Hangpa boleh baca ni di laman web Kedai Rakyat 1 Malaysia
Aku pernah menulis pasal Kedai 1 Malaysia beberapa bulan lepas. Ketika itu kedai 1 Malaysia baru hendak dilancarkan. Kedai 1 Malaysia paling dekat boleh aku kunjungi dekat rumah mak bapak aku duduk sekarang di Pandan Indah adalah di Bandar Tun Razak. Dalam perjalanan nak ke sana, pastinya aku dah melalui beratus-ratus kedai runcit lain, termasuk Tesco Ampang.
Sememangnya aku sukakan usaha kerajaan yang macam ini, yang nawaitunya terarah untuk meringankan rakyat marhaen khususnya, namun apa yang aku tentang adalah tentang kewujudan monopoli pihak pembekal barangan (semestinya pembekal dikalangan syarikat kroni), konsistensi kedai dan keberkesanan operasi kedai. Ini bukan sahaja diluah dalam media tempatan, malah banyak juga pihak-pihak lain yang membidas. Sesetengahnya ada mengaitkan dengan kompeni Mydin yang dilihat banyak terlibat dengan usahasama dengan kedai 1 Malaysia. Dapat membau sesuatu yang 'fishy' disini?
Baru-baru ini Kedai Rakyat 1 Malaysia menarik balik 2 produk kedai mereka yakni susu tepung 1Malaysia dan sos cili 1Malaysia. Inipun setelah dibidas dan telah dilaporkan oleh ahli parlimen PJ, Tony Pua yang melaporkan bahawa tiada hasil terperinci jabatan kesihatan Malaysia terhadap dua produk ini.
Dua produk ini akhirnya telah ditarik balik penjualan sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan (yang pasti, tiada berita dilaporkan di akhbar-akhbar seperti Meloya dan Hairan) akibat mengandungi banyak bahan kimia terlarang dan beberapa kandungn lain yang belum dikenalpasti kandungannya.
Susu -susu yang diimport dari China ni paham-paham ajalah. Hangpa ingat kes melamin dari China dulu?
Bukan tak mahu menyokong usaha baik kerajaan dan tidak bersyukur, tapi ikhlas aku cakap bahawa aku lebih selesa membeli barang-barang runcit dari Tesco, Giant, Econsave ataupun kedai runcit sekitar kawasan perumahan setakat ini kerana banyak faktor; terutamanya perjalanan, pilihan barangan serta kemudahan yang disediakan; contohnya 'parking'. Harga barang pun takda la lari mana pun dengan kedai 1 Malaysia. Kualiti? Aku rasa pun lebih kurang sama.
Apa-apa pun, diharap kedai rakyat 1 Malaysia ni dapat terus bersaing di persada perniagaan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.Contoh paling mudah yang aku suka kaitkan adalah pelaksanaan Islam Hadhari. Apa berita dan 'update' pasal benda ni sekarang? Bukan apa, cuma menyatakan apa yang terbuku di hati, takut nanti masa Najib Rosmah dah tak memerintah, kedai ni pun sama-sama akan terkubur...
Photo credit : http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/updates-of-the-day
.
No comments:
Post a Comment