Dengar cerita SPR nak guna biometrik untuk sesi Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung nanti. Macam biasa, kalau dah kerajaan kata bersetuju nak gunakan teknologi ni, maka seperti kebiasaannya pasti ada percanggahan pendapat serta hujah, terutamanya dari pihak pembangkang.
Sebenarnya biometrik telah lama digunakan di beberapa negara maju yang lain, seperti Kanada, Amerika Syarikat, German, Australia, hatta Israel sekalipun. Apa-apapun, mari lihat dan sila ambik pot tentang cadangan SPR untuk penggunaan biometrik dalam piliharaya nanti. Cuba teliti dan jika berkelapangan, mencari jurnal-jurnal, artikel, atau bahan rujukan tentang kebaikan dan juga keburukan penggunaan teknologi ini. Adalah lebih baik jika SPR dapat membuat diskusi ilmiah atau debat secara terbuka mengenai penggunaan teknologi ini agar rakyat, terutamanya mereka yang berada di luar bandar; contohnya orang seperti Opah aku, dapat lebih memahami tentang isu ini.
Apa pun, integriti data yang sebenarnya yang diperlukan untuk menjadi tunjang kepada kejayaan sistem biometrik ini. Apalah gunanya jika penggunaan teknologi yang canggih, tapi jika datanya boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak atau terdapat ketidaktelusan dalam penyelenggaraan sistem, maka sama sahajalah jika tidak menggunakannya pun, atau dengan kata lain, hanya gah pada nama.
Selamat bersahur ; ucapan ikhlas daripada Dato' Najib dan sepupu beliau
.
No comments:
Post a Comment