Tuesday, August 2, 2011

Puasa 2011

            Tup tap tup tap , dah sampai balik ke Ramadhan edisi ke 1432 Hijrah. Harini dah cukup aku berpuasa 2 hari. Misi mencari Bubur lambok pun belum membuahkan hasil. Jika dikenang kembali sejarah puasa Ramadhan bagi umat Islam, ia telah difardhukan ke atas setiap individu Muslim  pada 2 Syaaban tahun ke 2 Hijrah, bersamaan  tahun 623Masihi, setelah Rasulullah s.a.w diturunkan wahyu menerusi Surah Al-Baqarah, ayat 183 hingga 187.

          Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas rahmatNya hingga aku dipertemukan semula lagi dengan Ramadhan kali ni. Banyak benda yang dah berubah sepanjang Ramadhan tahun lalu dan edisi Ramadhan yang baru berlangsung kali ni. Banyak sebab apa? Sebab dah kahwin. Kahwin bagi aku suatu perubahan yang besar untuk Ramadhan kali ni. Makan pun jadi lebih sedap, hidup pun makin teratur dan steady, tenaga pun rasa macam bertambah, dan banyak benda baru aku belajar.

         Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan untuk terus menjalani ibadah puasa Ramadhan kali ini. Amin. Ciao.



p/s : 'Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahuu sebelum kamu, agar kamu bertakwa' [Al-Baqarah,2:183] 

     

No comments:

Post a Comment