Thursday, December 23, 2010

Aku dan Kulim - episode I

        Tup tap tup tap, dah 2 tahun 6 bulan rupanya aku dah bermastautin kat Kulim ni. May 2008, first time kaki aku (sila ignore bau cekam itu) menapak di Stesen Bus Kulim. Pukul 9 pagi.Memang hening sungguh. Kalah Ning Baizura. Aku baru ja sampai dari Butterworth,tapi aku agak familiar dengan area ni sebab aku dulu pernah menuntut di Matriks Penang, Kepala Batas di era regim Pak Lah kira2 tahun 2003-2004 dulu.So, kalo dari Kay-Ell tu mmg la tu port bus berenti pun. Kulim ni aku tak pernah mai dah berapa tahun dah (last sekali aku pergi time standard 4, 1995), tu pun sebab Mak Ndak aku ajak pergi sebab kat Selama (kampung aku tanah lahirku) takda supermarket besar. Dayum. Kesian sungguh Selama. Aku pun pergi la Kulim dan big supermarket time tu yang ada kat Kulim time tu is Looking Good Superstore. Tor-Baek. Memang tu ja kut tempat shopping kat Kulim.


Pokok Kulim.Aku jumpa pokok ni masa pi rafting ngan member2 kerja dekat Sedim,Kulim.

       Sekarang dah banyak berubah dah Kulim dan Looking Good Superstore pun dah bankrupt, depa tukaq jadi The Store. Anyway, Kulim memang dah banyak berubah, baek dari segi geografi, politik, ekonomi, sosial, meteorology, zoology, loji,dan laen-laen.Aku pun lupa dah mana aku makan first time kat Kulim, tapi rasanya ingat kut, kat Restoran Dinas. Pekena tosai dengan ayam Tandoori sepam. Malam pulak aku lupa dah makan mana...

McD pertama kat Kulim 4 Dec 2010. Bukti penjajahan Amerika di Kulim telah dijumpai.


        Aku mai bermastautin di Kulim ni bukan sebab apa, sebab nk mencari harta pusaka tok nenek moyang aku dulu ni kat ada satu tempat ni, nama apantah. Jenuh nak mencari benda ni, tapi kena cari jugak, tapi why?? Why kat Kulim? aku pun pasrah ja la...


p/s : " Dia-lah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) untuk  tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu." [An-Nahl , 10 ]

No comments:

Post a Comment