Jangan ingat yang seorang brader burger dan merangkap penulis serta kutu terhormat tak boleh memberi nasihat yang baik kepada golongan-golongan professional, contohnya kepada seorang cikgu.
Ikuti surat daripada seorang cikgu kepada brader Pipiyapong seperti dibawah :
********
Tak lama dulu ada seorang bakal cikgu telah menulis surat kepada gua. Tapi itu hari gua tak balas. Jadi seperti yang dijanjikan, ini hari gua balas!
Surat dari cikgu inglish:
Assalamualaikum.
Brader Firdaus, saye Amer dari N.Sembilan. Saye suke membace blog brader ni, dan sejak akhir-akhir ni, tulis surat ni macam dah jadi trend pulak...jadi inilah hasilnye...saye menulis kepada brader.
Saye sebenarnye baru tamat belajar, mengambil jurusan pendidikan, dan akan ditempatkan di sekolah menegah pada pertengahan Julai ini. Saya rase brader seorang yang sibuk, jadi saya akan pendekkan surat ini. Saya sebenarnye ingin bertanye, pada pendapat brader, camne nak membuat pelajar sekolah meminati English? Saye sebenarnye mengambil jurusan TESL dan berdasarkan pengalaman semasa practicum selama 3 bulan di sekolah, agak mudah membuat pelajar suka kepada saye, tetapi agak susah nak buat mereka suke English. Kalo bawak pegi library, takde langsung yang nak cari buku English walaupun penat saye memberi galakan.
Kalo brader dah selesai menjual burger, harap dapat balas surat saye. Cadangan atau pandangan brader kalo saya praktikkan di sekolah, dan murid berjaya, brader jugak yang akan mendapat pahalenye. Terima kasih ye.
Jawapan dari gua:
Waalaikumussalam, cikgu. Minta maaf la kerana lambat membalas surat cikgu ni. Sebenarnya saya ni berasa segan juga sedikit sebanyak nak membalas surat cikgu. Ye la saya ni belajar pun tak habis. Inglish pun tak berapa pandai. Namun begitu saya cuba juga memberi buah fikiran bagi mengatasi masalah yang dialami oleh cikgu.
Pada zaman dahulu iaitu ketika Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri, saya berkesempatan mengikuti kursus ilmu pedagogi yang saya rasa ada kena-mengena dengan permasalahan ini. Kemudian beberapa tahun selepas itu saya juga pernah bertugas selaku pengajar vokasional di salah sebuah kolej swasta sebelum diberhentikan. Di dalam tempoh mengajar itu pula saya juga ada mengambil kursus tambahan Vocational Training Officer tetapi tak habis disebabkan malas mahu membayar yuran. Jadi di sini saya bukan jawab kosong. Saya akan menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang berada di dalam bidang pengajaran.
Ya cikgu, membuat pelajar suka kepada cikgu memang senang. Saya dulu pun macam tu juga. Tapi suka sebab apa? itulah dia yang cikgu kena tahu. Adakah suka sebab cikgu tak ada misai? Adakah suka sebab cikgu memiliki personaliti menarik? Adakah suka kerana cikgu memakai gelang besi? Atau adakah cikgu sendiri perasan dan tak tahu yang mereka sebenarnya lagi suka kalau cikgu tak masuk kelas?
Senang cerita macam ni la, cikgu. Budak-budak ni jangan kasi muka sangat. Sedangkan budak yang baik pun kalau kasi muka selalu pun diorang naik lemak. Inikan yang perangai macam iblis.
Pertama sekali mula-mula masuk kelas, cikgu mark dulu budak yang paling gengster. Yang paling degil dan mulut macam celaka pun boleh. Okey dengan budak-budak jenis itu cikgu kena kasi ngam. Ngam baik punya. Ngam yang sampai diorang senang dan segan dengan cikgu macam cikgu ni ketua gengster. Kalau tiga orang gengster, tiga-tiga cikgu kena kasi ngam. Tapi dalam masa yang sama jangan sampai meminggirkan budak-budak yang tak gengster dan yang pakai cermin mata. Cuba imbangkan dengan baik.
Bila yang gengster ni cikgu dah pegang memang senang la kerja cikgu. Time kasi arahan di kelas, cikgu tuju je gengster dulu. Bila gengster pun baca buku inglish, yang tak gengster takkan nak buat-buat handal ingkar arahan ye dak?
Yang kedua ni senang sikit. Dengan cikgu baru ni budak-budak memang suka buat hal. Sekali budak-budak buat hal macam tak bawa buku ke, tak buat kerja sekolah ke, cikgu buat rilek dulu. Cikgu senyum senyum manis je. Dua kali pun cikgu senyum manis lagi. Kasi diorang overconfidence. Masuk kali ketiga buat hal, cikgu lempang sampai berpusing. Setel. Lepas tu budak-budak semua tahu kerja masing-masing. Jenis bingkas.
Buah fikiran atau cadangan saya yang terakhir ialah cikgu mesti menerangkan, menjelaskan dan bercerita tentang halatuju, tujuan dan aplikasi subjek cikgu di dalam realiti kehidupan. Perkara ni memang saya sendiri amalkan ketika memulakan kelas baru atau setiap kali masuk tajuk baru semasa bertugas dahulu. Tujuannya adalah untuk meningkatkan semangat ingin tahu dan memberi motivasi. Untuk bahagian ni cikgu perlu la membuat kerja lebih sikit. Study dulu mana yang patut kasi penuh ilmu di dada. Lepas tu masuk kelas bawa marker pen je. Kemudian berdiri senget tepi meja dan mula bercerita.
Okey la saya kasi contoh walaupun ada beza la sikit sebab saya mengajar subjek lain. Katakan saya hari tu baru nak mula topik sistem brek. Sesi pertama tu apa buku pun saya tak bawa. Masuk-masuk kelas lepas tanya dah makan ke belum saya akan buka cerita pasal brek. Tak payah cerita yang susah-susah. Cerita yang biasa biasa je. Yang hari hari berlaku je. Saya pun cerita la pasal kisah itu hari turun Genting brek kereta jadi bau gampang, lepas tu brek lekat jadi asyik brek je memanjang, berhenti tepi jalan turun-turun kereta tengok tayar depan dua-dua berasap, lepas tu ada kereta penuh makwe cun lalu tepi sambil gelak-gelak, baling batu kat kereta makwe, kereta makwe terbabas masuk gaung, rasa nak siram air ke tayar tapi teringat pula member cakap jangan siram biar tunggu sejuk, tiba-tiba ada pomen datang, pomen pakai tshirt Justin Bieber, check check pad brek lekat, tengok disc brake pula dia cakap dah makan, ini kena tukar, itu kena tukar, mau baik punya tukar semua, mau murah sikit tukar pad saja disc kasi hantar potong atau tukar itu disc kedai potong, satu jam punya kerja, haiya! piston pun kena kasi servis, lagi tambah wang tukar getah, bla bla bla sampai budak-budak ralit dan kalau kena dia punya dramatik budak semua nganga. Tambah sikit aksi yang cikgu la yang paling hero dan paling steady.
Dalam pada bercerita tu mesti ada budak tanya macam macam. Mesti ada budak yang jenis, 'bapak saya pun pernah macam tu', 'atuk saya pun brek dia bunyi angsa' dan macam-macam. Jadi saya jawab lagi, saya cerita lagi dengan berwibawa dan lancar (berbekalkan ilmu penuh di dada). Bila keadaan dah havoc dan semua budak ambil bahagian, loceng rehat pun tak mampu menghalang. Kesudahannya apa yang diceritakan saya itu membolehkan budak-budak kenal beberapa komponen brek, jenis kegagalan brek, tindakan, cara kerja, kaedah, masa, upah dan sebagainya dan mungkin saya boleh kenal dua tiga orang yang minat Justin Bieber. Bila masuk sesi kedua yang melibatkan silibus, dah tak banyak hal.
Tapi harus diingat. Ini untuk subjek saya la. Kalau untuk subjek inglish cikgu, pandai-pandai cikgu la. Peduli apa saya. Kah kah kah!
Okey la sampai di sini aje la surat buah fikiran saya. Semoga cikgu mendapat ilham dari pandangan dan buah fikiran saya ini. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Brader Burger
Cilake apa gua jawab surat panjang gila ni? Dah la satu pun takde sangkut paut dengan nota pedagogi.

*******
Hasil tulisan beliau yang asal boleh didapati di sini:
.
No comments:
Post a Comment