Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." [Al Baqarah 2:32]
Wednesday, August 17, 2011
Lambaian terakhir buat seorang pengurus
Orang datang dan pergi. Begitu jugalah dengan pengurus kilang kompeni tempat aku mencari rezeki yang sorang ni. Sejak pertemuan mata bertentang mata dari dulu lagi dengannya, dah lama aku menyimpan satu rahsia besar dalam hati ini. Mau sahaja aku lepaskan dan buat bising-bising di dalam kantin kompeni, tetapi ini zaman serius dan matang, bukan lagi sepertimana zaman persekolahan dan di menara gading yang menyimpang jauh matangnya itu.Ya, kini bukan lagi rahsia sebab ia bakal aku luahkan melalui blog.
Cukuplah aku namakan dia SiTL sahaja. Berbangsa Hokkien ataupun Tionghua barangkali;orangnya cukup kemas, tampak segak, kelihatan sedikit 'skema', bersuara dalam dan suka senyum. Aku cukup sukakan sifat-sifat beliau yang penuh dedikasi dan berjiwa pekerja bawahan itu.
Kalau Tun Tan Cheng Lock hatta Chua Soi Lek sekalipun tahu pasal ni....depa pun cemburu.
*******
Entah kenapa dari Jun 2008 hingga ke petang tadi imej Mitsuyoshi Anzai masih lagi bermain-main dalam minda aku sambil mengenangkan kembali detik pertama kali bergambar bersama SiTL pada petang tadi, sejurus berakhirnya majlis perpisahan yang dianjurkan kompeni.
Inilah bahananya banyak sangat terpengaruh dengan komik. Cilakak.
Ave Kulim ! et Vale Saigon! SiTL....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha.. komik apa layan bro?
ReplyDeleteKhalis, takkan tak kenai cikgu Anzai (Slamdunk) kut? cuma ex-pengurus kilang aku rambut dia hitam ja..yang lain semua lebih kurang sama
ReplyDeleteAbang Lau kita not too bad la. Kasi muka jugak sama gua (pasai gua baru and muda tyme tu).
ReplyDeleteSofia, hang jangan kutuk pengurus kilang kami.Lau pengurus yang 'legend' dan comel, ok. Kehkehkeh.
Delete