Thursday, November 10, 2011

Masjid Jin

          Semalam sebelum bertolak ke kilang untuk mencari rezeki, aku sempat menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz' selama beberapa minit di TV9, di mana ustaz pada hari itu yang menyampaikan kuliah adalah Ustaz Hassan Din ( adik Ustaz Haron Din).

         Tajuk kuliah dia adalah pasal Mekah. Dalam dia duk menyampaikan kuliah, ada dia cerita pasal kewujudan Masjid Jin ni.Jadi aku pun berasa seronok la  untuk mengetahui lebih lanjut tentang masjid ni disebabkan tak berpeluang untuk ikuti kuliah sampai habis.

Masjid Al Jinn ataupun nama lainnya, Masjid Al Bai'ah selepas pembinaan semula
       
           Aku sebenarnya baru tahu pasal masjid ni. Nampak sangat kurang membaca dan kurang ambil pot pasal masjid-masjid. Mengikut sirah, masjid ini merupakan tempat dimana sekumpulan Jin telah mendengar Rasulullah S.A.W membaca Al-Quran, lalu berjumpa Rasulullah dan membuat perjanjian (bai'ah) untuk memeluk Islam dan menyatakan kesaksian untuk tidak meyekutukan Allah SWT. Hal dan peristiwa itu (asbabunnuzul) telah dirakamkan di dalam Al Quran.

Firman Allah dalam surah Al Jinn [72 : 1-2] :


" Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!.`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami."

            Untuk yang berhajat dan yang akan menunaikan umrah dan haji suatu hari nanti (termasuklah aku), masjid ini adalah berdekatan dengan Jannatul Mualla; yang juga dikenali sebagai Al-Hajun. Jannatul Mualla ini terkenal dan amat mahsyur kerana tempat ini merupakan tanah perkuburan yang menempatkan datuk Rasulullah (Abdul Mutallib), moyang Rasulullah (Hashim), bapa saudara Rasulullah (Abu Talib), isteri Rasulullah yang pertama (Khadijah) dan Qasim, anak lelaki Rasulullah. Terdapat beberapa lagi orang lain yang dikebumikan di sini. Innalillah hiwainna ilai hi raajiuun.

.  

No comments:

Post a Comment