Hujung minggu lepas, di Klinik kesihatan Sg. Lalang, sedang aku menunggu Sorfina untuk pemeriksaan kesihatan di tempat tersebut yang orangnya boleh tahan ramainya (sehinggakan jika hendak dibilang kehadiran orang ramai disitu dengan jari tangan sendiri ditambah pula dengan jari kedua belah kaki pun tidak cukup;sampai terpaksa meminjam bilangan beberapa jari kaki dan tangan orang lain pun belum tentu cukup) , aku membuat panggilan rindu kepada kedua abah dan bonda di perantauan.
Padahal, baru dua hari sudah buat panggilan kepada depa. Ini yang dinamakan "rindu serindu-rindunya". Perghh.
Seperti Ramadhan Ramadhan sebelumnya, abah aku akan terus berniaga macam biasa; bukan jual laksa, goreng pisang dan ABC sebab makanan tu orang tak ambik pot sangat 'time' Ramadhan. Cuma berniaga kuih-muih sahaja yang dihantar orang. Ambil untung sedikit atas jualan kuih, baru berniaga namanya. Semestinya bukan didasari dengan nawaitu kapitalis , cuma untuk mencari sesuap rezeki.
Mak aku; macam biasa juga. Setiap kali Ramadhan, maka berdoyon-doyonlah tempahan untuk baju raya yang diterima. Mak memang dianugerahi 'talent' untuk menjahit apa jua jenis baju, langsir, cadar dan sebagainya dari zaman dia anak dara lagi. Dulu waktu aku kecik, seluar sekolah agama petang selalu 'ter'koyak celah kangkang. Mak akan menjadi tempat pengaduan paling 'solid' untuk menyelesaikan isu tersebut.
Bukannya apa. Kes-kes seluar sekolah agama koyak celah kangkang ni sebab suka main aci ligan, bola 'chop' , 'scene' Paranawei yang tengah 'up' waktu tu dan macam-macam lagi permainan yang aku rasa dah ditelan zaman. Semuanya bantai tibai main waktu rehat. Apa ada hal?
******
" Truutt...trutt...truuttt.."
" Assalamualaikum. Hello mak..buat apa tu? Sihat?" kata aku memulakan bicara.
"Waalaikum salam. Sihat walafiat. Tengah jahit baju ni. Awat? ", balas mak aku.
"Owh, saja ja telefon. Tanya khabar. Banyak ka menjahit baju?", tanya aku.
"Banyak jugak la. Ni ha, sorang dia pun dah 13 pasang baju ditempahnya", balas mak aku 'sporting'.
Apa makan orang zaman sekarang ni sampai tempah baju raya sampai 13 pasang? Apa nak bukak butik ka lepas raya? Mungkin depa ni mengamalkan prinsip satu pasang baju untuk setiap hari pada bulan Syawal. Dayyumm.
.
apa makan orang zaman skg? typo ni
ReplyDeletebukan typo tu Wadi AR..memang tulih macam tu
ReplyDelete