Saturday, August 13, 2011

Steering rack dan kebocoran minyak power steering


           "Bumi yang mana tidak ditimpa hujan". Itu adalah pepatah yang acapkali kita dengar, namun pepatah baru  bagi aku -"kereta yang mana tidak pernah rosak" mungkin lebih sesuai untuk aku beberapa minggu lepas sebelum tibanya Ramadhan.Pepatah ini dicipta aku tak lain tak bukan adalah sekadar untuk memujuk diri kerana terpaksa keluar duit untu bawak perbaik.Bohonglah rasanya kalau siapa-siapa yang ada kereta tapi tak pernah rosak-rosak. Hatta Cadillac One milik Presiden USA pun rosak, inikan pulak kereta sumbangan abah aku yang dah menjangkau usia 24 tahun.

Tapi kalau ada, mai bak sini habaq kat aku. Nak beli sebuah.

         Masalah dikesan kira-kira sebulan yang lalu. Bawah kereta aku terdapat tompok-tompok minyak yang keluar entah dari mana. Mula-mula aku memang tak ambik pot sangat memandangkan pikir aku itu hanya perkara biasa terjadi pada kereta lama.

Anggapan aku salah. Nak dijadikan cerita, semakin lama,semakin banyak minyak kelihatan bawah kereta di bahagian depan apabila aku 'parking' kenderaan. Bagi aku ini bukan sesuatu fenomena yang bagus untuk dilihat.

Ini dia 'steering rack'

********

"Ok, total semua seperti dalam resit ya, cik", kata Encik Shaari sebagai pomen yang bertanggungjawab dalam pembikinan kereta aku yang rosak itu.

" Nah, ini duitnya", balas aku sambil tangan dah stenbai pegang duit dan buat kiraan semula takut-takut terlebih bagi (padahal memang dah kira ngam-ngam).

Babak berakhir dengan aku berlalu pergi dari woksyop En. Shaari sambil memcut laju dengan kereta mewah aku sambil tangan kanan duduk urut-urut dahi sikit.

           "Power jugak kena disebabkan nak perbaik kereta mewah tersayang ni", monolog aku sambil mengurut dada yang tegap ni sikit-sikit.

********

4 Throttle used power steering rack - $300
vacuum pipe - $25
rubber fit -$20
Automated Transmission Fluid (ATF oil) - $25
Suit -$20
upah -$90

Total - $480

             

1 comment: