Wednesday, November 30, 2011

Master Chef


           MasterChef Malaysia merupakan salah satu program Astro yang Sorfina dan aku suka tonton dan layan. Dari pukul 9 malam sampai pukul 10 malam slot lepak-lepak depan tv akan diisi dengan menonton rancangan ni, sebelum disusuli dengan program 30 minit bersama Ustaz Don.

           Omputih dah lama buat program ni dekat negara depa. Program ni pun diinspirasikan dari program Master Chef US dan Master Chef Australia. Australia lagi 'steady'. Siap ada pertandingan junior masterchef; yang mana budak-budak umur 8-13 tahun dah 'power' dalam hal masak-memasak ni.

          Macam biasa, program kat Malaysia ni banyak yang ada kontroversi disebaliknya. Yang jadi isu panas dalam Master Chef Malaysia ni adalah pasal anak Chef Wan, iaitu Chef Riz yang dilaporkan mengubahsuai, atau dengan kata lain memalsukan 'resume' dia untuk menjadi juri Masterchef Malaysia. Takpalah, dia pun dah mengaku bersalah, kita maafkan ajalah. Tapi biasalah, lepas ni reputasi dia pun kira susah jugak la nak 'up' balik.

          Yang masuk pertandingan ni bukannya chef-chef pun. Ada pekebun, penoreh getah, penulis novel, doktor gigi dan macam-macam. Hakim pun ada. Ada baguih jugak aku duk layan program MasterChef Malaysia ni. Dapat la juga belajar beberapa perkataan baru yang selama ni aku tak ambil pot sangat ( yang sebenarnya dekat sekolah 'time' mengaji English dulu aku duk tidoq lebih).

Okra =  Bendi
Capsicum = Lada Benggala
Kaffir leaves = Daun limau purut
Lemongrass = Daun serai
Tumeric = Kunyit
Tamarind = Asam Jawa
Garlic = Bawang putih
Shalot = Bawang kecil
Ginger = Halia
Galangal = Lengkuas
Cumine = Jintan Manis
Lady's finger = kacang buncis
Brinjal = Terung bulat
Eggplant = Terung panjang
Mustard leaves = Sawi
Cabbage =Kobis
Salad = Kerabu
Clove = Bunga cengkih
Chive = Kucai
Bean Sprout = Taugeh
Spring onion = Daun bawang
Star anise = Bunga Lawang
Coriander = Ketumbar
Cardamon = Buah Pelaga
Shrimp = Belacan
.

Tuesday, November 29, 2011

Selamat tahun baru 1433 Hijrah

           Alhamdulillah. Sempena tahun baru hijrah yang ke 1433 ni, sekali lagi aku memanjat kesyukuran kerana masih lagi dapat menikmati 2 nikmat kurniaan Allah s.w.t yang tak ternilai harganya ; yakni nikmat iman dan nikmat Islam. Bukan semua orang kat dunia ni yang dapat 2 nikmat terhebat tu.

          Sabtu lepas aku berpeluang menyambut tahun baru hijrah 1433 ini dengan bacaan doa akhir tahun bersama Sorfina dan mak mertua; selepas bersama-sama solat Asar. Ini semua idea dari mak mertua aku. Mula-mula aku 'plan' nak baca sendiri-sendiri ja.Dah kahwen ni, buat benda baik ni secara berjamaah memang dituntut dan bagus. Kalau dulu bujang takdanya rajin aku nak baca. Syukur dah berubah lepas kahwin.

          Membaca doa akhir tahun dan awal tahun memang diakui bukanlah sunnah ataupun amalan Rasulullah S.A.W, tapi apa salahnya kita berdoa. Ini bukanlah amalan bidaah yang terlarang. Allah menyintai umatnya yang meminta doa dan merintih memohon keampunan darinya sepanjang masa.

          Untuk tahun baru hijrah ni, azam aku tak menggunung. Cukup dengan sedikit perubahan dan harap aku dapat istiqamah dalam melakukannya. Satu benda aku nak 'improve' tahun ni; banyakkan solat subuh dan isya' secara berjemaah. Satu lagi benda, nak jadi bapa mithali. Ok, cukup la dua tu dulu. Hangpa punya azam macam mana?

*******


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Baqarah 2:218]

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [An-Nisaa' 4:100]
.

Thursday, November 24, 2011

Maa-syaa-Allah

       Dulu masa kecik-kecik aku selalu buat main-main benda ni dan jahil dalam penggunaan perkataan MaasyaaAllah ni. Antara yang aku selalu gunakan ialah Maa-syarakat,dan lain-lain. Nak lagi teruk, perkataan ni aku sebut bila nampak atau dengar berita-berita atau nampak benda-benda yang tak elok, contohnya macam cerita buang bayi. Sepatutnya cakap Astaghfirullah haladzim.
      Diharap dengan penerangan daripada artikel di bawah dapat memberi kesedaran kepada umat Islam tentang penggunaan MaasyaaAllah ni.


******

        Makna Maa-Syaa-a-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :
1. Ma (مَا )-harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,)لَمْ ).
2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".
3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).
"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله


Kebiasaannya di Malaysia dan Indonesia, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan kekaguman atau takjub atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-


ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"


Sebagaimana firman Allah swt :-
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].


.

Tuesday, November 22, 2011

Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W

Terjemahan daripada penulisan Maulana Syed Abul Hassan Ali An Nadwi

           Memang 'syok' dan layan sekali jika dapat membaca kisah hidup orang yang wajib kita cintai dan ingat selalu di dalam hati iaitu Rasulullah S.A.W. Buku ni aku pinjam kejap daripada abah aku 2 minggu lepas, dengan harapan dapat habiskan bacaan dalam tempoh 2-3 bulan . InsyaAllah agar dengan pembacaan kisah dan riwayat hidup Rasulullah ni, kita sama-sama dapat meningkatkan iman dan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W.

          Tengok harga, RM290, tapi berbaloi untuk ada sebab memang tebal dan padat dengan kisah Rasulullah S.A.W, daripada cerita zaman moyang Rasulullah sampailah kepada kewafatan Rasulullah. Bila dah baca, perghh, InsyaAllah rasa cinta hangpa terhadap Rasulullah makin membuak-buak. Pakat pekena jom.
       
Bagaimana aku nak settel baca buku setebal 1570 muka surat ni?

.

Gemilang di Gelora Bung Karno

Tahniah untuk skuad bola sepak Malaysia bawah 23 untuk Sukan Sea 2011 di Indonesia atas sumbangan pingat emas
         
               Tamat sudah perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 semalam di Stadium Gelora Bung Mokhtar. Opps, Gelora Bung Karno.Tak sia-sia aku bersama Sorfina dan mak mertua menghabiskan 90 minit pertama untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 yang menyaksikan Malaysia berjaya mengikat skuad Indonesia 1-1.

             Harus diingat, nak menonton bola ni pun kena ada semangat dan stamina yang jitu dan 'power', bak pemain bola di padang jugak. Bukan calang-calang orang yang boleh ada stamina nak tengok telebisyen lama-lama ni.

              Ini dibuktikan dengan keunggulan stamina aku dan Sorfina untuk meneruskan perjuangan menonton perlawanan sehingga tamat 30 minit masa tambahan dan juga hingga ke penentuan sepakan penalti, namun, stamina mak mertua aku hanya hingga 90 minit itu sahaja. Kemudian dia pergi baca Quran.

             Kira-kira pukul 11 malam perlawanan baru habis. Esok pulak kerja. Alhamdulillah, skuad bolasepak Malaysia bawah 23 tahun akhirnya menang dengan penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 4-3. Sepakan penalti kemenangan dilakukan oleh kapten Malaysia,Badrol Bakhtiar, anak jati Sungai Petani (mak mertua dan Sorfina juga anak jati Sungai Petani, Kedah; justeru kena 'up' sikit nama Sungai Petani). Memang dramatik punya penalti sebab 'goalkeeper' Indonesia tu dah berjaya 'save' bola tu, 'tup tup' , boleh pulak dia bergolek 'slow-slow' masuk celah ketiak dia.

          "Khairul Fahmi memang power!", bak kata Sorfina sambil meloncat riang sambil memeluk aku selepas kemenangan itu. Aku steady ja. Selalunya orang-orang nama 'Fahmi' ni memang power. Apa ada hal?


p/s :  Bak kata Zainal Abidin Hassan, pingat emas bola sepak Sukan Sea adalah 'ibu' kepada segala pingat.
.

Friday, November 18, 2011

26 tahun peristiwa Memali

           19 November 1985.Ketika kejadian ini berlaku, aku baru berusia 62 hari. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang terkorban, khususnya kepada arwah Ibrahim Libya dan yang lain.

tempat penuh sejarah

Tahu apa itu 'Operasi Hapus'?

.

Thursday, November 17, 2011

Kedai 1 Malaysia (episod 2)

Hangpa boleh baca ni di laman web Kedai Rakyat 1 Malaysia

           Aku pernah menulis pasal Kedai 1 Malaysia beberapa bulan lepas. Ketika itu kedai 1 Malaysia baru hendak dilancarkan. Kedai 1 Malaysia paling dekat boleh aku kunjungi dekat rumah mak bapak aku duduk sekarang di Pandan Indah adalah di Bandar Tun Razak. Dalam perjalanan nak ke sana, pastinya aku dah melalui beratus-ratus kedai runcit lain, termasuk Tesco Ampang.

          Sememangnya aku sukakan usaha kerajaan yang macam ini, yang nawaitunya terarah untuk meringankan rakyat marhaen khususnya, namun apa yang aku tentang adalah tentang kewujudan monopoli pihak pembekal barangan (semestinya pembekal dikalangan syarikat kroni), konsistensi kedai dan keberkesanan operasi kedai. Ini bukan sahaja diluah dalam media tempatan, malah banyak juga pihak-pihak lain yang membidas. Sesetengahnya ada mengaitkan dengan kompeni Mydin yang dilihat banyak terlibat dengan usahasama dengan kedai 1 Malaysia. Dapat membau sesuatu yang 'fishy' disini?

          Baru-baru ini Kedai Rakyat 1 Malaysia menarik balik 2 produk kedai mereka yakni susu tepung 1Malaysia dan sos cili 1Malaysia. Inipun setelah dibidas dan telah dilaporkan oleh ahli parlimen PJ, Tony Pua yang melaporkan bahawa tiada hasil terperinci jabatan kesihatan Malaysia terhadap dua produk ini.

         Dua produk ini akhirnya telah ditarik balik penjualan sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan (yang pasti, tiada berita dilaporkan di akhbar-akhbar seperti Meloya dan Hairan) akibat mengandungi banyak bahan kimia terlarang dan beberapa kandungn lain yang belum dikenalpasti kandungannya.

          Susu -susu yang diimport dari China ni paham-paham ajalah. Hangpa ingat kes melamin dari China dulu?
          Bukan tak mahu menyokong usaha baik kerajaan dan tidak bersyukur, tapi ikhlas aku cakap bahawa aku lebih selesa membeli barang-barang runcit dari Tesco, Giant, Econsave ataupun kedai runcit sekitar kawasan perumahan setakat ini kerana banyak faktor; terutamanya perjalanan, pilihan barangan serta kemudahan yang disediakan; contohnya 'parking'. Harga barang pun takda la lari mana pun dengan kedai 1 Malaysia. Kualiti? Aku rasa pun lebih kurang sama.

          Apa-apa pun, diharap kedai rakyat 1 Malaysia ni dapat terus bersaing di persada perniagaan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.Contoh paling mudah yang aku suka kaitkan adalah pelaksanaan Islam Hadhari. Apa berita dan 'update' pasal benda ni sekarang? Bukan apa, cuma menyatakan apa yang terbuku di hati, takut nanti masa Najib Rosmah dah tak memerintah, kedai ni pun sama-sama akan terkubur...
   
       
Photo credit : http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/updates-of-the-day
.

Wednesday, November 16, 2011

Menanam pokok

            Aku ingat sebelum habis tahun 2011 ni aku nak belajar tanam pokok dengan kaedah yang betul lagi professional. Antara tanaman-tanaman yang terdapat dalam kepala otak aku tempohari antaranya bendi, cili padi, cili kering, terung dan pokok durian.

            Sebab apa aku nak tanam pokok-pokok tu semua?

            Dari dulu lagi aku memang dah menanam azam dan bertekad nak bercucuk tanam, namun tak ada peluang yang secukupnya. Maklumla, mak bapak pun duduk rumah teres ja, mana cukup tanah nak buat semua benda tu. Alhamdulillah, dengan sedikit modal yang aku simpan dalam poket (bajet modal besar, padahal RM21 ringgit lima kupang ja), berjaya juga aku beli apa-apa yang patut untuk memulakan projek cucuk tanam ni. Ini juga salah satu usaha untuk menyahut seruan Rosmah Mansor untuk ke arah 'green technology'.

            Berbalik kepada soalan asal, nak tanam pokok-pokok tersebut tak lain dan tak bukan adalah sebab nak makan hasil tanaman sendiri. Tang yang pokok durian tu aku tak berapa konfiden, sebab nak tunggu dia berbuah pun ada la dalam 5 tahun. Sempat la balun durian beli dulu sementara nak merasa yang sendiri tanam punya.

            Atas sokongan dan dorongan isteri tercinta, maka bermulalah usaha cucuk tanam yang aku impi-impikan. Jadi, untuk permulaan ni pada 23 Oktober lepas, aku mula dengan usaha untuk tanam pokok cili padi dan cili merah dulu. Mengikut teori tanaman tumbuhan ni, dalam masa 8 ke 12 minggu dah boleh dapat hasil. Harap-harap jadi. InsyaAllah.

Semuanya hangpa boleh dapati dari Tesco.Semua ini harganya RM21.50

Serbajadi la sangat. Tak jadi siap hangpa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...setelah 20 hari bercucuk tanam. Pokok mula menampakkan tanda-tanda positif untuk membesar

.          

Tuesday, November 15, 2011

Diplomasi Malaysia - Israel

           Setelah membaca HarakahDaily tadi, ada berita tentang hubungan perdagangan secara terus dengan Israel yang telah didedahkan oleh seorang ahli parlimen DAP. Aik, bukan Malaysia sepatutnya tak ada hubungan  diplomatik ka dengan Israel? Jadi ini kepala bana apa?

Hubungan dagangan yang didedahkan

            Belek punya belek dan setelah melayari laman web Jabatan Penerangan Malaysia untuk mencari tentang hubungan antarabangsa Malaysia,  didapati dasar luar Malaysia sepatutnya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Israel. Ini telah dinyatakan dalam muka surat 6 Dasar Luar Malaysia yang boleh hangpa 'download' dalam bentuk PDF.

         
             Perlu diingat kita sepatutnya tiada apa-apa masalah dengan bangsa Yahudi, tetapi sepatutnya kita tidak boleh mendokong apa-apa hubungan dengan Israel dek pegangan Zionis yang diamalkan dan penindasan terhadap warga Palestin yang berterusan. Allahualam.


Photo credit : 

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/193-dasar-luar-malaysia/7942-pengenalan-dasar-luar-malaysia.html
http://en.harakahdaily.net/index.php/headline/3841-malaysia-15th-largest-trade-partner-with-israel.html

.   

Monday, November 14, 2011

Dr Hamid Arshat

Dr. Hamid semasa muda. La ni dah umur 66 tahun.
     
           Doktor Hamid Arshat...pakar bidan dan sakit puan terkenal negara kita. Main fesbuk jugak doktor ni walaupun dah tua. Kehkehkehkehkeh.



           Buat yang memerlukan khidmat konsultansi dan juga rawatan sakit puan, bolehlah merujuk kepada laman fesbuk Dr Hamid ataupun berhubung terus dengan klinik beliau seperti yang tertera dibawah. Apa yang aku tahu, Dr. Hamid ni ada buat pemeriksaan percuma menggunakan kaedah Ultrasound, yang dikendalikan oleh seorang doktor perempuan. Tak silap aku setiap hari Isnin pada pukul 9 pagi sampai 1 petang di klinik Dr. Hamid.

         Apa-apapun, hangpa bolh layari sendiri laman fesbuk Dr. Hamid dan berkunjung ke laman web dan blog beliau untuk pertanyaan lebih lanjut dan mendalam.


Klinik Dr. Hamid Arshat
75M Medan Setia Satu,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Malaysia

Telefon untuk temujanji:

603 - 2094 5800
603 - 2094 5262
603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402


Source : http://hamidarshat.com/
http://klinikdrhamidarshat.blogspot.com/

Thursday, November 10, 2011

Masjid Jin

          Semalam sebelum bertolak ke kilang untuk mencari rezeki, aku sempat menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz' selama beberapa minit di TV9, di mana ustaz pada hari itu yang menyampaikan kuliah adalah Ustaz Hassan Din ( adik Ustaz Haron Din).

         Tajuk kuliah dia adalah pasal Mekah. Dalam dia duk menyampaikan kuliah, ada dia cerita pasal kewujudan Masjid Jin ni.Jadi aku pun berasa seronok la  untuk mengetahui lebih lanjut tentang masjid ni disebabkan tak berpeluang untuk ikuti kuliah sampai habis.

Masjid Al Jinn ataupun nama lainnya, Masjid Al Bai'ah selepas pembinaan semula
       
           Aku sebenarnya baru tahu pasal masjid ni. Nampak sangat kurang membaca dan kurang ambil pot pasal masjid-masjid. Mengikut sirah, masjid ini merupakan tempat dimana sekumpulan Jin telah mendengar Rasulullah S.A.W membaca Al-Quran, lalu berjumpa Rasulullah dan membuat perjanjian (bai'ah) untuk memeluk Islam dan menyatakan kesaksian untuk tidak meyekutukan Allah SWT. Hal dan peristiwa itu (asbabunnuzul) telah dirakamkan di dalam Al Quran.

Firman Allah dalam surah Al Jinn [72 : 1-2] :


" Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!.`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami."

            Untuk yang berhajat dan yang akan menunaikan umrah dan haji suatu hari nanti (termasuklah aku), masjid ini adalah berdekatan dengan Jannatul Mualla; yang juga dikenali sebagai Al-Hajun. Jannatul Mualla ini terkenal dan amat mahsyur kerana tempat ini merupakan tanah perkuburan yang menempatkan datuk Rasulullah (Abdul Mutallib), moyang Rasulullah (Hashim), bapa saudara Rasulullah (Abu Talib), isteri Rasulullah yang pertama (Khadijah) dan Qasim, anak lelaki Rasulullah. Terdapat beberapa lagi orang lain yang dikebumikan di sini. Innalillah hiwainna ilai hi raajiuun.

.  

Wednesday, November 9, 2011

Coo coo bird

Burung Cuckoo

             
             "No Coo Coo bird kalu, then the baby should be......" bak kata Dr. Chandran. Nak tersembur aku dan Sorfina bila doktor India tua ni cakap macam tu -sambil gaya tersengih-sengih sambil menampakkan susunan giginya yang putih dan tersusun indah. Kehkehkehkeh. 

          "Kidney growth, weight and the heartbeat-all functioning well and develop normally", balas Dr. Chandran lagi. Minggu ke 20, memang minggu yang sesuai untuk mendapatkan kepastian tentang benda-benda macam ni;penentuan gender tu bolehlah dikira bonus tambahan sahaja . 

          Apa-apapun, pujian hanyalah selayaknya diberikan  kepadaNya.Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.


photo credit : http://www.google.com/imgres?http://www.ibiblio.org/jimmy/folkden-

Sunday, November 6, 2011

25 Tahun Sir Alex Ferguson


             Menyertai pasukan Manchester United sebagai pengurus pasukan pada 6 November 1896 daripada kelab Aberdeen, yang sebelum itu memenangi European Cup Winner's Cup (mengalahkan Real Madrid;2-1) pada 1983. Dengan ini, Alex Ferguson merupakan pengurus ke 20 United sejak kelab ini ditubuhkan pada tahun 1878 (yang sebelum itu dikenali sebagai Newton Heath FC, sebelum ditukar namanya kepada Manchester United pada 1902). Alex Ferguson telah dilantik secara rasminya sebagai pengurus baru United bagi menggantikan Ron Atkinson.

           Aku pulak...aku pulak pada 6 November 1986 masih lagi menyusu badan dengan mak aku. Baru setahun sebulan lebih usia aku.
               
             SAF kalah pada perlawanan pertama ketika pertama kali mengendali skuad United pada 8 November 1986 di tangan pasukan Oxford United; malah seri 0 sama pada perlawanan kedua di bawah kendaliannya ketika United menentang Norwich City.

            Ditabalkan gelaran 'Sir' pada tahun 1999, SAF tidak lagi menoleh ke belakang untuk mengundur diri dan bersara lagi dalam bidang kejurulatihan. Secara tidak langsung, SAF telah memecah rekod United sebagai pengurus United terlama dalam sejarah kelab yang sebelum ini dipegang oleh Sir Matt Busby.Terima kasih dan tahniah, Alex Ferguson !

            Diharapkan agar hang dapat  terus berbakti kepada United dan.....teruskan mengunyah 'chewing gum'!!.




.
Photo credit : http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/manchester-united/8867305/

Thursday, November 3, 2011

Pengalaman menyembelih unta

              
               Setakat la ni dalam hidup aku, tak pernah lagi dapat tengok atau merasa tolong orang Islam dekat Malaysia ni nak menyembelih Unta secara terus-menerus ataupun secara 'live'. Dulu masa matriks Penang tahun 2004, ingat-ingat balik ada Pak Lah (PM masa tu) buat jamuan Raya Haji jamu gulai masak unta. Layan jugak sedapnya.

           Tapi masa tu aku tak ada peluang nak tengok depa duk sembelih unta. Tak ada rezeki gamaknya.

           Pikir-pikir balik, kalau lembu ka, kerbau ka, kambing ka, 3-4 orang pun masih 'struggle' nak menghandel untuk aktiviti qurban ni, apatah lagi unta yang rasa-rasa aku lagi 'hardcore' dan kuat.

Pak Arab di UK tengah siap siaga untuk sembelih unta
         
                 
                    Satu lagi binatang An'am yang teringin aku tengok orang sembelih ialah Llama. Binatang ni banyak dekat Amerika Selatan. Nampak comel dan 'innocent' ja. Rasa nak peluk-peluk pun ada.


Saekor Llama di Machu Picchu, Peru




Picture credit : 
http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_pictures/7156445.stm
http://htmlhelp.com/~liam/Peru/Cusco/MachuPicchu/
.

Tuesday, November 1, 2011

Waiting for Your call

            Subhanallah. Lagu yang bagi aku sedap dan rasa tenang untuk didengar. Dapat tau sebelum ni pun melalui saluran TV AlHijrah (114 di Astro). Ada lirik yang mengandungi puji-pujian untuk Allah sama. Suara Irfan Makki ni dah la macam Michael Jackson; bak kata Sorfina. Cari lagu ni sebab Sorfina suka dengar. Alhamdulillah, dapat jugak ketemu.

            Layaannn...

Musim Haji


            " Labbaikallahumma labbaik, Labbaikala sharikala kalabbaik, Innalhamda wanni'mata laka walmulk, La sharikalak " 

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu



******
Ya Allah ya Tuhanku
Kau berikanlah kekuatan dan kemampuan padaku dan isteriku, serta keluargaku
Untuk sama-sama menyahut panggilan haji, Ya Allah
Sesungguhnya hanya pada engkau kami sembah dan hanya pada engkau kami meminta pertolongan
Amin

Suasana di Jabal Rahmah, ataupun dikenali sebagai Mount of Mercy


Pandangan dari atas Baitullah

Solat di kawasan Kaabah

Suasana semasa melontar di Mina, 8 kilometer dari Mekah

Melontar jamrah

Khemah yang dipasang di sekitar Mina



Source : http://www.boston.com/bigpicture/2008/12/the_hajj_and_eid_aladha.html