Monday, August 29, 2011

Amukan di Old Trafford

            Masihkah hangpa ingat lagi peristiwa Battle of The buffet? Masihkah hangpa mengingati peristiwa kekalahan The Invincibles pada Oktober 2004? Masihkah terngiang-ngiang lagi dalam kepala otak hangpa tentang hatrik dari sedara Dwight Yorke ketika United membantai Arsenal 6-1 pada tanggal Februari 2001 sudah di Theater of Dreams?

            Apa? hangpa tak ingat?

            Usah risau dan melilau. Simpan dan kenangilah satu lakaran baru yang tercipta usai perlawanan di Old Trafford sebentar tadi. Hari di mana kelab-kelab London menjadi belasahan pasukan dari Manchester.

Rusuhan di Tottenham? Ya. Rusuhan kembali tercetus setelah Spurs tewas di tangan Man City sebanyak 1-5. Tapi itu aku tak ambik pot sangat.

          Tahukah anda, 8 -2 = 6? Kehkehkehkehkeh. Humili8ted.



Sementara itu, alangkah baiknya jika di Hari Raya yang bakal tiba ini, kita jengok- jengokkan Pakcik Wenger di London sedang buat apa. Sedang menyiapkan kuih Almond London barangkali?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|




Monsieur Wenger, bersabarlah sayang....kehkehkehkehkeh

.

Friday, August 26, 2011

UEFA Champions League musim 2011/2012


 Alamak, dapat satu grup dengan Benfica, FC Basel, dan Otelul Galati pulak dah. Kehkehkehkehkeh. Apa ada hal?

.

Thursday, August 25, 2011

Kuih Raya


          Time raya tak sah kalau tak jumpa kuih raya dan pekena kuih raya, paling lekeh pun mesti pekena sebijik dua. Itu jumlah yang paling minimum la yang aku 'tarok' sebab sesetengah orang ni memang tak 'in' dan tak 'ngam' dengan kuih raya. Katanya mual lah, dah tak rasa macam "opah-opah, atau nenek atau mak" buat dulu-dulu lah, kuih beli lah ataupun macam-macam lagi.

Tapi bagi aku sempoi je benda-benda ni, janji halal, bersih dan 'ngam' dengan citarasa mulut aku, semua aku bedal. Lebih-lebih lagi kuih tat nenas, batang buruk, kuih kornflake, kuih Almond London, bahulu dan lain-lain.

         Yang paling 'in' sekali kalau dapat kumpul ramai-ramai dengan sedara mara sepupu sepapat dan kaum keluarga dapat pekena aneka kerepek raya secara berjemaah depan TV. Pergh. Nikmat  tak terkata. Perut pun kenyang, ukhuwah pun terjalin. Ye dok?

          Ada satu benda dalam pikiran aku yang masih bermain-main hingga sekarang, cuma malu nak diluahkan. Satu misteri yang melanda diri aku sampai sekarang hinggalah ke Syawal yang bakal tiba ni adalah siapakah sebenarnya yang mencipta kuih Almond London?

Tak pasal-pasal London jadi 'faymes'.

           Ya, tahukah anda sekalian yang England ataupun London secara amnya bukanlah antara 7 pengeluar utama Almond di dunia yang fana ini? Persoalan tu yang berlegar-legar dalam otak aku sekarang. Patut masuk X-file benda ni aku rasa.


.

Tuesday, August 23, 2011

Baju raya

            Hujung minggu lepas, di Klinik kesihatan Sg. Lalang, sedang aku menunggu Sorfina untuk pemeriksaan kesihatan di tempat tersebut yang orangnya boleh tahan ramainya (sehinggakan jika hendak dibilang kehadiran orang ramai disitu dengan jari tangan sendiri ditambah pula dengan jari kedua belah kaki pun tidak cukup;sampai terpaksa meminjam bilangan beberapa jari kaki dan tangan orang lain pun belum tentu cukup) , aku membuat panggilan rindu kepada kedua abah dan bonda di perantauan.

Padahal, baru dua hari sudah buat panggilan kepada depa. Ini yang dinamakan "rindu serindu-rindunya". Perghh.

            Seperti Ramadhan Ramadhan sebelumnya, abah aku akan terus berniaga macam biasa; bukan jual laksa, goreng pisang dan ABC sebab makanan tu orang tak ambik pot sangat 'time' Ramadhan. Cuma berniaga kuih-muih sahaja yang dihantar orang. Ambil untung sedikit atas jualan kuih, baru berniaga namanya. Semestinya bukan didasari dengan nawaitu kapitalis , cuma untuk mencari sesuap rezeki.

           Mak aku; macam biasa juga. Setiap kali Ramadhan, maka berdoyon-doyonlah tempahan untuk baju raya yang diterima. Mak memang dianugerahi 'talent' untuk menjahit apa jua jenis baju, langsir, cadar dan sebagainya dari zaman dia anak dara lagi. Dulu waktu aku kecik, seluar sekolah agama petang selalu 'ter'koyak celah kangkang. Mak akan menjadi tempat pengaduan paling 'solid' untuk menyelesaikan isu tersebut.

Bukannya apa. Kes-kes seluar sekolah agama koyak celah kangkang ni sebab suka main aci ligan, bola 'chop' , 'scene' Paranawei yang tengah 'up' waktu tu dan macam-macam lagi permainan yang aku rasa dah ditelan zaman. Semuanya bantai tibai main waktu rehat. Apa ada hal?

******
" Truutt...trutt...truuttt.."
" Assalamualaikum. Hello mak..buat apa tu? Sihat?" kata aku memulakan bicara.

"Waalaikum salam. Sihat walafiat. Tengah jahit baju ni. Awat? ", balas mak aku.

"Owh, saja ja telefon. Tanya khabar. Banyak ka menjahit baju?", tanya aku.

"Banyak jugak la. Ni ha, sorang dia pun dah 13 pasang baju ditempahnya", balas mak aku 'sporting'.

             Apa makan orang zaman sekarang ni sampai tempah baju raya sampai 13 pasang? Apa nak bukak butik ka lepas raya? Mungkin depa ni mengamalkan prinsip satu pasang baju untuk setiap hari pada bulan Syawal. Dayyumm.

.

Monday, August 22, 2011

Zakat


Ihsan dari The Star

Ihsan dari Hairan

Mana PAS? Mana United Malay National Organization? Mana PERKASA? Mana Pekida? Mana NGO Islam? Kehkehkehkeh. Ini salah satu contoh untuk penggunaan wang zakat. 


Benda pasal zakat,bukan satu isu baru…Tapi dah lamaaaaa

Kenapa sampai sekarang, masih ada yang mempertikai kemana perginya duit-duit zakat itu?
Perlu diingat !
Zakat bukan hanya wajib dibayar ketika bulan Ramadhan- itu zakat fitrah
Macamana dengan zakat harta –zakat pendapatan,zakat emas& perak, zakat penternakan, zakat pertanian –semua tu kena bayar zakat dan kena ambik pot
Nak naik zakat pun naik lah
Tak ada siapa pun akan persoal

Tapi
Yang orang personal dari dulu, kini dan selamanya
Kemana perginya duit zakat
Adakah zakat disalurkan kepada penerima-penerima yang berhak?

Orang Fakir – ada tak yang masih tak dapat?
Orang miskin - ada tak yang masih tak dapat?
Amil – ada tak yang masih tak dapat?
Golongan muallaf- ada tak yang masih tak dapat?
Hamba- ada tak yang masih tak dapat? –tapi zaman sekarang masih ada lagi kah?
Penghutang- ada tak yang masih tak dapat? –tapi mereka yang berhutang secara menepati syarak saja
Fisabilillah - ada tak yang masih tak dapat? – macammana pengagihan dan pengklasifikasian?
Ibn Sabil - ada tak yang masih tak dapat?
Kata duit zakat sampai juta-juta, tapi kemana perginya? – itu yang kena ambik pot!

.

Terawih - realiti atau tak?

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba
Pak Belalang: Silakan Nujum Masai
Nujum Masai: Apakah dia 1-banyak-banyak, 2-sadikit-sadikit, 3-kaddang- kaddang, 4-jarrang- jarrang?


Sunyi sebentar keadaan. Hening...


Lalu, Pak Belalang senyum keseorangan.


Pak Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya .. Terawih!! (sambil tersenyum riang)
Nujum Masai: Jelaskan
Pak Belalang: "1- Baanyak-baaanyak" bermaksud minggu pertama banyak orang akan datang masjid dan surau untuk terawih. "2-sadikit-sadikit" minggu kedua sudah sadikit orang akan datang terawih. Yang ke tiga;"kaddang-kaddang" pada minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang tarawih dan yang keempatnya;jarrang-jarrang" pada minggu keempat jarang-jarang jumpa orang datang terawih.


******
Cilakak. Teka-teki cerita P.Ramlee ni pun boleh orang 'modify'. Tapi macam betul jugak kalau pikir kalau banding dengan 'scene' terawih dekat Malaysia ni. Kehkehkehkehkeh.


.

Thursday, August 18, 2011

Kedai 1 Malaysia


Ya ampooooooonnn
Ya babooonnnnnnnn

Kehkehkehkehkehkeh

Ini satu cadangan yang amat baik dan bernas sekali.....terunggul dari ladang !
Baru dapat bantu golongan Bumiputera khususnya....
Dapatlah mak cik pak cik pasarkan dan komersilkan produk depa...

Kehkehkehkehkehekeh

Jangan ada 'Masyyuuuuukkk' sesama kroni sudah lah....bagi projek dekat kroni
Jangan tutup kedai kalau tak laku sudah lah......kasihan pekedai dan stokis
Jangan pilih bulu tang nak pilih pembuat barangan dan produk sudah lah.....
Jangan sampai kena serbu JAKIM tak ada cop halal sudah lah,
Jangan ada jual harga barang lagi mahal dari Tesco, Giant, Econsave, apa bana lagi sudah lah....nanti kastemer lari
Dan yang penting, jangan jadi hangat-hangat tahi ayam macam Islam Hadhari zaman Pak Lah sudah lah...

Owh ya, apa khabar cerita pasal Islam Hadhari sekarang??
Rasa -rasa ada lagi tak pak-pak menteri masih ingat 10 prinsip Islam Hadhari?

Kehkehkehkehkehkeh


.

K-Pop yang macam Poop



Ya AMPOOOOOOOONNNNN,
Ini namanya MALAPETAKA , bagi Bani Melayu.....Champion segala bidang !
Kehkehkehkehkehkeh

Kenapa ada selit pasal keTuhanan pulak?
Apa nak jadi ni woiii ??
Kehkehkehkehkehkeh



"Kehadiran kami merancakkan lagi industri hiburan tanah air", kata ketua wakil Belia 4B M-Poops



Ya ampooonnn, Ya tambuuunnn, Ya rimbooooonnn,
Apa kejadah dan apa yang terjadi dengan budak-budak Melayu Islam ni?
Makan apa depa ni?
Kehkehkehkehkehkehkeh

Kenapa macho sangat? Kenapa hensem sangat? Kenapa 'jambu' sangat?
Kehkehkehkehkehkehkeh

Woit,
Apa pasal rambut mesti nak pacak-pacak? kenapa rambut kena ada kona-kona sikit tang jambul?
Kehkehkehkehkehkehkeh
Lantas mereka bersuara -"Rambut tak pacak, rambut tak 'stylo', nanti awek lari !"
jawab mereka lagi - "Tapi kami tutup aurat, tak rasuah macam pak menteri-menteri, tak minum arak

Kehkehkehkehkehkehkeh
Balas aku
"Memang lah hangpa tak buat semua tu, teruskanlah..takda siapa pun yang ambik pot!"
"Kepala bana wakluuuu !"
Ini bukan salah ibu mengandung
Kehkehkehkehkehkehkeh

Dari A Go-go, kepada Pogo, kemudian Shuffle, dan yang terNOW...K-Pop
Kehkehkehkehkehkehkeh
Mintak-mintak lagu ni keluar radio -Top carta berminggu-minggu!
Mintak-mintak remaja ni jadi model ubat kuat - Kompem laku!
Mintak-mintak lepas ni ada mak cik pak cik pergi masuk meminang - Buat menantu !
Kehkehkehkehkehkehkeh

Naik bulu roma tengok benda ni - tegang segala benda
Keluar air mata tengok benda ni - terharu dan terkencing
Kenapa ada awek seksi? - memang Kool habis
Dah tak cukup pekerjaan ka dekat Malaysia sampai terpaksa menari dan menyanyi?
Mana dia CIA, FBI, Interpol ?
Ayuh, kasi tangkap dan humban mereka ke Abu Gharib dan Guantanamo Bay!!

Kehkehkehkehkehkehkeh




p/s : Woit anak muda! Simpan dan kenangilah zaman mudamu kembali pada suatu hari nanti, tunjukkanlah kepada anak cucumu dan warismu - Jadikanlah ia sebagai pedoman dan bahan lawak sejagat. Kehkehkehkehkeh.

.    

Wednesday, August 17, 2011

Lambaian terakhir buat seorang pengurus

       
           Orang datang dan pergi. Begitu jugalah dengan pengurus kilang kompeni  tempat aku mencari rezeki  yang sorang ni. Sejak pertemuan mata bertentang mata dari dulu lagi dengannya, dah lama aku menyimpan satu rahsia besar dalam hati ini. Mau sahaja aku lepaskan dan buat bising-bising di dalam kantin kompeni, tetapi ini zaman serius dan matang, bukan lagi sepertimana zaman persekolahan dan di menara gading yang menyimpang jauh matangnya itu.Ya, kini bukan lagi rahsia sebab ia bakal aku luahkan melalui blog.

            Cukuplah aku namakan dia SiTL sahaja. Berbangsa Hokkien ataupun Tionghua barangkali;orangnya cukup kemas, tampak segak, kelihatan sedikit 'skema', bersuara dalam dan suka senyum. Aku cukup sukakan sifat-sifat beliau yang penuh dedikasi dan berjiwa pekerja bawahan itu.

Kalau Tun Tan Cheng Lock  hatta Chua Soi Lek sekalipun tahu pasal ni....depa pun cemburu.


*******

           Entah kenapa dari Jun 2008 hingga ke petang tadi imej Mitsuyoshi Anzai masih lagi bermain-main dalam minda aku sambil mengenangkan kembali detik pertama kali bergambar bersama SiTL pada petang tadi, sejurus berakhirnya majlis perpisahan yang dianjurkan kompeni.

Inilah bahananya banyak sangat terpengaruh dengan komik. Cilakak.

          Ave Kulim ! et Vale Saigon! SiTL....
       

Saturday, August 13, 2011

Steering rack dan kebocoran minyak power steering


           "Bumi yang mana tidak ditimpa hujan". Itu adalah pepatah yang acapkali kita dengar, namun pepatah baru  bagi aku -"kereta yang mana tidak pernah rosak" mungkin lebih sesuai untuk aku beberapa minggu lepas sebelum tibanya Ramadhan.Pepatah ini dicipta aku tak lain tak bukan adalah sekadar untuk memujuk diri kerana terpaksa keluar duit untu bawak perbaik.Bohonglah rasanya kalau siapa-siapa yang ada kereta tapi tak pernah rosak-rosak. Hatta Cadillac One milik Presiden USA pun rosak, inikan pulak kereta sumbangan abah aku yang dah menjangkau usia 24 tahun.

Tapi kalau ada, mai bak sini habaq kat aku. Nak beli sebuah.

         Masalah dikesan kira-kira sebulan yang lalu. Bawah kereta aku terdapat tompok-tompok minyak yang keluar entah dari mana. Mula-mula aku memang tak ambik pot sangat memandangkan pikir aku itu hanya perkara biasa terjadi pada kereta lama.

Anggapan aku salah. Nak dijadikan cerita, semakin lama,semakin banyak minyak kelihatan bawah kereta di bahagian depan apabila aku 'parking' kenderaan. Bagi aku ini bukan sesuatu fenomena yang bagus untuk dilihat.

Ini dia 'steering rack'

********

"Ok, total semua seperti dalam resit ya, cik", kata Encik Shaari sebagai pomen yang bertanggungjawab dalam pembikinan kereta aku yang rosak itu.

" Nah, ini duitnya", balas aku sambil tangan dah stenbai pegang duit dan buat kiraan semula takut-takut terlebih bagi (padahal memang dah kira ngam-ngam).

Babak berakhir dengan aku berlalu pergi dari woksyop En. Shaari sambil memcut laju dengan kereta mewah aku sambil tangan kanan duduk urut-urut dahi sikit.

           "Power jugak kena disebabkan nak perbaik kereta mewah tersayang ni", monolog aku sambil mengurut dada yang tegap ni sikit-sikit.

********

4 Throttle used power steering rack - $300
vacuum pipe - $25
rubber fit -$20
Automated Transmission Fluid (ATF oil) - $25
Suit -$20
upah -$90

Total - $480

             

Friday, August 12, 2011

Orang Melayu dan babi




Ihsan dari Hairan


Ihsan dari TheStarOnline


Ya ampoooonn
Kehkehkehkehkehkehkeh
Kisahnya dia...bagusnya dia...ambik potnya dia....
Inilah dia pejuang jihad paling tulen dan paling komited dalam sejarah peradaban Melayu

Kenapa orang Melayu terlampau sensitif dengan babi? -Ya, Islam Melayu memang cukup sensitif dengan binatang bergelar babi
Tetapi kebanyakkannya suka cakap 'Babi'!
Kehkehkehkehkehkehkeh
Agaknya, kalau ada umat Islam Melayu masuk perang, habis lintang pukang lari bertebaran
Jikalau pihak musoh membawa babi sebagai senjata dan alat pertahanan

Kehkehkehkehkehkehkeh
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' main judi?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' jadi pondan & buat transgender?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu termasuk golongan-golongan pembesar negara tengah 'champion' minum arak?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' buang anak?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' main rasuah?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' tak tutup aurat?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' tak cukup solat 5 waktu?
Mana dia pejuang jihad ini dikala banyak lagi umat Islam Melayu tengah 'champion' berzina?

Kenapa tak mau teguurrr??
Kehkehkehkehkehkehkeh




Selamat berbuka

Kurma pembuka juadah

Tup tap tup tap, dah nak sampai minggu kedua,
Hari raya puasa akan sampai

Esok warga Kedah akan bercuti
Tapi aku tak bercuti sebab kompeni cuti sabtu dan ahad
Gedung membeli belah menjadi tumpuan

Sibuk sibuk dan sibuk

Minggu ini pasti ramai dapat jemputan berbuka
Kawan pejabat dengan kawan pejabat
Kawan meniaga dengan kawan meniaga
Kawan politik dengan kawan politik
Awek dengan balak
Yang tak ada awek cuba cari awek
Yang tak ada balak cuba cari balak

Hotel, restoran, kedai mamak dan warong,
Semua jadi tumpuan

Masa dan mata lapar merayu juadah
Masa dan mata menunggu hidangan
Masa dan mata melihat jam ditangan
Masa dan telinga cuba mendengar azan

Masa akan terus berlalu
Masa telah kita tukar
Masa telah kita niagakan untuk keselesaan
Masa telah merompak kreativiti

Kita tidak pandai lagi memasak

Selalu kita dengar:
Ayah tak tahu memasak
Anak tidak tahu memasak
Isteri tak tahu memasak
Tak ada siapa yang tahu memasak

Memasak seperti pelukis adalah satu seni
Memasak seperti pengukir perlukan daya kreatif
Memasak adalah melukis
Memasak ialah melukis menggunakan lada, asam dan garam

Hlang daya memasak
Hilang daya kreatif

Semua kini kita beli
Semua kini ada orang lain yang membuat

Kita lupa betapa indahnya membuat secangkir air selasih
Kita lupa betapa indahnya membuat seketul tamar goreng
Kita lupa betapa indah memotong sebiji terong
Kita lupa betapa indahnya menghiris sebiji lada
Kita lupa membuat adalah nikmat yang Maha agung

Hujung minggu ini cuba masak di rumah
Jemput sahabat  handai dan taulan
Bukakan dapor sebagai kanvas
Dan pamerkan lukisan di meja makan

.

Wednesday, August 10, 2011

MAS dan Air Asia - siapa untung, siapa rugi?

Ihsan dari Thestaronline


Ihsan dari Meloya


Ya ampoooon,
Kehkehkehkehkehkeh
Cuba perhatikan dan cuba kaji balik betul-betul
Cuba kaji balik sejarah bisnes MAS dan juga sejarah bisnes AirAsia
Aku bukan orang ekonomi , tapi ada bau-bau sesuatu yang tak kena dengan perjanjian ni
Semuanya berbaur monopoli !

Kehkehkehkehkehkeh
Siapa paling cepat naik dan untung dan siapa pulak yang banyak rugi dan lebur

Kehkehkehkehkehkeh
Takkan Tony Fernandes bebal sangat dengan perjanjian ni
Takkan dia senang-senang nak join saham dengan MAS yang dah nazak
Mesti ada 'masyuuuukk' punya
Kehkehkehkehkehkeh

Apa dah jadi dengan MAS yang sekian lama dijaga dan ditatang?
Bagi keuntungan lebih kepada MAS konon,
Mula-mula nak beri saingan konon, 'last-last' jadi kawan baik pulak
Ini mesti ada agenda masyuuukk
Mana pergi daya saing dan semangat kompetitif?
Kehkehkehkehkehkeh

Nampak sangat MAS dah nazak terok
Kehkehkehkehkehkeh
Yang paling gumbira dan yang senyum sokmo, semestinya Tan Sri Tony Fernandes
Kehkehkehkehkehkeh

Siapa untung, siapa rugi?
Kehkehkehkehkehkeh
Yang pastinya, rakyatlah yang paling rugi
Cuba pikir, dan pikir, dan pikir berulang kali



Makin kaya dan semakin kaya itulah dia Tony Fernandes setelah masuk ke dalam MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif



Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan di London

          Dikhabarkan bahawa tercetusnya rusuhan London pada 6 Ogos lepas berikutan isu polis menembak seorang awam, Mark Duggan. Pemuda yang dipercayai tidak bersenjata ini ditembak susulan penahanan atas kes pengedaran kokain. Mark Duggan juga dipercayai merupakan salah seorang ahli kumpulan 'Star Gang'.

          Adakah ini ada kaitan dengan isu perkauman? Pasal isu kemiskinan dan desakan hidup warga kota London sampai terpaksa jual kokain? Ataupun kegagalan Kerajaan parti konservatif, parti buruh, liberal demokratik dan apa bana lagi dalam meng'handel' negara? Itu aku tak berapa tau sebab tak ambik pot sangat. Kena baca lagi untuk harus tahu mendalam.

Mendiang Mark Duggan

           Kejadian yang menggemparkan ini mengakibatkan satu protes aman berlangsung pada 6 Ogos lalu yang berlangsung pada mulanya di sebuah tempat bernama Broadwater Farm, dan berakhir di Balai Polis Tottenham. Mereka yang menyertai protes aman ini majoritinya terdiri daripada ahli keluarga dan sepupu sepapat Mark sendiri.

           Selebihnya kisah pasal rusuhan aku tak berapa pasti dan pasai apa yang boleh jadi merusuh sampai bakaq bangunan tu memang aku tak paham. Apa yang rasionalnya sampai kena bakaq bangunan? Kadang-kadang orang negara maju ni punya perangai pun aku tak paham sangat pasal apa sampai macam ni.


Polis yang steady tengah stenbai sambil..err...woit, tangan kau buat apa tu?


Rumah kedai kena bakar. Bomba datang berlumba-lumba

             Yang tak semena-mena nak merusuh ni pun satu. Cuba sikit demo macam Bersih 2.0 hari tu. Kan 'chill' ja. 'Chill' tak chill pun kena gak hadiah 'tear gas' dan 'water cannon'. Yang kena penumbuk dengan polis tak semena-mena pun ada.

            Apa yang pasti, aku akan meluat kalau kes rusuhan di London ni jadi modal oleh Gohmen, terutamanya bini Rosmah dan Muhyiddin Yasin untuk dibandingkan dengan Bersih. Lumrah bagi manusia untuk memberontak dan melahirkan rasa ketidakpuashatian jika ada sebab yang kukuh;cuma perlu kena dengan caranya. Jangan nak alih isu sebenar rakyat Malaysia dari dulu dan sekarang; ketelusan pilihanraya, ekonomi semasa (kenaikan harga barang, terutamanya time raya), masalah sosial, masalah PATI, masalah MyKad yang senang-senang bagi dekat warga asing dan lain-lain lagi. Sila ambik pot pasal hal tu dulu baru hangpa boleh sembang pasal isu rusuhan London yang sebenarnya depa pun boleh selesaikan sendiri.






Photo credit : http://www.guardian.co.uk/news/datablog+uk/london-riots

Sunday, August 7, 2011

Permulaan musim yang baik

            Kehkehkehkehkeh...Ini yang dikatakan rahmah dalam fasa pertama Ramadhan buat semua makhlukNya.Tahniah, United !! Paling manis sebab menang dengan jiran tetangga yang kaya, dan mana perginya menantu Maradona??


Sebelum

Selepas

Saturday, August 6, 2011

Surat dari cikgu

       
       Jangan ingat yang seorang brader burger dan merangkap penulis serta kutu terhormat tak boleh memberi nasihat yang baik kepada golongan-golongan professional, contohnya kepada seorang cikgu.


       Ikuti surat daripada seorang cikgu kepada brader Pipiyapong seperti dibawah :


********
Tak lama dulu ada seorang bakal cikgu telah menulis surat kepada gua. Tapi itu hari gua tak balas. Jadi seperti yang dijanjikan, ini hari gua balas!


Surat dari cikgu inglish:

Assalamualaikum.

Brader Firdaus, saye Amer dari N.Sembilan. Saye suke membace blog brader ni, dan sejak akhir-akhir ni, tulis surat ni macam dah jadi trend pulak...jadi inilah hasilnye...saye menulis kepada brader.

Saye sebenarnye baru tamat belajar, mengambil jurusan pendidikan, dan akan ditempatkan di sekolah menegah pada pertengahan Julai ini. Saya rase brader seorang yang sibuk, jadi saya akan pendekkan surat ini. Saya sebenarnye ingin bertanye, pada pendapat brader, camne nak membuat pelajar sekolah meminati English? Saye sebenarnye mengambil jurusan TESL dan berdasarkan pengalaman semasa practicum selama 3 bulan di sekolah, agak mudah membuat pelajar suka kepada saye, tetapi agak susah nak buat mereka suke English. Kalo bawak pegi library, takde langsung yang nak cari buku English walaupun penat saye memberi galakan.

Kalo brader dah selesai menjual burger, harap dapat balas surat saye. Cadangan atau pandangan brader kalo saya praktikkan di sekolah, dan murid berjaya, brader jugak yang akan mendapat pahalenye. Terima kasih ye.

Jawapan dari gua:

Waalaikumussalam, cikgu. Minta maaf la kerana lambat membalas surat cikgu ni. Sebenarnya saya ni berasa segan juga sedikit sebanyak nak membalas surat cikgu. Ye la saya ni belajar pun tak habis. Inglish pun tak berapa pandai. Namun begitu saya cuba juga memberi buah fikiran bagi mengatasi masalah yang dialami oleh cikgu.

Pada zaman dahulu iaitu ketika Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri, saya berkesempatan mengikuti kursus ilmu pedagogi yang saya rasa ada kena-mengena dengan permasalahan ini. Kemudian beberapa tahun selepas itu saya juga pernah bertugas selaku pengajar vokasional di salah sebuah kolej swasta sebelum diberhentikan. Di dalam tempoh mengajar itu pula saya juga ada mengambil kursus tambahan Vocational Training Officer tetapi tak habis disebabkan malas mahu membayar yuran. Jadi di sini saya bukan jawab kosong. Saya akan menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang berada di dalam bidang pengajaran.

Ya cikgu, membuat pelajar suka kepada cikgu memang senang. Saya dulu pun macam tu juga. Tapi suka sebab apa? itulah dia yang cikgu kena tahu. Adakah suka sebab cikgu tak ada misai? Adakah suka sebab cikgu memiliki personaliti menarik? Adakah suka kerana cikgu memakai gelang besi? Atau adakah cikgu sendiri perasan dan tak tahu yang mereka sebenarnya lagi suka kalau cikgu tak masuk kelas?

Senang cerita macam ni la, cikgu. Budak-budak ni jangan kasi muka sangat. Sedangkan budak yang baik pun kalau kasi muka selalu pun diorang naik lemak. Inikan yang perangai macam iblis.

Pertama sekali mula-mula masuk kelas, cikgu mark dulu budak yang paling gengster. Yang paling degil dan mulut macam celaka pun boleh. Okey dengan budak-budak jenis itu cikgu kena kasi ngam. Ngam baik punya. Ngam yang sampai diorang senang dan segan dengan cikgu macam cikgu ni ketua gengster. Kalau tiga orang gengster, tiga-tiga cikgu kena kasi ngam. Tapi dalam masa yang sama jangan sampai meminggirkan budak-budak yang tak gengster dan yang pakai cermin mata. Cuba imbangkan dengan baik.

Bila yang gengster ni cikgu dah pegang memang senang la kerja cikgu. Time kasi arahan di kelas, cikgu tuju je gengster dulu. Bila gengster pun baca buku inglish, yang tak gengster takkan nak buat-buat handal ingkar arahan ye dak?

Yang kedua ni senang sikit. Dengan cikgu baru ni budak-budak memang suka buat hal. Sekali budak-budak buat hal macam tak bawa buku ke, tak buat kerja sekolah ke, cikgu buat rilek dulu. Cikgu senyum senyum manis je. Dua kali pun cikgu senyum manis lagi. Kasi diorang overconfidence. Masuk kali ketiga buat hal, cikgu lempang sampai berpusing. Setel. Lepas tu budak-budak semua tahu kerja masing-masing. Jenis bingkas.

Buah fikiran atau cadangan saya yang terakhir ialah cikgu mesti menerangkan, menjelaskan dan bercerita tentang halatuju, tujuan dan aplikasi subjek cikgu di dalam realiti kehidupan. Perkara ni memang saya sendiri amalkan ketika memulakan kelas baru atau setiap kali masuk tajuk baru semasa bertugas dahulu. Tujuannya adalah untuk meningkatkan semangat ingin tahu dan memberi motivasi. Untuk bahagian ni cikgu perlu la membuat kerja lebih sikit. Study dulu mana yang patut kasi penuh ilmu di dada. Lepas tu masuk kelas bawa marker pen je. Kemudian berdiri senget tepi meja dan mula bercerita.

Okey la saya kasi contoh walaupun ada beza la sikit sebab saya mengajar subjek lain. Katakan saya hari tu baru nak mula topik sistem brek. Sesi pertama tu apa buku pun saya tak bawa. Masuk-masuk kelas lepas tanya dah makan ke belum saya akan buka cerita pasal brek. Tak payah cerita yang susah-susah. Cerita yang biasa biasa je. Yang hari hari berlaku je. Saya pun cerita la pasal kisah itu hari turun Genting brek kereta jadi bau gampang, lepas tu brek lekat jadi asyik brek je memanjang, berhenti tepi jalan turun-turun kereta tengok tayar depan dua-dua berasap, lepas tu ada kereta penuh makwe cun lalu tepi sambil gelak-gelak, baling batu kat kereta makwe, kereta makwe terbabas masuk gaung, rasa nak siram air ke tayar tapi teringat pula member cakap jangan siram biar tunggu sejuk, tiba-tiba ada pomen datang, pomen pakai tshirt Justin Bieber, check check pad brek lekat, tengok disc brake pula dia cakap dah makan, ini kena tukar, itu kena tukar, mau baik punya tukar semua, mau murah sikit tukar pad saja disc kasi hantar potong atau tukar itu disc kedai potong, satu jam punya kerja, haiya! piston pun kena kasi servis, lagi tambah wang tukar getah, bla bla bla sampai budak-budak ralit dan kalau kena dia punya dramatik budak semua nganga. Tambah sikit aksi yang cikgu la yang paling hero dan paling steady.

Dalam pada bercerita tu mesti ada budak tanya macam macam. Mesti ada budak yang jenis, 'bapak saya pun pernah macam tu', 'atuk saya pun brek dia bunyi angsa' dan macam-macam. Jadi saya jawab lagi, saya cerita lagi dengan berwibawa dan lancar (berbekalkan ilmu penuh di dada). Bila keadaan dah havoc dan semua budak ambil bahagian, loceng rehat pun tak mampu menghalang. Kesudahannya apa yang diceritakan saya itu membolehkan budak-budak kenal beberapa komponen brek, jenis kegagalan brek, tindakan, cara kerja, kaedah, masa, upah dan sebagainya dan mungkin saya boleh kenal dua tiga orang yang minat Justin Bieber. Bila masuk sesi kedua yang melibatkan silibus, dah tak banyak hal.

Tapi harus diingat. Ini untuk subjek saya la. Kalau untuk subjek inglish cikgu, pandai-pandai cikgu la. Peduli apa saya. Kah kah kah!

Okey la sampai di sini aje la surat buah fikiran saya. Semoga cikgu mendapat ilham dari pandangan dan buah fikiran saya ini. Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Brader Burger


Cilake apa gua jawab surat panjang gila ni? Dah la satu pun takde sangkut paut dengan nota pedagogi.


*******

Hasil tulisan beliau yang asal boleh didapati di sini:


.

Thursday, August 4, 2011

Tertangkapnya Sa-ekor Toyo


          " Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Curvey, Mommy dan Siti - 3 ekor kucing saya yang selalu mengkritik cara saya bekerja. Saya juga berterima kasih kepada Jai dan Ezi - 2 ekor anjing saya yang amat setia duduk ditepi meja saban malam mengawal saya yang sedang bertempur dengan komputer. Saya juga berterima kasih kepada Marang dan Sepang- 2 ekor kura-kura yang tidak pernah membuat bising ketika saya bekerja. Juga kepada Piggy yang selalu meng'up-to-date'kan komputer saya yang selalu terkantat." - Isham

          Kehkehkehkehkeh...

.

Wednesday, August 3, 2011

Sistem biometrik



          Dengar cerita SPR nak guna biometrik untuk sesi Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung nanti. Macam biasa, kalau dah kerajaan kata bersetuju nak gunakan teknologi ni, maka seperti kebiasaannya pasti ada percanggahan pendapat serta hujah, terutamanya dari pihak pembangkang.

          Sebenarnya biometrik telah lama digunakan di beberapa negara maju yang lain, seperti Kanada, Amerika Syarikat, German, Australia, hatta Israel sekalipun. Apa-apapun, mari lihat dan sila ambik pot tentang cadangan SPR untuk penggunaan biometrik dalam piliharaya nanti. Cuba teliti dan jika berkelapangan, mencari jurnal-jurnal, artikel, atau bahan rujukan tentang kebaikan dan juga keburukan penggunaan teknologi ini. Adalah lebih baik jika SPR dapat membuat diskusi ilmiah atau debat secara terbuka mengenai penggunaan teknologi ini agar rakyat, terutamanya mereka yang berada di luar bandar; contohnya orang seperti Opah aku, dapat lebih memahami tentang isu  ini.

         Apa pun, integriti data yang sebenarnya yang diperlukan untuk menjadi tunjang kepada kejayaan sistem biometrik ini. Apalah gunanya jika penggunaan teknologi yang canggih, tapi jika datanya boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak atau terdapat ketidaktelusan dalam penyelenggaraan sistem, maka sama sahajalah jika tidak menggunakannya pun, atau dengan kata lain, hanya gah pada nama.



Selamat bersahur ; ucapan ikhlas daripada Dato' Najib dan sepupu beliau

.

Tuesday, August 2, 2011

Puasa 2011

            Tup tap tup tap , dah sampai balik ke Ramadhan edisi ke 1432 Hijrah. Harini dah cukup aku berpuasa 2 hari. Misi mencari Bubur lambok pun belum membuahkan hasil. Jika dikenang kembali sejarah puasa Ramadhan bagi umat Islam, ia telah difardhukan ke atas setiap individu Muslim  pada 2 Syaaban tahun ke 2 Hijrah, bersamaan  tahun 623Masihi, setelah Rasulullah s.a.w diturunkan wahyu menerusi Surah Al-Baqarah, ayat 183 hingga 187.

          Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas rahmatNya hingga aku dipertemukan semula lagi dengan Ramadhan kali ni. Banyak benda yang dah berubah sepanjang Ramadhan tahun lalu dan edisi Ramadhan yang baru berlangsung kali ni. Banyak sebab apa? Sebab dah kahwin. Kahwin bagi aku suatu perubahan yang besar untuk Ramadhan kali ni. Makan pun jadi lebih sedap, hidup pun makin teratur dan steady, tenaga pun rasa macam bertambah, dan banyak benda baru aku belajar.

         Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan untuk terus menjalani ibadah puasa Ramadhan kali ini. Amin. Ciao.



p/s : 'Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahuu sebelum kamu, agar kamu bertakwa' [Al-Baqarah,2:183]