Friday, April 29, 2011

Sumpah seranah & Sumpah laknat


Comel dan bijak. Pandai menyesuaikan diri di rumah sendiri dan di tempat orang

           Nama gua, Chamaeleo Ibnu Chamaeleon. Panjang macam haram dan nak sebut pun bukan main susah, tapi  panggil gua Cham sudah. Ex gua yang suka panggil nama gua camtu. Sekarang ni gua masih lagi 'single'. Cilakak punya Rango, sanggup dia rampas awek gua, mentang-mentang la gua ni miskin,hina dina dan tak popular. Paling gua sedih, aritu sebelum nak 'clash', ex gua malukan gua depan Rango, cakap gua tak mandi. Apa ada hal, memang gua tak mandi, tapi gua ada banyak 'baju' !

          Tadi gua ada pergi usya-usya dekat Masjid Amru al As dekat Bandar Sentul , ya Rabbi, ramainya orang dekat situ. Berbekalkan dengan pandangan stereoskopik gua, gua bajet hadiri dekat situ ada la dalam 1  ke 2 ribu. Memang gua cukub kagum. Selalunya, member gua cakap masjid ni tak selalu penuh pun, tiba-tiba hari ni jadi ramai le pulak. Selalu, ramai je ponteng sembahyang Jumaat. Apa ke hal ni? ada makan-makan 'free' gamaknya.

          Sambil-sambil tunggu, usya-usya dalam masjid tengok apa yang berlaku, gua pekena lalat jap tadi. Pergh, boleh tahan la lazatnya. Lalat buah tadi memang banyak isi. Tapi memang tak boleh lawan 'all time favourite' gua, belalang kunyit. Memang sedap gila beb. Isi banyak, lazat dan siap berempah pulak tu. Tapi member gua suka pekena mentadak dengan cengkerik. Rangup kata diorang.

         Sekarang baru gua dapat tahu. Apa pasal ramai orang dekat masjid tadi. Cilakak betul. Rupa-rupanya ada majlis angkat sumpah Datuk Eskay. Chaitt!! Buang karan sungguh. Gua ingatkan ada perjumpaan Belia-belia Sesumpah. Yang Datuk Eskay ni pulak pakai 'bullet-proof vest' masa angkat sumpah ni apa kejadah pulak? Nak pergi perang ke?

Datuk Trio

         Rugi-rugi masa gua dekat situ. Dah, gua nak gerak jap nak pekena belalang kunyit kat pokok-pokok sebelah kut-kut la ada rezeki. Huh.



photo credit: 
http://85.13.204.226/~wildlife/wordpress/wp-content/gallery/chamaeleo-chamaeleon/
http://amiralles.com/franceR.html
http://www.flickr.com/photos/yl2/favorites/page38/
http://www.euroherp.com/species/

Wednesday, April 27, 2011

Dua-dua tak boleh pakai

           Woitt....laporan dari dua akbar berbeza, dua-dua sumber berita 'terbaik',dua-dua 'lidah' kerajaan, semua kerja nak mengelentong dan mengencing umat Malaysia.

Kehkehkehkehkehkehkeh

          Cuba perhatikan betul-betul, kenyataan pun dari menteri yang sama.

Kehkehkehkehkehkehkeh

          Kalau berita macam ni pun bagi orang kompius, kerja nak mengelentong orang, macam mana dengan berita lain?

Kehkehkehkehkehkehkeh

          Sebab tu baca Meloya dan Hairan boleh buat gelak tak kering gusi dan tak kering kencing. Berita buat orang ketawa dan buat penawar duka lara.

Kehkehkehkehkehkehkeh

         Mana satu yang betul ni?? Opah aku kat kampung tu tak tau mana satu yang betul. Makcik-pakcik kat Felda tu tak tau mana satu yang betul.

Kehkehkehkehkehkehkeh

Ihsan dari Meloya

Ihsan dari Hairan


p/s : Bangang punya Manchester United, dengan Schalke pun menang sikit ja. Neuer memang A++ walaupun bocor 2 gol.

Monday, April 25, 2011

25 tahun selepas bencana di Chernobyl

           Esok, genap 25 tahun tragedi Chernobyl yang mencatatkan satu lagi kisah terburuk dalam sejarah bencana di bumi ini. Semuanya angkara manusia, kalau bukan siapa lagi nak dipersalahkan?

           Kota Pripyat, Ukraine lantas bertukar manjadi bandar 'hantu' dan terbiar. Ketiadaan manusia telah mewujudkan suasana subur dan hidupan lain terus hidup dalam mengharungi survival masing-masing - pokok-pokok, anjing-anjing liar, burung-burung, malah Lynx juga semakin membiak dan berkembang.

           Jangan terus alpa. Udara di sekitar ruang kota masih lagi beracun. Paras radisi di sekitar Chernobyl masih lagi membunuh.

          Subhanallah. Kagum aku dengan survival binatang-binatang dan juga tumbuhan-tumbuhan di sana. 'Red Forest' menyaksikan segala-segalanya akan kekuatan daya tahan binatang ini. Mungkinkah ketiadaan manusia menjadi faktor utama survival mereka?

Dari ruang udara kota Pripyat, Chernobyl


Reaktor nombor 4, bukti kegagalan,ketidakupayaan, dan ketidak sempurnaan ciptaan manusia


Source : http://abandonedworlds.com/

Perginya seorang Avatar- Sai Baba

           Pernah kenal dia ni?Aku rasa aku banyak kali nampak dia ni punya gambar dekat Kulim. Femes jugak la. Sathyanarayana Raju akhirnya menghembuskan nafas terakhir semalam setelah 84 tahun hidup  (23 November 1926 - 24 April 2011).

          Who's next for the 'reincarnation'?


Sai Baba pernah berkata yang dia akan hidup hingga umur 96 tahun.
Aku cakap, ajal maut dibawah ketentuan Allah s.w.t.

Saturday, April 23, 2011

Terang Bulan

           Terima kasih saudara Isham (Tukar Tiub) sempena entri hang mengenai Hiburan hujung minggu. Kahkahkahkah. Sedap melodinya. Dah lama aku tak nyanyi. Mari-mari.

          Kalau nak tau, sila pergi Wikipedia dan taip 'Terang Bulan'. Kahkahkahkah.

         Cilakak. Dah 26 tahun hidup baru aku tau. Kahkahkah. Maluuu beb.

         Ini semua sebab takda dalam buku teks sejarah dekat sekolah dulu. Kahkahkahkah.



Perangai

            Buku ni dah lama dalam target dan pemburuan aku. Bila la nak dapat baca.Dengar cerita dekat pesta buku PWTC tahun lepas harga dia RM5. Pergh, murah dan memang berbaloi.

"Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek oyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendir, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya" - Zaaba

           " Pergh, power, power " - Ulasan dan dari Maonx    

Friday, April 22, 2011

Justin Bibir - Contoh terbaik 'Gaya, mutu, keunggulan'

Justin Bibir-salah seorang peminat tim bola sepak terkemuka Sepanyol. Kahkahkah


           Bangfes, Jonas Brader, Justin Bibir, artis Korea jambu menari hebat dan yang seangkatan dengannya memang betakhta dekat dalam jiwa aku. Radiohead, The Strokes, Cromok,Rage Against the Machine, Butterfingers, XPDC, Foo Fighters- sapa depa ni? Maaf, aku tak ambik port. Kahkahkahkah.

           RM 500. Itu harga tiket kalau hangpa nak tengok konsert Bibir ni. Rileks lalu. Cik pentunang ada pernah cerita aritu, kawan kakak dia kut (aku pun dah lupa) kena suruh dengan anak perempuan dia beli tiket konsert Justin Bibir. Mau tak mau kena keluar RM500.

           Pergh. Memang impress aku. RM500 nak tengok Bibir beraksi. Power juga penangan mamat ni. Cilakak betul.

Jangan terkejut yang aku salah satu orang daripada 17K tu. Kahkahkah.Hak tuihh!!

Woit, semangat anak muda Wawasan Doplo-Doplo yang macam ini kita mahukan nanti. Kahkahkah


source : Thestaronline

Sushi?..semudah Alif Ba Ta

           Ilmu menyediakan sushi dah tersemat dalam dada aku. Tinggal nak beli bahan dan apa-apa alat yang patut ja.  4 ke 5 langkah dah boleh siap satu hidangan sushi. Tapi aku rekemen baik beli ja. Nak cari cuka special letak kat beras kukus tu memang susah. Cilakak.

          Gunkan? Temaki? Nigiri? No hal punya. Bole settel.


        
Ini nama dia 'Nori', nampak macam carbon paper, tapi seaweed sebenarnya. Hangpa boleh makan benda ni begitu sahaja.


Tengah buat sushi jenis Maki. Jangan ingat aku main mahjong pulak

          

Wednesday, April 20, 2011

Emel baru aku

Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional....kehkehkehkeh



          Cuba kaji dan perhatikan betul-betul tentang Tricubes Berhad, siapa depa, keadaan semasa depa di Bursa Saham, dan siapa depa punya orang-orang atasan. Kehkehkehkehkeh. Sebab apa bajet dia 50 juta? Itu aku tak tau lebih-lebih pasal detail. Wallahualam. Tadi dekat TV3 1/4 ada cakap pasal benda ni. Najib cakap benda ni bawah program PEMANDU ( Performance Management & Delivery Unit), tak mention langsung pasal kompeni swasta yang biaya projek ni. Apamacam?


         Cuba kita pikir dan renung-renungkan. Apa baik dan buruk emel oleh Gohmen ni.

Positif -
Boleh buat aduan secara teruskah?
Boleh tegur kerajaan kah kalau depa ada buat salah?
Boleh luah pendapat kah?
Sistem komunikasi dan jaringan sosial antara pemimpin dan rakyat semakin baik kah?
Isu-isu rakyat bole settle dengan cepatkah?
Ada penambahbaikan dari segi tindakan kerajaan terhadap aduan dari rakyat?
Sistem aduan, semakan saman, bayaran cukai, 'renew' lesen, dapat diseragamkan dan dimaklumkan melalui emel?


Negatif -
Jika ada emel ni, banyak berita dan maklumat berat sebelah ka yang akan di maklumkan?
Jaminan dari kerajaan agar tidak menyekat kebebasan media dan menyekat suara dan pandangan rakyat atau pembangkang?
Emel dijadikan medium oleh kerajaan untuk meng'filter' mereka yang anti-kerajaan atau lebih memihak kepada pembangkang?
Dah kaji ka penggunaan internet di luar bandar? Kalau tak, tingkatkan sistem maklumat di kawasan luar bandar dulu, ok?

                          
Sama-sama kita pikirkan.
          


p/s:  Lepas ni korang boleh kontek aku dengan alamat email ni. Aku tak pakai lagi email Yahoo! mahupun Google mail. Aku akan guna emel macam ni la lebih kurang : maonx@1Malaysiamail.com.my

perghh...power, power



Source : http://www.malaysiakini.com/news/161917

Tuesday, April 19, 2011

80-90an punya cerita - Tombong kelapa - old time feveret

          Semalam tengah hari cik pentunang, Sofi ada menyuapkan aku sejenis makanan. Aku tanpa ragu-ragu terus memakan sahaja makanan itu. Rupa-rupanya itu adalah sejenis buah. Namanya sengkuang Cina. Aku tertanya-tanya, awat la buah banyak ada nama Cina? Contoh satu lagi nama buah ada Cina adalah timun Cina. Ada tak buah ada nama Melayu hujung dia?

          Makan sengkuang Cina ni teringat aku tentang satu benda yang dah lama aku tak jamah. Duk jenuh aku pikir dan beberapa sesi 'brain storming' baru aku teringat nama makanan ni,Tombong kelapa.

******
      
          Ni namanya tombong kelapa. Opah aku orang Perak panggil dia tombong kelapa. Kalau orang Kedah panggil dia Kumboi. Nak jumpa benda ni memang agak 'rare' di zaman teknologi fesbuk, iphone, twitter, green technology, Wawasan Doplo-Doplo,Glass display technology dan sebagainya. Aku syak sedara-sedara aku yang baru darjah-darjah dan sekolah menengah sekarang ni mungkin tak pernah berpeluang makan benda ni atau pernah tengok secara live.

Tombong kelapa. Opah aku selalu bagi makan benda ni dekat ayam-ayam dia, tapi cucu-cucu dia suka berebut nak makan, termasuk aku

            Aku pun dulu dapat makan benda ni time-time opah aku nak masak lauk yang pakai santan atau time nak dekat raya. Sebab time-time macam tu memang bekalan santan sangat diperlukan untuk menampung masakan.

          Cucu-cucu opah termasuk aku dan sedara akan stenbai dekat dapur kayu belakang rumah untuk berebut tombong kelapa ni time opah aku atau tokwan aku nak belah kelapa. Memang lemak berkrim dan gebu beb tombong ni.

          Dah lama dah aku tak pekena benda tombong ni. Mana la aku nak cari sekarang. Siapa-siapa tau, bolehlah contact-contact dan roger-roger.

.

Sunday, April 17, 2011

Kesedihan di Wembley

          Tahniah Manchester....City, kerana LAYAK ke Final FA Cup 2011. Kehkehkeh..the Red side of Manchester merana kali ni dek kekalahan ke atas jiran tetangga tercinta. Tevez tak main 'game' ni sebab hamstring. Cilakak. Kalau dia main best sikit. Dapat la aku tengok tarian gelek dia.

         Gol dari Yaya Toure cukup untuk memastikan kemenangan mutlak ke atas United.

Gelek manja dari bro Tevez kita memang Daratista 

Dummy yang dihisap sebagai sumber tenaga


Sementara itu di kem United pula, mari kita jenguk-jenguk....

|
|
|
|
|

|
|
|
|
|


|
|
|
|
|
|




"Malu la aku nanti nak jumpa jiran-jiran...tapi apa ada hal??"






photo credit :
 http://redwhiteandbluearmy.blogspot.com/2010/03/scoring-hat-trick-in-12-minutes-so-easy.html
http://www.independent.co.uk/sport/football/european/ferguson-left-perplexed-by-manchester-uniteds-wastefulness-1932583.html

Saturday, April 16, 2011

Sekalung tahniah buat Pehin Taib Mahmud..teruskan memerintah dan menjadi kaya!

           Pilihanraya Sarawak edisi ke 10 secara rasminya telah berakhir pada petang tadi. Keputusan rasmi pun dah keluar dalam jam 8 malam tadi hinggalah sehingga catatan ni ditulis. Macam biasa, aku memang dah agak Barisan Nasional diketuai pahen Taib Mahmud konfem menang la.

Tahniah Taib Mahmud...hang memang power! Kehkehkeh

          Tapi kali ni dia punya persaingan memang sengit. Rakyat Sarawak dah mula bangkit. Barisan banyak tewas di kawasan bandar. Hangpa boleh tengok di area-area seperti Kuching (DUN Batu Kawah), Sibu, Miri (DUN Piasau), yang dulunya Barisan menang dengan mudahnya, tetapi tidak buat kali ni. Rakyat Sarawak dah mula bangkit. Ini adalah permulaan pada satu reformasi politik baru di Sarawak.

         Mesej kepada Barisan memang cukup 'clear'. Orang-orang di bandar lebih benrminat memilih Pakatan Rakyat dari Barisan. Mereka cukup bijak dan lebih terdedah kepada informasi dan hal ehwal semasa dibandingkan dengan mereka yang di luar bandar.

        Apa-apapun, tahniah kepada yang menang. Teruskan berkhidmat kepada rakyat dengan adil dan ikhlas. Jangan rompak duit rakyat.


p/s :
pilihanraya Sarawak 2006 (71 kerusi) : BN 62, DAP 6,    PKR 2,  BEBAS 1
pilihanraya Sarawak 2011 (71 kerusi) : BN 55, DAP 12 , PKR 3 , BEBAS 1 *

*'result' sehingga jam 11.30 pm

Friday, April 15, 2011

Kassim Ahmad

            Aku baru tau la pulak yang dia ni duduk Kulim ja. Tak pernah aku nampak atau terserempak pun. Kalau aku jumpa ke kat mana-mana kat Kulim ni;Giant ka, pasar malam Kelang Lama ka, aku target nak tegur la dia ni.

Kassim Ahmad. Buku lain dia yang hangpa boleh baca ialah 'Mencari jalan pulang'


          Dulu dia ni pernah menggemparkan negara tentang karya dia iaitu ' Hadis -Satu penilaian semula' (Hadith- A re-evaluation). Lepas tu dia dilabel sebagai golongan anti-hadis kat Malaysia ni. Benda ni terus menjadi polemik yang hangat time tu.

         Kehadiran orang-orang macam ni bagus pada pendapat aku. Mungkin orang macam dia ni boleh buatkan orang meragui kesahihan hadis, tapi pokoknya masayrakat dapat buka mata tentang kepentingan hadis dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Ya lah, sebagai sumber kedua selepas Al -quran.

        Banyak benda-benda pasal hadis ni, ada yang taraf dia sahih, hassan, daif ataupun palsu. Apa yang penting, kita kena belajaq dan berguru. Yang betul kita folo, yang salah kita tinggal. Amar maa'ruf, nahi mungkar. Senang.



.

Thursday, April 14, 2011

10 tahun sebelum merdeka

           Serius tahi aku belajar sejarah dulu tentang Malaysia ka, sejarah Tanah Melayu ka ataupun sejarah dunia ka, kebanyakannya hanya dari buku teks. Belajar sejarah time sekolah dulu memang boring nak mampus. Cikgu datang kelas, bukak 'page-page' sekalian-sekalian, baca, kemudian hafal. Tak ada isi dan pemahaman. Dapat A++ sekalipun takda makna. Ilmu yang dapat? Sifar.

          Aku pun sama. Belajar sejarah sebab nak lulus periksa. Sebab tu jadi BaNgang dan hidop tak ada jati diri. Tak pernah pun kaji betul-betul semua benda tu betul ka tidak. Maen tadah je.Naseb baik sekarang dah impruv sikit-sikit.

          "Woit, belajar agama Islam pun secara automatik belajar sejarah jugak. Sirah Nabi Muhammad tu belajar sejarah la, bangang!", getus aku sendirian.

           Daripada Al -Quran kita boleh belajar sejarah. Sejarah kaum dahulu kala, sejarah pembukaan Mekah, Piagam Madinah, bisnes & riba, semua ada, tinggal kita ja yang mau dengan tak mau baca, fahami, kaji dan amalkan.

          La ni,dari macam-macam sumber boleh belajar sejarah. Channel History dekat Astro ada, Wikipedia ada, Google ada, dan macam-macam lagi. Kalau tak mau belajar jugak ikut hangpa la.

******

        Dokumentari pendek ni aku baru tengok ~4-5 bulan lepas dekat Youtube. Ya,memang aku dah lambat, macam duduk dalam gua tak ada internet. Nak wat guane, baru tahu time tu. Apa-apahal pun, layaann dan renung-renungkan, pikir-pikirkan.

10 tahun sebelum merdeka; oleh Fahmi Reza


  


photo credit : http://10tahun.blogspot.com/

Wednesday, April 13, 2011

Dalam hati ada 'Park' (Taman)


 Nama : Park Ji Sung
 Umur  : 30 Tahun
 Posisi  : Tengah
 Negara : Korea Selatan
 Hobi : Menonton video klip K-Pop dan drama Korea (terutamanya Full House)
 Selebriti pujaan : Wonder Girls dan Hujan (Rain)
 Makanan kegemaran : Kimchi ( beli dekat Seoul Garden (Juru, Penang))
 Pengalaman pahit :  Di'reject' beberapa kali untuk menyertai beberapa pasukan bola sepak professional di negaranya

 Pengalaman manis : Beberapa kali menyumbat gol untuk Manchester United ketika perlawanan bertemu Chelsea, Arsenal dan pasukan-pasukan besar lain secara amnya.




Photo credit: Google
.

Red Warrior tumbang dengan Yob

           Khairul Fahmi who?? Shahrul Idlan Talaha who?? Chanturu who?? Ambek kome kene ajo care maen bola sepak dengan Yob. Kehkehkehkeh.





Source : Meloya

Bumi yang 'rare'

           Rare earth. Satu topik yang susah aku terangkan sebab aku memang tak 'into' dalam benda-benda macam ni.Benda -benda pasal nuklear-nuklear, phosphogypsum, uranium, TENORM, dan sebagainya semuanya tu aku serah pada yang pakar dan bertanggungjawab pasal benda ni.

          Rakyat Gebeng serius kena ambik berat pasal ni. Aku ada member duduk dan kerja dekat Gebeng tu, nak tau ada tak apa-apa info yang jelas dia dapat dari jabatan sains ka, MOSTI ka, PBT ka, pasal ni. Ada tak PBT buat penjelasan pada rakyat kawasan tu amnya.

          Hangpa semua ingat lagi atau tau tak pasal kes 'Rare earth plant' dekat Bukit Merah dulu-dulu?? Pikir-pikir dan renung-renungkan lah.


Plant yang bakal Lynas 'construct' di Gebeng, Pahang


Kejadah apanya cakap pasal standard, LYNAS tu dah 'start' buat dia punya plant




Photo credit : 



.

Sunday, April 10, 2011

Ingatlah sendiri punya mati

        Satu Malaysia heboh pasal orang mati. Dulu Teoh Beng Hock mati dekat Plaza Masalam, Shah Alam semua orang kucar-kacir. Heboh sana-sini. Sekarang ni Sabrani mati (al-Fatihah buat arwah) dekat bangunan MACC (cawangan KL) pulak mati, pun masih lagi heboh. Satu-satu suruhan jaya diRaja ditubuhkan (padahal habuk pun tarak dan tak pernah-pernah pun aku tahu yang berjaya).

       Pikir aku, banyak benda baik cerita pasal mati ni. Takkan ada satu makhluk pun yang tak akan mati kecuali Sang Pencipta yang Agung, yakni Allah swt.

      Dekat Kulim ni pun banyak yang mati. Malam-malam banyak nyamuk yang mati di tangan aku. Kalau lah ada orang yang peka dan buat statistik pasal kematian kucing dan anjing di jalan raya di sekitar Kulim ni, aku rasa dia dah boleh dapat 'Animal Welfare Industry Award', sebab dah banyk sangat aku saksikan dalam tempoh tiga tahun ni.

     Pasal yang kucing mati tu tak payah la buat suruhanjaya DiRaja. Senang ja kesimpulan dia. "Curiosity killed the cat".


.
        

Ce ce ce CEWAH

    
            Buku ke 2 yang aku baca pada tahun ni.Sebuah karya dari Pipiyapong yang diterbitkan oleh Sindiket Soljah. Dulu buku 'Kacip' dia aku miss, tapi tidak lagi untuk karya kali ni. Layannnn...


Dapatkan Cewah anda sekarang

.

Kisah di SelamaVille II

    

         Sesi terakhir persekolahan aku di Sekolah Taman Nirwana (bukan Nirvana Kurt Cobain) setelah 4 tahun belajar di situ tamat beberapa minggu lepas menandakan bermulalah episod penghijrahan aku ke Selama. Sedih nak tinggal banyak member-member seangkatan aku, khasnya geng main basikal, geng guli, geng lawan pemadam, geng main rebut tiang, geng main konda-kondi, geng main pijak kaki (ais kerim soda magnolia), geng main tuju tin dan sebagainya. Tapi apa nak buat, mak dan abah dah bagi green light suruh 'follow' arwah mak long ke Selama.
      
            Menangis teruk jugak aku nak kena pergi Selama ni. Ye lah, kena tinggal jauh dari mak abah tu beb. Arwah Maklong aku memang beriya sangat nak bawak aku ke Selama ni. Arwah tak ada anak lelaki, jadi aku la anak sedara lelaki dia yang besar time tu pun. Mak aku merangkap adik arwah maklong macam serba salah jugak nak lepas, tapi nak buat guane, aku ni pun kalau duk rumah perangai liar sikit. Asyik main basikal ja.Periksa pun asyik dapat nombor besar-besar, koman-koman duduk dengan arwah maklong dapat la dia tolong ajar, sebab arwah seorang che'gu. Che'gu yang memang super power dan super garang. Pak cik-pakcik aku dekat Selama pun banyk jadi cikgu, tu lah salah satu sebabnya punca aku ke Selama.

Taman Nesa. Taman seribu satu kenangan dalam memori

         Hujung Disember 1995, maka bermulalah kehidupan aku di Selama. Time ni arwah maklong dan Abah Lan, yang dianggotai bersama oleh Nad dan Kak Nur,masih tinggal di Taman Nesa. Famili Mak Ndak dan arwah Pak Leh jugak turut menetap di sini. First time duduk merantau memang rasa semacam. Tidur malam pun tak lena. Lagi 2,3 hari dah kena masuk sekolah baru.


Terima kasih kepada semua che'gu-che'gu 


.

    

Saturday, April 9, 2011

Rafflesia



             Ntah macam mana malam semalam aku boleh mimpi pasal bunga Rafflesia. Cilakak. Apakah petandanya itu? Apa yang aku tau dalam mimpi tu aku tiba -tiba dah ada dekat Sabah. Area di mana aku berada aku tak pasti, yang pentingnya aku ada jumpa satu bunga Rafflesia ni.

Bunga Rafflesia ni boleh mencecah sehingga 11~12 kilogram berat dia


         Aku jumpa bunga ni time tu dia macam dah nazak dan dah tercabut dari akar dia. Bunga tu seolah-olah merayu pada aku untuk merawatnya.Serius tahi itulah pertama kali aku jumpa Rafflesia secara langsung walaupun dalam mimpi. Entah macam mana aku boleh ada rasa belas kasihan yang melampau, aku dengan pantasnya mengangkat bunga itu dan mencari mana-mana rumah yang berdekatan.

          Nak dijadikan cerita, aku terjumpa satu brader ni. Pekat loghat Sabahnya. Brader tu berjalan menghala ke arah aku sambil menggaru-garu kepalanya sambil buat muka pelik. Dia tak tau betapa cemasnya aku.

" Apa yang bikin kamu gelisah ni saudara?" tanya brader tu spontan.


" Erk, bro, mau tanya mau rawat bunga ini di mana ya? dia sakit ni", jawab aku dengan nada serius berbaur sebak.


" Loh, kamu bisa bawak bunga ini ke rumah tabib bunga terdekat dari sini. Cuma 10 batu dari sini sahaja, saudara", balas brader tu sambil tangan start mencucuh rokok daun yang diambil dari kocek dia.
      
         Lepas itu aku dah gelisah. Gila kau nak menapak 10 batu bawak bunga tu pergi jumpa tabib bunga. Berat nak mampus kut. Sedang aku gelisah mencari-cari alternatif nak bawak bunga tu pergi jumpa tabib, tiba-tiba, ada suatu suara halus memanggil aku dari belakang.

"Maonx, maonx, bangun. Bola dah lama start ni.", Acap Entegris mengejut aku dengan mengetuk halus kaki aku.

 "Astaghfirullah, mimpi aku rupanya" kata aku seraya bangun.

 Tengok-tengok tv keputusan dah 4 gol berbalas 2. Schalke 04 dah bantai sama itu Nerazzurri dekat away. Ada lagi 35 minit. Cun-cun.

         Terpinga-pinga aku tadi kejap.Mungkinkah mimpi aku ini pasal Rafflesia ni ada kaitan dengan Yong Teck Lee,Stacy AF5, Amber Chia mahupun Marsha Milan? Huh, cukup misteri.Dayyum.






photo credit : http://www.parasiticplants.siu.edu/Rafflesiaceae/Raff.arn.page.html
.

Thursday, April 7, 2011

Beza antara dua ciuman

Cium kamera vs cium piala. Mana satu hangpa mau??

          Gambar di atas adalah sekadar untuk menghiburkan hati yang duka lara ketika kalah kepada pasukan super hebat yakni Liverpool beberapa minggu lalu. Renung-renungkanlah.

          Ciuman dan juga gaya sembaman terpower pada dekad ini secara hormatnya aku anugerahkan kepada Rooney. Satu sembaman muka yang padu ke tanah ini dilakukan oleh Rooney Hensem ketika selebrasi jaringannya di Stamford Bridge pagi tadi. Memang power kalau ada siapa-siapa dapat buat gaya selebrasi ni dekat padang-padang di negara kita. Boleh jahanam muka.




           Akhirnya, dia terduduk riang menunggu kedatangan rakan-rakan sekalian walaupun menjadi bahan cacian,makian dan cemuhan penyokong lawan. Nyaman sekali bukan?


Selebrasi paling retard sekali pernah aku saksikan. Rooney, you really got to work on your celebration, please!!

Apa ada hal??





Photo credit : http://www.whoateallthepies.tv/spot-the-difference-tshirt_design.jpg
.

Follow the leader -KoЯn

            Aku baru ja menjadi pengikut setia dan follower rapat orang rumah Kak Ros kita ni, pemimpin 1 Malaysia. Banyak juga cerita-cerita lucu yang boleh diikuti daripada beliau. Target lepas ni ialah menjadi  pengikut setia Kak Ros. Hangpa bila lagi?? Kata 1 Malaysia...



.

Monday, April 4, 2011

Apa nak jadi, sampai sekarang minyak naik lagi...

         Sumber daripada blog Hishamuddin Rais, Tukar Tiub. Layannn....

******

SAMPAI BILA LAGI?


nota:
melayu ini hidup kena tipu
mati kena tipu
pagi ditipu utusan meloya
malam di tipu rtm
hingga percaya janda boleh jadi anak dara
kah kah kah



PANTAU PENIAGA NAIKKAN HARGA – meloya

Beberapa persatuan pengguna meminta kerajaan memantau peniaga yang sengaja menaikkan harga barang dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak RON97 berkuat kuasa semalam.


Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr. Jacob George berkata, sikap peniaga yang menaikkan harga itu akan memberi impak kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah.

“Kita tidak mahu pengguna berasa terbeban dan tertipu kerana kenaikan harga barangan pasti akan berlaku setiap kali harga minyak naik walaupun ia melibatkan RON97,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan harga barangan tidak akan naik meskipun berlaku kenaikan harga minyak petrol RON97 sebanyak 20 sen seliter bermula semalam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…BUAT KERJA BODOH PANTAU BUAT APA?.... kah kah kah…

kah kah kah…APA GUNA PANTAU.. kah kah kah

kah kah kah…APA TUJUAN NAK PANTAU?.... akh kah kah…

kah kah kah…INI CUMA HELAH GEROMBOLAN …NAK SEDAPKAN HATI ORANG RAMAI…kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU ADA PANTAU ERTI NYA OKAY….kah kah kah…

woit…. ORANG RAMAI BUKAN MAHU PANTAU…. ORANG RAMAI MAHU BARANG MURAH…. kah kah kah….

kah kah kah…MUNKEE JAGA AYAM BERI JAMINAN BARANG TAK NAIK….. kah kah kah…

kah kah kah…MUNKEEE BANGANG… BILA MINYAK NAIK…. YANG LAIN AKAN IKUT NAIK… kah kah kah…

woit…KENAPA BANGANG SANGAT…DAH TERJADI BERKALI KALI... kah kah kah..

nota:
semua yang berlaku ini atas nasehat zionis apco
naikkan kan harga mintgak sadikit sadikit
menteri jangan campur – biatkan tuan jual minyak
buat pengumuman – ini macam cara pemerintahan
di israel – menteri lepas tangan bila ada tanah palestin
kena ambil – yang buat kenyaataan NGO

sekarang taktik ini telah datang ke sini
dibawa oleh apco kah kah kah..

nota:
jadi apa tugas menteri ?
selain dari merogol amah?
selain dari rembat harta rakyat?


Sunday, April 3, 2011

Kisah sedih di reban ayam

           Berbaloi jugak lawatan aku ke rumah Abah Lan, Pak Cik Malik dan rumah Mak Ndak pagi tadi. Dapat jugak aku pekena air zam-zam, kacang Arab, apricot, dan durian. Memang durian runtuh. Dah lama aku tak pekena benda-benda tu semua. Best yang amat dapat jumpa-jumpa setelah 2 bulan aku tak menjenguk depa di Selama.

           Petang aku pergi Rantau Panjang pulak sebab opah nak balik rumah dia setelah seminggu duduk rumah Mak Ndak. Kehadiran Mak Lang dan Pak Lang sejurus sampainya aku di sana memang membuahkan hasil. Dapat lagi makan best-best. Yabedabedabedoo. Makan petang aku bersama dengan  Pak Lang, Opah, Mak Lang dan Pak Ngah memang superb. Bubur jagung, goreng pisang panas, cucur badak buatan Mak Lang dan sirap ais. Pergh, memang banyak aku bantai. Opah siap 'encourage' aku pulun makan lagi walaupun aku dah tibai banyak depan-depan dia.

         Lepas pekena makan petang, Opah bagitau aku yang ayam-ayam dia dah menemui ajal. Ini semua memang dah ketentuan Ilahi dan sebab penyakit hawar. Time Opah cakap tu muka dia macam sedih-sedih dan agak pilu. Aku dapat rasa kesedihan dia. Maklum la, orang tua dekat-dekat kampung memang sedih sikit kalau binatang-binatang dia bela mati. Nak wat guano.


Reban ayam yang perlu dimasuki aku. Memang 'wangi' yang amat bau bangkai ayam dalam ni

            Sebab dah lebih seminggu ayam-ayam tu menemui ajal, maka nak tak nak aku kena uruskan pengkebumian ayam-ayam opah aku ni. Selama ni hal -hal berkaitan ayam dan aku lebih menjurus kepada membeli ayam, makan ayam, marinate ayam, sembelih ayam dan mengn'ayam' ketupat. 

         Bau bangkai ayam tadi memang A+. Wangi yang amat sampai naik 'sheikh' lubang hidung aku terkembang-kuncup. Peluh mencurah-curah usai aku mencangkul tanah tadi nak buat lubang untuk tanam ayam-ayam tu. 7 ekor semuanya dan semuanya gedabak berat dan dah keras. Lagi dua ekor aku kutip dekat-dekat sekitar kawasan reban.

        Pedih jugak hidung aku tadi menahan seksa, tapi puas hati dapat settel pengebumian bangkai ayam-ayam tu tadi. Kalau dah tahu awal-awal nak jadi macam ni dah lama jadi rendang ayam-ayam tu semua.


.
         

Friday, April 1, 2011

Jalan jalan Central Market (JJCM)

           Dah lama aku tak ke sini. Dulu time skolah nak keluar bandar, kalau tak ke Bukit Bintang, Sungei Wang Plaza atau Leisure Mall, Campbell sama dengan Pertama Complex jadi 'port' lepak dan beli barang keperluan. Sebab lokasi dekat dengan Puduraya, jadi tak da hal kalau nak singgah-singgah ke Pasar Seni @ CM kejap tengok -tengok apa yang patut.

Gambar menuju ke CM diambil dari depan kedai pengurup wang

           Banyak benda yang dah berubah dekat sini. Dulu time skolah cuak jugak nak ke sini sebab banyak sangat kes pow. Nasib baik pernah kena pow dua ringgit ja. Jumpa balik brader tu aku bajet nak pow dia balik secara double. Cett.

Tertonggeng jugak dibuatnya nak 'shoot' gambar ni

Penjaga pintu depan CM

          Satu benda aku tak nampak dah ialah ke mana hilangnya brader-brader buskers? Apa 'scene' busking dekat CM dah pupus ka? Takkan 'scene' busking berunsur rakyat dah kena ban?

Diapit awek-awek Bollywood

Self potret for RM50 per person



.