah satu daripadanya. Sebagai rakyat marhaen, 2010 bagi aku merupakan zaman penyelarasan taraf hidup. Ya, penyelarasan taraf hidup. Ini disebabkan subsidi gohmen telah dikurangkan, maka penyelarasan harga barang dapat dilakukan. Rasionalisasi subsidi goh-men katanya.Memang shilake dan cukup clitche.

         Aku nak mention dua barangan ni ja, sebab aku memang betul-betul ingat, yang lain tak ingat. Seingat aku, bulan Jan 2010 ada kenaikan harga, kemudian bulan Julai, kemudian naik lagi Disember. Macam haram. Mau 3-4 kali harga barang naik dalam setahun.

 Barang                      Awal 2010                   Akhir 2010
Gula                             RM 1.45          -->      RM 2.10
Petrol RON 95            RM 1.80           -->      RM 1.90
Diesel                           RM 1. xx          -->      RM 1.80
LPG                            RM 1.80/kg       -->     RM 1.90/kg

         Nasib baik aku banyak menghabiskan tahun 2010 dengan makan Maggi. Sep sikit. Tak payah guna gula. Air minum air masak sudah. Kuang kuang kuang.


         2010. Owh, tahun dimana aku berjumpa Sorfina dan tahun yang sama juga mengikat tali pertunangan dengan si dia. Syahdu- syahdu. 13 September, ngam-ngam 5 hari sebelum ulangtahun kelahiran aku yang ke-52. Hadiah paling terbaik dari ladang aku pernah dapat. Ok, nak layan jiwang jap. Jumpa lagi. Chiao.


Jom makan kek. Pekena pulak dengan kopi O kaw memang layan.




Ancaman Julia Perez tidak berkesan, tahniah team Malaysia!!

         
          30 Disember 2010 tarikh bersejarah tercipta lagi.Tahniah team bola sepak Malaysia. Nampaknya taktik 'Coli berlaser Julia Perez' gagal menghalang Malaysia daripada memenangi piala AFF Suzuki yang sulung setelah kejohanan ni start dari tahun 1996 lagi. Tunggu punya tunggu, last2 tahun 2010 Malaysia menang. Dulu 'tournament' ni dikenali sebagai 'Tiger Cup'.



"Yabedabedoo. Bukan setakat kasut emas, piala suzuki Swift pun gua dapat jugak", teriak Safee.



         Aku di Kulim ni hanya menonton siaran langsung dari Bung Karno di rumah. Aku sungguh berasa bangga dengan taktikal bertahan dan 'counter attack' yang dilancarkan. Hasilnya, Safee Sali dapat jugak sumbat gol. Tapi tak bertahan lama, lepas tu Indonesia score pulak 2 bijik, menjadikan aggregat 4-2. Bekalan 3 - 0 di Bukit Jalil nyata tak sia-sia bagi kem Malaysia.


         Taktik ala-ala Mourinho 'The Special One' iaitu 'park the bus' berjaya dipraktikkan dengan baik oleh K Rajagopal. Aku tengok Malaysia dapat bola je terus clear. Possession hampas, control ball hancur, tapi defend memang superb. Kesian Indonesia. Serang bertubi-tubi pun takda hasil. First half steady. 0-0.


          Masuk 2nd half, Indonesia punya angin kuat lagi, tak pancit lagi depa. Serang lagi. Tapi tak juga gol. Last-last minit ~60 Safee Sali sumbat gol cantik hasil 'counter attack'. Padan muka kau Markus botak. Jangan bagi reason sebab laser lagi. Tapi ~10minit lepas tu Indonesia pulak 'score'. Sapentah nama. Lepas tu 'score' lagi. Macam biasa, ala- ala Mourinho, Malaysia main bertahan sampai ke sudah. Wisel ditiupkan tanda tamat sudah permainan. Indonesia 2 - Malaysia 1. Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Yabedabedooo!!!! Rumusan aku untuk match tadi dan  tournament amnya, 2 player Malaysia yang power dan bakal dikenang sebagai 'legend' ialah Safee Sali dan keeper muka Chinese-look, Khairul Fahmi. Di ulang, FAHMI. Tapi aku tak adalah macam Chinese-look, barangkali, Turkeminikistan-look.


          Dalam kegembiraan menyambut kemenangan sulung Malaysia dalam kejohanan ni, usah dilupakan ulangtahun peristiwa tsunami yang berlaku dekat Asia, dan Malaysia khususnya. 26 Disember 2004 dulu Malaysia pernah kena tsunami paling dahsyat. Al-Fatihah  buat keluarga mangsa-mangsa tsunami. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmatNya.




      

Wednesday, December 29, 2010

Ganyang Malaysia, Konfrontasi, buluh runcing, tarian pendet dan Piala Suzuki (swift)

      
       Balik-balik cerita bola. Malam ni pukul 7 pm waktu Malaysia, di stadium Gelora Bung Karno, 2nd leg final Piala Suzuki pulak. Ntah apa yang bakal terjadi malam ni pun aku pun tarak tau. Jom nonton kat TV.

       Lepas insiden laser kat Buki Jalil, aku tak tau ape pulak yang bakal berlaku dekat Bung Karno. What is Bung?? Apa yang aku tau  one of our MP's ada kahwin dengan sorang hawt celebrity and his name is Bung Wahab. Shilake. Lucky you. Tak pernah2 aku tengok sorang MP masuk Melodi pasal gosip artis, tapi kau ni...memang aku salute la.


Selamat pengantin baru, bro Bung. Lucky you. Jaga Kinabatangan elok2 na.



       Aku malas nak cerita lebih2 pasal Safee Sali yang media Indonesia cop dia keturunan Acheh. Apa ada hal? Kita kan serumpun. Kalau macam itu, baik aku claim kita semua asal dari Adam dan Hawa. Tak kesah la dia asal mana pun, janji warganegara yang sah. Yang hebat semua negara hang punya, yang macam Khalid Jamlus tak mau pulak korang claim asal dari Yogjakarta. Nate sungguh.

       Baca Metro semalam lepas main futsal lagi cam haram. Aku jarang baca Metro, kalau baca pun sebab ruangan sukan je. Cover page memang tajuk dia bagai. Content hancur dan non-value added. Tapi bagus jugak la, at least bawak sumber berita yang lain dari yang lain. Haha. Tajuk depan semalam, selain pasal media Indonesia kutuk team bola sepak Malaysia, ada tajuk yang second besar. Pasal Julia Perez.

      Pertama kali aku dengar nama Julia Perez ni. Tajuk  Metro semalam (cover depan),'Hati-hati serangan Coli Laser Julia Perez'. Waddafak. Macam haram sungguh. Pastu ada muka Julia Perez. Lawa jugak. Mekap tebal je kut aku rasa, kalau tak, hancur je kut sama dengan boyan-boyan yang lain. Nak tau lebih lanjut pasal Julia Perez, sila Google sendiri na. Tengok gambar dia yang kain tak cukup pun boleh. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Haha.

      Apa - apa pun, semoga berjaya pasukan bola sepak Malaysia. Jangan lupa doa dan solat dah la. Korang tu boleh buat jamak.





        

Tuesday, December 28, 2010

Combo gift

          
        Ahad malam aritu aku tengok Malaysia lawan Indonesia Piala Suzuki. Disebabkan aku ni bukan seorang Ultras team M'sia, tengok dekat rumah sambil di kiri dan kanan aku ada bantal sudah memadai. Aku jugak ada bancuh teh'o panas buat pembasah tekak.

         Malam tu just aku dengan Pakchad je ada dekat rumah. Acap pi Kay-Ell, Jeri pula entah kemana. Terengganu rasanya, khabarnya menunggu penyu mendarat. Berbalik pada game tadi, kitorang tak buka saluran 801 sebab komentar dia yang tak menghiburkan. Dato' Hasbullah Awang tetap pengulas sukan terbaik bagi aku, walaupun sentiasa mendapat cemuhan aku juga. Terhibur dan geli perut aku mendengar komentar beliau.

       Malaysia bermain begitu cemerlang sekali. Aku tanya Sorfina. "Kamu tengok tv cerita apa?" .Respon dia "Tengok Grey's Anatomy!". Lulz. Ah, biarkan. Setiap individu punyai minat masing-masing.

        Malam itu tengok game memang puas. 3 kali aku menjerit (sebab 3 kali gol), dan serentak dengan itu anjing jiran aku, Aunty Chia turut menyalak, seakan-akan megetahui pasukan Malaysia menjaringkan gol. Puas aku malam itu. Tapi, bagaimana pula nasib-nasib warga Indonesia di sini? Adakah mereka akan ambil MC daripada bekerja keesokan harinya akibat kekalahan itu? Siapa pula yang akan meyusun batu-bata, menyiapkan kerja bancuh simen dan lain-lain lagi? persoalan itu yang bermain-main dalam bicara post match aku dan Pakchad.

       Paling aku ingat kat game tadi eksiden pancaran laser ke arah keeper Indoesia, Markus. Dah la botak, mana tak berkilat kepala dia bila kena. Disebabkan dia claim yang penonton still duk laser kat dia, referee stop game ~5 minit. Lahanat betul. Bagus jugak. Bole aku bergayut kejap.


Terima kasih abangku Wenger atas tunjuk ajarmu. Akhirnya adik berjaya menumpaskan Indonesia.

******


        11 p.m. Malam yang sama. Aku marathon pulak tengok game Manchester United. Malam tu bekas anak buah Ferguson, Steve Bruce bertandang balik ke Theatre of Dreams. Berbekalkan kemenangan 3-0 lalu Sunderland ke atas Chelsea, team Bruce ni bukanlah boleh dipandang remeh. Silap-silap, United bakal berdepan nasib sama dengan Indonesia.

        2 a.m. Game habis. Result, United 2- Sunderland telur ayam dibasuh. Nasib baik si Bebal-betov tu score. Game memang best tak hengat. Terpegun aku sambil membandingkan dengan gaya permainan Malaysia beberapa jam lalu.


******

        Owh. Kealpaan aku terhadap bola membuatkan aku terlupa untuk meng-wish Happy Birthday kepada Sorfina. Bukan maksud ku untuk terlupa, tetapi esok kan masih ada untuk kita keluar meng-selebretkan bersama. Alamak, birthday gift ? Mana aku nak pi beli pagi-pagi buta ni ? terlupa. Aiseh.

******

        4 a.m. Aku terbangun. Bukan tersengaja ataupun ingin semayang tahajud ataupun membuang cecair urea, tapi dek teringatkan so-called Big game antara Arsenal dan Chelsea. Memang dua-dua aku tak sokong pun, tapi dek kerana semangat bola itu sfera, aku tetap nak nonton juga.

       Berbaloi. Dapat gift lagi. Arsenal 3 - Chelsea 1. Another 1 more Boxing Day match esok. Enjoy.



p/s : Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat akan Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". [Al-Aaraf, 143 ]

X.P.D.C -Cinta

     
       Aku suka dengar dan layan lagu XPDC, mainly sebab vokal Mael yang sengau2 sedap tu dan juga sebab vokal Ali yang mantap. Suara lelaki sejati. Tak macam Beckham. Nampak ganas maen bola,ada tattoo, tapi suara...


        Ok. Cukup pasal X.P.D.C. Aku cakap pasal X.P.D.C sebab nak buat mukaddimah pasal cerita cinta.Entah macam mana dulu aku aku boleh minat baca novel2 cinta (darjah 4-6, lepas kena sunat). Apalagi zaman tu yang meletop novelis dia Ahadiat Akashah, kalau tak silap aku. Semakin menginjak dewasa, aku dah tak layan novel cinta, kerana aku dah terjebak dengan benda lain. Benda lain ini tak perlulah untuk aku ungkapkan dekat sini. Mau sampai subuh gamaknya untuk aku coretkan.


        Dulu aku ada pi satu kedai buku dekat KLCC, nama dia apantah,Kinokinuya rasanya, dengan beberapa rakan lelaki. ( Kinokuniya was originally a lumber and charcoal dealer in Yotsuya; and after the Great Kanto Earthquake of 1923, the business was moved westward to a new location in Shinjuku where it was re-fashioned into a book store.[1],, source : Wikipedia). Aku perasan yang si member aku ni dah ambek satu buku dari Relationship and Family section .Ape kejadahnya. Selalu yang aku tau dia ni selalu baca buku pasal bola, bola, dan perempuan je.Owh, aku terlupa. Time tu aku still belajar kat univ dan kena buat topik pasal kekeluargaan. Seriusly aku dah tak boleh ingat sapa tulih buku tu tapi kitorang dapat buat kesimpulan yang penting dari buku tu. Oleh sebab assignment kena submit in English, itu pasal kami kena cari buku omputih. Kesian orang putih yang kulit tan. Tak bole panggil depa omputih la. Orang u-Tan kut lagi sedap.


        The author is a guy .Dia points out that the way men love differs from how women love. Women love someone with a lot of mushiness, soupiness and sentimalism. When a woman loves a man, she will take care of her loved ones in every possible way that she can. When her man is sick, she will be there for him, prepare warm chicken soup for him and feed him, rub his back and hold his hands, make sure he takes medicine, stay next to him in case he needs her to do something to make him feel better, in short tend to him attentively until her loved one is fit and healthy again. Even if her man hurts her deeply with his actions or words, she (I mean, if she really loves this man) will always forgive and will still be willing to sacrifice anything for him. That's how a woman loves.
        So, aku cuba ungkap balik apa yang mamat penulis buku tu tulis dalam buku dia tu. Ada ayat yang aku cilok bubuh dalam phrase di bawah jugak. Haha. Credit to him.

          Yet, for a man, their methods of loving a woman is much more simple and less complicated. They don't tend to show off their affection and care the way us women do. And how a man loves is based on 3Ps which are Profess, Provide and Protect.

          Let begin with Profess, if a man loves a woman, he would be proud to tell everyone that she is his woman. He may not always display his affections, but when a friend asks him 'Who is she?', he will proudly hold her hands and his answer will always stay the same 'Oh, this is my girl, bro!' or else similar macam tu.
        If a man loves a woman, the real man will always try to Provide her with anything that she needs be it materials or supports. He will always be aware of his responsibilities towards his woman and work hard to fulfill them. And it will be his pleasure to do so.

        Protect, when a man loves a woman, he may not stay by the bed when she is sick or rub her feet when she is exhausted from walking long distance in high-heeled shoes, but he will do anything, go through everything before he let anything or anyone hurts or harms his woman. That's what you can expect from a man when he loves a woman.

         So kakak-kakak semua,ah moi,chikas2 and awek-awek d luar sana, bila korang punya pakwe, laki, does all these 3Ps, stop complaining that he's not being romantic and stuff like that, because men do love differently from women. When your man does all these 3Ps, you can be sure that you're with someone who really loves you. That much you can believe.Ok, aku ulang balik na, penulis buku tu adalah lelaki. Cheers !


p/s : Happy birthday ,cik Sorfina!

Sunday, December 26, 2010

Musim kahwin

        Kat Malaysia ni beside YES (year end sale) punya event, dah jadi lumrah ada beribu wedding ceremony yang akan diadakan. Aku tak terkecuali dapat dalam berbelas jemputan;samada dari member2 sekolah, relatives, member univ, sekolah pondok bahkan member kepada member jugak. Sorylah to all the Ms Bride and  Mr bridegroom, aku xdapat nak attend semua invitation yang di bagi. Terima kasih bebanyak sebab duk jemput. InsyaAllah, kalo korang ada rezeki lebih and kahwin 2,3,or 4, aku pi. Sunnah tu kahwin sampai 4, tapi kena adil dan mampu la. Aku tak.

       Aku patut pi member satu lec aku punya kenduri kahwin kat Bayan Lepas hari ni, tapi tak dapat datang atas alasan aku kena jumpa member kepada member aku ni. Adik aku beli kamera kat dia. Aku jadi middle man ja. Maklum la, mana mampu nak guna kamera  mahal2. Guna compact dah cukup bagi aku. Tapi nanti aku pasang impian nak jadi macam Kukubesi or Saiful  Nang. Dah expert, aku nak up lagi nak jadi macam Huỳnh Công Út. Period.


Gadjet D60 baru adik aku angkut tadi. Aku tak tahu menahu pasal kamera ni. Kita serahkan pada yang pakar.
     
        Kahwin. Persoalan yang kadang2 membingungkan sesetengah individu macam aku ni. Dah ready ke belum ni bai? Physical dah. Rasanya dah boleh bagi mengandungkan anak orang dah ni. Tapi mental and duit dah cukup ka? Cukup dah rasanya, nak top up sikit je lagi. Dah kahwin senang hidup rasanya. Bebas dari terbuang masa aku duk usha2 awek dalam fesbuk, myspace atau friensdster. Semua dedicate kat the other half ja cukup. Seronok dapat, pahala dapat and semua benda buat bersama jadi value added.

      Cakap pasal kahwin ni aku punya minuman feveret time kenduri kahwin is Sirap limau. Aku tak tau sebab ape sirap limau kenduri kahwen memang rasa dia superb sangat. Maybe kandungan perencah sirap perisa ros dan bilangan limau yang digunakan memang benar-benar mengikut sukatan selera aku. Aku tak kesah le air tu depa guna air paip pun, janji rasa dia superb.


"Aduss, terliur pulak aku dengan air sirap limau ni" aku bermonolog. Mata aku meliar keluar tingkap kereta menjenguk-jenguk signboard2 kenduri yang ada sekitar area sini. Kut- kut la bole pi pekena air sirap limau free ka....


Feveret kartunis aku, Lambok. Kartun dia lawak macam jahanam. Berair mata aku.

     
sumber kartun: http://ron7.net/2010/09/sisipan-kartun-bhgn-7/


p/s : "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, " [ An-Nisa,36 ]
      

Saturday, December 25, 2010

Warden

          Tengah aku maen muka buku tadi, secara tiba-tiba ada gambar muka warden aku time duk hostel dulu keluaq dekat 'Friend's photo album' tu. Bersua semula kita ya? Sesiapa yang pernah belajar dan duduk hostel dulu semestinya mempunyai kenangan manis, pahit, masam, masin dan payau bila teringat warden di sekolah dulu.

          Aku try recall balik siapa warden aku dahulu. Antara yang 'legend' seperti 'Parang Gila', 'Girang', 'Tihot Kedis', 'Jimiray', 'Barakak', 'Oli Hitam', 'Rafi Onggek', 'Queh', 'Pulau' dan tak lupa, Ustaz Zul. Masing-masing ada gelaran. Hey sedap pa nama -nama tu semua. Nama-nama tu semua ada sebab tersendiri yang cukup berkait rapat dengan para warden  tersebut.

         Paling aku adore, semestinya 'Parang Gila'. Dia dapat nama bersempena komik Parang Gila karya Wan Yat Leung. Kira komik tu seangkatan dengan Pendekar Laut, tapi ni hero dia pakai parang. Warden ni pulak kami ibaratkan rotan dia macam parang dek jurus kilasan parang yang dia lancarkan 'time' nak melibas.Bagero. Aku punya punggung yang empuk ni penah banyak kali jugak merasa 'parang' dia tu. Bukan setakat dalam dorm ja, tapi di bahagian depan surau pun jadik. Tempat imam. Dah la berhadapan dengan para junior semua. Time tu aku form 4. Jibaok betul. Bayangkan la lahanat tak lahanat kena rotan sebab pegi minum air 'water cooler' dekat area dewan sekolah time ada tazkirah. Hari tu hari Khamis. Kebiasaanya rutin hari Khamis lepas baca Yasin akan ada slot tazkirah in meantime sebelum Isya'.Aku dengan 5 orang member laen memang tengah dahaga gila time tu, tu yang kitorang nak pi meneguk jap. Dah la tak pakai spenda hari tu.

         "Piap"

         Adoii.Lepas sedas.Terpercik daging punggung aku. Macam kena sebat penjara la pulak. Tapi tak da la, saje je bagi korang ngilu. Sakit cam haram. Berdengung punggung aku. Selalu kalau dah nak kena rotan ni ,especially 'public canning' time assembly hari Isnin memang kitorang dah prepare pakai 'short' rugby 2-3 lapis plus boxer lagi. Bajet rotan-proof la. Tapi terasa gak lagi. Nasib baik tak dak student perempuan kat skola aku, kalo tak, lagi jatuh la saham aku ibarat saham Nikkei kat Jepun tu.

          Antara kesalahan laen yang membolehkan seseorang warden tu merotan dekat sekolah aku adalah kalau student sembahyang dalam dorm, atau in short term, So-dorm ( Solat dalam dorm). Haha. Bunyi macam sodom kan? Cilanat. dah la skola sume 'batang' je. Sure lawak kan kalo terdengar balik dialog macam ni:

        "Weh, ko tolong aku kaver line jap. Aku nak Sodom ni.Kalo warden datang ko cepat-cepat ketuk pintu"

         Ha ha ha. Kalau orang marhaen dengar sure anggap kitorang nak melakukan sesuatu di luar tabii. Tapi tak, kitorang just nak tunaikan kewajiban. Ni sume sebab malas nak pi surau eventhough surau sekolah dekat ground floor je.

          Ade lagi yang spesel tentang warden skola aku. Len kali la aku sambung. Nak pi 'membuang' jap dulu. Chalo bettey.


p/s:  "Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhir membuat lubang padanya. Musa berkata: "Mengapa kamu menebuk perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar." [Al-Kahfi, 71]

Jealousy

           What is jealousy and how can love survive a jealous lover? Jealousy is what send Adam and Eve to the Earth due to jealousy of Syaitan (Devil). Jealousy is a dangerous emotion and can lead to crimes of passion and for this reason it is vital to keep such emotions in check. Pergh, cukup setakat itu. jenuh aku duk pikiaq ayat dalam english.


          Aku baru terbaca kisah sorang budak perempuan dekat Johor yang kena tikam 19 kali dan kena simbah dengan asid dekat muka 2 hari lepas. Memang aku sungguh tak up 2 date. Ah, biarkan. Janji aku dah baca dan boleh buat 'point' menyembang.Aku tengok condition budak tu. Nama dia Ain. Baru 17 tahun. Kena buatan lelaki umur 42 tahun. Pergh. Teruk siak. Ngeri campur ngilu pun ada.


          Ngeri sungguh. Ada ka patut dah umur taraf bapak tapi takda belas ihsan. 19 kali kena tikam tu plus asid disimbahnya. Aku kena cubit  dengan Sorfina pun meraung, inikan pulak kena tikam.


          Ok. Berbalik pada story asal. Ain disimbah asid dan ditikam semua sebab laki tu jeles cinta dia ditolak. Apa cer bro? xda cara laen ke ko nak buat. Masuk la MLM ke jadi artis AF ke, pastu bila ko dah berjaya tunjuk la dekat perempuan tu. Adoyai. Maybe sekarang ni ponzi scheme,MLM, atau AF dah tak dapat nak tarik attention orang , so dah ramai orang tak mau masuk benda2 macam ni. Aku pun sama. Memang dari dulu aku dah pangkah. Tapi penah jugak masuk. Haha. Tu pun sekali je. Sebab roomate ajak. Kang orang cakap Melayu tak nak maju pulak. Typical.


          Jeles punya pasal aku pernah sorok mainan adik aku.Hikhik. Facepalm.

p/s : Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [An-Nisa', 32]

Hari Natal itu..

      
         6.36a.m.Aku terjaga dari tidur. Sejuk bai. Ku lihat salji-salji halus turun mendayu-dayu dari langit gelap. Nak je aku tarik selimut aku balik, tapi karang Subuh aku macam mana? Ok, baik aku cargas dulu.

        Owh.Lupa aku. Hari ni dah Hari Natal. Patut la ada banyak budak-budak duk nyanyi-nyanyi lagu Hari Natal depan pintu rumah orang. Macam dekat area rumah aku ni, Merbau Street, banyak ja bebudak kecil yang semalam dah mai duk nyanyi-nyanyi, tapi aku buat dono je. Tidoq lagi baguih.

******

        Hari Natal di  sambut oleh penganut-penganut agama dari langit yang bertuhankan Jesus. Aku 'search' dekat Wikipedia ia disambut bersempena kelahiran Jesus, tapi depa pun tak tau tarikh sebenar. Dalam Islam, Jesus tu Nabi Isa A.S. Nak tau lebih lanjut sila baca kisah2 para Nabi. Walaupun aku tak celebrate hari Natal, tapi aku ada dapat hadiah semalam.Sebuah mug.Cantik dan sungguh comel. Tapi aku tak tau sapa yang bagi. Ada sesi bertukar hadiah dalam department aku. Aku rasa secret admire aku kut. Nasib baik aku dah tak available.


Kucing kepunyaan pakcik Santa
      

      Bajet nak joging pagi2 Hari Natal ni, tapi disebabkan salji yang turun terlampau tebal hingga view aku lebih kurang 10 meter ja, lalu aku nekad mengkuburkan hasrat murni aku tu. Tilam sports Toto 2 lapis yang baunya kepam macam apam dan 3 bantal (banyak dipenuhi Google Map) menjadi peneman aku. Aku pun mula menyusuri bahtera fantasi. zzzzzzzz



p/s : (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putra Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), [Al-Imran,45]

Thursday, December 23, 2010

Bulu tangkis kegemaran ramai

        Tet..Tet...Tet..Tet...handphone Nokia 32xx aku yang dah macam cokia tu berbunyi. Owh, ada mesej. Cepat2 aku angkat. Kut2 la ada result 4D keluar ke. Oops, sory. Gambling is prohibited in Islam. Kejadahnya aku nak subscibe 4D punya result.

                " Mass msg.Mlm ni.CRC.kol 9.harap maklum".

        Syafiq bagi mesej. Ok.Cargasss..aku pun dah lama tak maen permainan yang meggunakan bulu tangkis ni, atau secara tepatnya Badminton, semenjak kekalahan Datuk Lee Chong Wei, last May'10 kat Kolumpo dulu time Thomas. Bagero. Terus down.
        Tanpa melengahkan masa, jom. Cargas. Tangan aku dah ketar ni nak wat jumping smash.Hikhik


p/s : " Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitulmaqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." [ Al- Baqarah , 142]

Aku dan Kulim - episode I

        Tup tap tup tap, dah 2 tahun 6 bulan rupanya aku dah bermastautin kat Kulim ni. May 2008, first time kaki aku (sila ignore bau cekam itu) menapak di Stesen Bus Kulim. Pukul 9 pagi.Memang hening sungguh. Kalah Ning Baizura. Aku baru ja sampai dari Butterworth,tapi aku agak familiar dengan area ni sebab aku dulu pernah menuntut di Matriks Penang, Kepala Batas di era regim Pak Lah kira2 tahun 2003-2004 dulu.So, kalo dari Kay-Ell tu mmg la tu port bus berenti pun. Kulim ni aku tak pernah mai dah berapa tahun dah (last sekali aku pergi time standard 4, 1995), tu pun sebab Mak Ndak aku ajak pergi sebab kat Selama (kampung aku tanah lahirku) takda supermarket besar. Dayum. Kesian sungguh Selama. Aku pun pergi la Kulim dan big supermarket time tu yang ada kat Kulim time tu is Looking Good Superstore. Tor-Baek. Memang tu ja kut tempat shopping kat Kulim.


Pokok Kulim.Aku jumpa pokok ni masa pi rafting ngan member2 kerja dekat Sedim,Kulim.

       Sekarang dah banyak berubah dah Kulim dan Looking Good Superstore pun dah bankrupt, depa tukaq jadi The Store. Anyway, Kulim memang dah banyak berubah, baek dari segi geografi, politik, ekonomi, sosial, meteorology, zoology, loji,dan laen-laen.Aku pun lupa dah mana aku makan first time kat Kulim, tapi rasanya ingat kut, kat Restoran Dinas. Pekena tosai dengan ayam Tandoori sepam. Malam pulak aku lupa dah makan mana...

McD pertama kat Kulim 4 Dec 2010. Bukti penjajahan Amerika di Kulim telah dijumpai.


        Aku mai bermastautin di Kulim ni bukan sebab apa, sebab nk mencari harta pusaka tok nenek moyang aku dulu ni kat ada satu tempat ni, nama apantah. Jenuh nak mencari benda ni, tapi kena cari jugak, tapi why?? Why kat Kulim? aku pun pasrah ja la...


p/s : " Dia-lah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) untuk  tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu." [An-Nahl , 10 ]

i feliz cumpleanos,my Nur Dini Sorfina!

27 Disember...yabedabedoo. Awat aku happy sangat ni?Perlukah aku happy? memang la ku kena happy. 4 days left before Sorfina punya birthday. adoi, ape aku nk beli kat dia ni.Buntu. Argh, hantam saja lah Labu!!!


   Ini Ms. Sorfina. Dulu,kini,dan selamanya. Bakal jadi Che'gu besar suatu hari nanti.



p/s : "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menghentikan susu (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah, 233]

Wednesday, November 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam semua...yearghh...dapat jugak aku menulis dan menaip...selalu suka menconteng kartun and lukis ja dari kecik. Ok la tu, orang laen dah ada web page aku baru nk mula berblog. Xpa la, janji aku tulis. Hello, WORLD!!

p/s : Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satu pun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit.
[Al-Imran, 5]