Friday, December 31, 2010

Petang Jumaat di ambang 2010

          

           " Motor abang ni teruk ni, kena oberhol ni." ujar Brader Syam.

           " Rasa-rasa abang berapa agak-agak? "

            Brader Syam reply. " Dalam 3 ratus. Tu belum check sproket lagi tu."

Adoi. Parah-parah. Dialog diatas tak ada kena mengena dengan aku pun. Aku saja dengar brader Syam sembang dengan sorang brader lagi dekat bengkel motor Syam tadi lepas solat Jumaat. Aku memang selalu 'repair' dan 'service' motor aku dekat bengkel brader Syam. Maklum la, motor Modenas Kriss 1000cc SE aku tu mana bole repair dekat kedai cikai-cikai. Nak repair mesti dekat bengkel 'standard' yang boleh repair motor Ducati, Honda CBR, BMW, dan Kawasaki je. Ok, tu aku tipu je. Saja je meraban lebih.

        
        Motor Kriss hebat aku tadi aku bawak ke bengkel brader Syam sebab tayar depan pecah. Alang-alang tukar tiub, aku tukar tayar terus sebab tayar aku memang size kecik. Memang 'rare' sikit. Aku tukar tayar 'standard' pulak.Nasib baik motor ni masih berupaya lagi bergerak sejauh 6km dari hospital Kulim ke taman aku walaupun tayar depan dah pecah. Hebat tak hebat. Aku kemudian 'request' brader Syam untuk tukar minyak hitam jugak(yang dah berbulan aku tak ganti, bagero sungguh!).


        Tengah aku ralit tengok brader Syam duk tung tang tung tang, aku ternampak ada sejenis tumbuhan yang berduri. Alamak. Terkenang masa kecik la pulak. Dulu aku selalu main benda ni 'time' darjah-darjah dulu. Baling-baling dekat belakang baju sekolah member tak kira laki atau 'pompuan'. Pastu tengok diorang kena garu-garu sebab benda tu buat jadi gatal sebab dia mencucuk-cucuk. Jahanam sungguh aku ni. Aku pun tak ingat nama apantah pokok ni. Kalo korang tau, boleh la 'roger' aku na.

Tumbuhan ni aku suka main baling-baling dulu dekat belakang baju kengkawan sekolah rendah. Kira macam 'Ninja star' a.k.a Shuriken le bagi aku.


           Brader Syam cakap dia mau tutup awal bengkel motor dia petang ni. Katanya, nak bawak anak bini dia pergi tengok bunga api dekat ambang tahun baru dekat Penang. Layan gak tu. Dia cakap lagi, aritu team futsal dia menang 'tournament' futsal dekat Putrajaya dan dapat hadiah RM 20K. Pergh. Duit tu diorang ade buat kenduri kesyukuran. Venue kenduri dekat Kulim Arena. Dia cakap semua dijemput hadir.

         " Wah, ini sudah bagus", cakap aku. Haha. Apalagi, kalau nak makan free, malam ni pergi serbu Kulim Arena la. Kalo korang nak tau, Kulim Arena tu tempat aku selalu men futsal. Condition ok la jugak. Tak sangka aku yang brader Syam ni 'power' men futsal. Respect2.

         Motor aku dah siap. Sudah bayar and aku dah nak gerak, hujan dah rintik-rintik. Memang ngam-ngam. Aku start motor dan terus merempit ke rumah yang jaraknya dalam 1 kilo lebih dari bengkel brader Syam. Petang hujan-hujan ni sedap cari goreng pisang panas ni...


     

2 comments: