Adakah ini ada kaitan dengan isu perkauman? Pasal isu kemiskinan dan desakan hidup warga kota London sampai terpaksa jual kokain? Ataupun kegagalan Kerajaan parti konservatif, parti buruh, liberal demokratik dan apa bana lagi dalam meng'handel' negara? Itu aku tak berapa tau sebab tak ambik pot sangat. Kena baca lagi untuk harus tahu mendalam.
Mendiang Mark Duggan
Kejadian yang menggemparkan ini mengakibatkan satu protes aman berlangsung pada 6 Ogos lalu yang berlangsung pada mulanya di sebuah tempat bernama Broadwater Farm, dan berakhir di Balai Polis Tottenham. Mereka yang menyertai protes aman ini majoritinya terdiri daripada ahli keluarga dan sepupu sepapat Mark sendiri.
Selebihnya kisah pasal rusuhan aku tak berapa pasti dan pasai apa yang boleh jadi merusuh sampai bakaq bangunan tu memang aku tak paham. Apa yang rasionalnya sampai kena bakaq bangunan? Kadang-kadang orang negara maju ni punya perangai pun aku tak paham sangat pasal apa sampai macam ni.
Polis yang steady tengah stenbai sambil..err...woit, tangan kau buat apa tu?
Rumah kedai kena bakar. Bomba datang berlumba-lumba
Yang tak semena-mena nak merusuh ni pun satu. Cuba sikit demo macam Bersih 2.0 hari tu. Kan 'chill' ja. 'Chill' tak chill pun kena gak hadiah 'tear gas' dan 'water cannon'. Yang kena penumbuk dengan polis tak semena-mena pun ada.
Apa yang pasti, aku akan meluat kalau kes rusuhan di London ni jadi modal oleh Gohmen, terutamanya bini Rosmah dan Muhyiddin Yasin untuk dibandingkan dengan Bersih. Lumrah bagi manusia untuk memberontak dan melahirkan rasa ketidakpuashatian jika ada sebab yang kukuh;cuma perlu kena dengan caranya. Jangan nak alih isu sebenar rakyat Malaysia dari dulu dan sekarang; ketelusan pilihanraya, ekonomi semasa (kenaikan harga barang, terutamanya time raya), masalah sosial, masalah PATI, masalah MyKad yang senang-senang bagi dekat warga asing dan lain-lain lagi. Sila ambik pot pasal hal tu dulu baru hangpa boleh sembang pasal isu rusuhan London yang sebenarnya depa pun boleh selesaikan sendiri.
Photo credit : http://www.guardian.co.uk/news/datablog+uk/london-riots
Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
ReplyDeleteLebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!
Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, sila baca butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini di:
http://diskopi.wordpress.com
Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini di dalam format jpeg file dan meletakkannya di blog, website atau facebook anda.
Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda baik yang di online mahu pun offline!
Terima kaseh.