Monday, January 30, 2012

Mengait rambutan


           Cuti perayaan tahun baru Cina lepas dimanfaatkan aku dan Sorfina untuk pulang ke rumah opah aku di Selama, Perak; yang juga tempat kelahiran aku disitu (yakni di dalam bilik opah, oleh saorang bidan klinik kampong). Opah rindu katanya. "Mi dah lama tak balik kampong, bila nak balik? Manggis, rambutan, pulasan, cempedak, kelapa muda semua duk tengah ada banyak tu". Begitulah antara kata-kata opah yang disampaikan oleh emak kepada aku.

          Alhamdulillah. Lepas habis kerja Jumaat tersebut, aku terus pulang dari kerja kilang di Kulim ke Selama. Bertemu juga akhirnya dengan opah dan saudara-mara di Selama. Opah sihat, tapi biasalah, tak larat dan tak segagah dahulu. Namun, kudrat tua itulah jua yang membesarkan aku dan saudara-mara sekalian.

           Pagi-pagi lagi lepas subuh, aku terus cargas untuk men'cakar' laman rumah opah. Banyak daun kering yang nak kena 'setel'kan.Sejam lebih jugak nak bereskan. Bab-bab sarapan,Sorfina buat. Dapat lah opah, aku dan Sorfina pekena cucur ikan bilis.Nasi lemak dan roti canai aku pi beli kejap dekat pekan.

          Lepas pekena secawan dua kopi 'O', aku bergerak semula ke laman rumah opah. Dah lama tak pekena kait rambutan ni....

******          

7 pohon rambutan di kawasan sekitar rumah opah. Mula ditanam pada tahun 1978 (benih diperolehi semasa kempen pilihanraya tahun itu)

Salah satu pohon rambutan yang ditanam oleh arwah tok wan. Jenis buah rambutan 'Anak Sekolah';sepertimana yang diberitahu oleh opah.

'kacip' rambutan

hangpa kena pasang 'kacip' atau pisau pemotong ni pada hujung galah dan diikat dengan tali untuk disentap

Saorang pemuda yang sedang gigih beraksi mengait rambutan. Foto oleh Sorfina.

Thursday, January 26, 2012

Mimpi Ustaz Haron Din Jumpa Nabi Muhammad S.A.W

            Maasya Allah. Beruntungnya Ustaz Haron Din dapat bermimpi berjumpa dengan insan agung yang juga kekasih Allah S.W.T ni. Siapalah aku untuk dipertemukan dengan Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian oleh Ustaz Haron Din ini. Marilah kita sama-sama mencintai Rasulullah dengan berselawat, mengikuti sunnahnya,serta beramal dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W sampaikan melalui wahyu daripada Allah S.W.T.

          Aku kongsikan klip video dari YouTube yang telah dipaparkan di dinding fesbuk sahabat aku Aseng dan Pak Abu, untuk tatapan kita bersama.

       

Wednesday, January 25, 2012

Huruf

           Sedar atau tidak sedar, bila kita membaca Al-Quran, kita akan dapati sebanyak 29 daripada 114 surah dalam Al Quran yang dimulakan dengan bacaan huruf. Daripada 114 surah itu juga, sebanyak 5 surah telah dinamakan dengan nama rasul (daripada 25 para Rasul yang wajib umat Islam beriman dengannya); iaitu surah Yunus, surah Hud, surah Yusuf, surah Ibrahim dan surah Muhammad.

           Daripada 5 surah yang dinamakan sempena nama rasul itu, hanya surah Muhammad yang tidak bermula dengan bacaan huruf. Keempat-empat nama surah yang bersempena nama rasul itu dimulakan dengan bacaan huruf "Alif" "Lam" "Ra".

            Huruf yang terdapat dalam surah-surah yang dimulakan dengan bacaan huruf (29 jumlah surah kesemuanya); paling banyak huruf yang disebut satu-persatu adalah dalam ayat pertama surah Maryam (sebanyak 5 huruf), "Kaf","Ha", "Ya", " 'Ain","Shyod".Surah yang dimulakan dengan bacaan huruf satu-persatu paling sedikit terdapat dalam dua surah (sebanyak 1 huruf sahaja); iaitu surah Qaaf (yang dimulakan dengan bacaan huruf "Qaaf") dan surah Al Qalam, iaitu "Nuun". Kesemua makna bacaan huruf-huruf tersebut hanyalah pada pengetahuan Allah s.w.t sahaja tanpa dapat ditafsirkan oleh mana-mana manusia sekalipun termasuk Rasulullah.

        Surah-surah yang dimulakan dengan bacaan huruf satu per satu ada 29 kesemuanya. Surah tersebut seperti berikut :

2) Surah Al-Baqarah   :Alif,Laam,Miim
3) Surah A-li'Imraan    :Alif,Laam,Miim
7) Surah Al-A'raaf       :Alif,miim,Shyod
10)Surah Yunus           :Alif,Laam,Raa'
11)Surah Hud              :Alif,Laam,Raa'
12)Surah Yusuf            :Alif,Laam,Raa'
13)Surah Ar-Ra'd        :Alif,Laam,Miim,Raa'
14)Surah Ibrahim         :Alif,Laam, Raa
15)Surah Al-Hijr          :Alif,Laam, Raa
19)Surah Maryam        :Kaaf,Haa,Yaa,'Ain,Shyod
20)Surah Taha             :Taa',Haa.
26)Surah AsySyu'araa :Taa,,Siin, Miim.
27)Surah An-Naml      :Taa,,Siin
28)Surah Al-Qasas      :Taa, Siin, Miim.
29)Surah Al-Ankabuut :Alif,Laam,miim
30)Surah Al-Rum         : Alif,Laam,Miim
31)Surah Luqman         :Alif,Laam,Miim
32)Surah As Sajdah     :Alif,Laam,Miim
36)Surah YaaSiin         : Yaa, Siin,
38)Surah Shyod           : Shyod
40)Surah Ghaafir/Al Mukmin     : Haa, Miim
41)Surah Fussilat           : Haa, Miim
42)Surah Asy Syuraa     : Haa, Miim
43)Surah Az Zukhruf     : Haa, Miim
44)Surah Ad Dhukhaan : Haa, Miim
45)Surah Al Jaatsiyah    : Haa, Miim
46)Surah Al Ahqaaf      : Haa, Miim
50)Surah Qaaf              : Qaaf
68)Surah Al Qalam       : Nuun

        Subhanallah. Cuba hangpa cari kitab-kitab lain, ataupun apa-apa yang seangkatan dengannya, mana ada  tulisan kitab lain yang dimulakan dengan sebutan huruf. Ini menunjukkan Al Quran merupakan satu mukjizat agung yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w (secara berperingkat) dan terpelihara daripada sebarang kecatatan, pengubahsuaian,dan kepupusan hinggalah hari Kiamat kelak. Allahualam bissawab.

Dari Aisyah radhiallahu 'anhu, katanya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala." (Hadits Muttafaq 'Alaih). Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya. 

Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).


Notakaki : "Hadis Muttafaq alaih" secara bahasa bererti disepakati atasnya.Dalam 'urf para ahli hadis, istilah ini biasanya digunakan untuk hadis yang disepakati kesahihannya oleh dua imam hadis yang ulung: Imam al-Bukhâri dan muridnya,Imam Muslim-rahimahumallâh.
.

Monday, January 23, 2012

Terkaya di dunia yang fana

"Sesungguhnya, roti seKAYA itu lebih enak dinikmati bersama secangkir kopi 'O' "- Mat Non

Ya Ampooooonnnn
Ya Sukuuuunnnn
Ya Sabuuunnnn

Apa punya turrrr !!!
Wahai warga Sekolah Alam Shah sekalian -mohon pencerahan dari pihak kalian
Tolong, tolong, dan tolong !

Kehkehkehkehkehkeh

Kepada sesiapa bekas pelajar SAS lain, teman dan handai rapat, sidang redaksi FORBES, sejarawan, ahli ekonomi, kaki tangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan sesiapa sahaja,

Tolong selidik dan 'confirm'kan kekayaan saudagar minyak kita ini !

Opppsss

Maaf,

Tolong 'confirm'kan bakal Maharaja Indonesia baru ini !


p/s : Memetik kata-kata saorang pakar ekonomi, "Budget 2012 hari tu pun baru rm51.2 billion.Reserve luar negara malaysia pun hanya rm544 billion. PNB punya funds lebih kurang RM100 billion. EPF RM250 billion. Takkan la logik RM20 trillion. Lagi kaya dari malaysia nih.."

Friday, January 20, 2012

Teori Konspirasi, Palestin dan Dr. Azzam Tamimi

           Hangpa semua semestinya pernah dengar tentang benda-benda berkaitan Teori Konspirasi, yang bagi aku suatu benda yang cukup menarik, popular dan sesuatu yang baik untuk dibincangkan. Kali ni aku kongsikan satu artikel menarik dari saudara Leo yang bagi aku cukup baik untuk kita pikirkan dan renungkan bersama-sama; bersama secawan kopi 'O' lebih enak barangkali.

*****

“Conspiracy is paralyzing our ummah. And I’m afraid it will affect our tawhid” – Dr. Azzam Tamimi

Siapakah Dr. Azzam Tamimi?

            Beliau dilahirkan pada tahun 1955, di bandar Hebron, Palestin. Ayah beliau merupakan seorang pejuang menentang Israel. Ketika beliau berumur tujuh tahun, mereka sekeluarga berpindah ke negara Kuwait. Setelah tamat pengajian menengah, beliau berhijrah ke sebuah kolej di London, seterusnya melanjutkan pengajian di University of Sunderland dalam bidang Sains Bersekutu. Seterusnya beliau mengambil pengajian PhD dalam jurusan Teori Politik, dan graduasi dari University of Westminster pada tahun 1998.

            Kini, beliau merupakan seorang aktivis Palestin warganegara Britain yang cukup disegani. Beliau menjawat jawatan pengarah di Institut Pemikiran Politik Islam, serta seringkali tampil dalam siaran di Al-Jazeera, PressTV dan pelbagai media elektronik lain, selain sering menulis didalam akhbar terkenal, The Guardian. Beliau juga menghasilkan pelbagai buku berkenaan politik Islam serta situasi di Timur Tengah.

            Pada Mei 2011, Dr. Azzam Tamimi sempat berkunjung ke Malaysia dan menyampaikan syarahan umum di beberapa universiti serta institut tanah air. Antaranya termasuklah di Universiti Sains Malaysia, beliau memberikan syarahan bertajuk “Middle East Uprising And The Future Of Palestine” (Kebangkitan Negara-Negara Timur Tengah, Serta Masa Depan Palestin).

           Saya menjumpai sebuah catatan nota kuliah berkenaan di internet, yang ditulis oleh saudari Auni Najwa, penuntut di USM yang menghadiri kuliah berkenaan. Catatan penuh nota kuliah tersebut boleh didapati di link ini:

http://najwaauniazman.blogspot.com/2011/05/notes-from-dr-azzam-tamimis-lecture-in.html

          Saya cukup tertarik dengan kuliah berkenaan, kerana bukan sahaja ianya sangat up-to-date (konteks yang terkini) tetapi turut berjaya mengaitkan situasi dunia dengan umat Islam, khususnya kita para generasi muda.

          Dalam post kali ini, saya ingin memetik sepotong kata-kata beliau didalam kuliah berkenaan, yang saya terjemahkan:

One audience asked his opinion about conspiracy theories.

He says, indulging ourselves in all these conspiracy theories makes us living in fear, always thinking everything that happened was planned by the US, and the Zionist.

And if we sit around thinking and analyzing when the Dajjal’s coming out and who it is doesn’t make us better people, can even affect out Tauhid.

Why?

Because we start thinking America knows everything and plans everything, but really that is Allah’s work, not them.

Believing in conspiracy theories is the worst thing that can happen to any society, because we’ll believe everything had been planned and we can do nothing.

Terjemahannya,

Seorang pendengar kuliah, bertanyakan kepada Dr. Azzam Tamimi mengenai pendapat beliau terhadap Teori Konspirasi.

Beliau berkata, melibatkan diri dalam segala teori konspirasi ini menyebabkan kita hidup didalam ketakutan/tidak tenteram – sentiasa memikirkan bahawa setiap apa yang terjadi, kononnya ada dalam perancangan oleh US dan Zionis.

Dan jika kita duduk dan asyik memikirkan dan menganalisis mengenai bilakah Dajjal akan muncul dan siapakah Dajjal itu, ianya tidak menjadikan kita manusia yang lebih baik, malah ia turut boleh membawa kesan kepada akidah kita.

Kenapa?

Kerana kita mula memikirkan bahawa Amerika tahu segalanya dan merancang segalanya, sedangkan hakikatnya Allah yang Maha Mengetahui, dan Allah yang Maha Perancang, bukannya Amerika.

Mempercayai Teori Konspirasi adalah malapetaka terbesar yang boleh menimpa mana-mana masyarakat, kerana ia membuatkan kita percaya bahawa semua yang terjadi adalah dirancang, sedangkan tidak ada apa yang mampu kita buat.

            Saya kira penjelasan Dr. Azzam Tamimi adalah penjelasan yang sepatutnya cukup memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang berfikir secara rasional. Latarbelakang Dr. Azzam Tamimi sendiri, yang merupakan ahli dan mendapat PhD dalam bidang teori politik, sepatutnya sudah melayakkan beliau untuk menjadi “conspiracy theorist” yang unggul berbanding kebanyakan ahli teori konspirasi kita sekarang ini yang kita sendiri tidak tahu latarbelakangnya.

          Pun, banyak diantara kita yang lebih gemar memilih pendapat video-video yang kita tak tahu siapa dan latarbelakang pembuatnya. Kita lebih gemar membaca tulisan-tulisan yang dihasilkan secara anonymous atau pseudonym mahupun yang di-copy-paste dan disebarkan disana sini tanpa mengetahui sumbernya.

           Malah, jika dilihat dari latarbelakangnya pun, selaku anak kelahiran Palestin yang menyaksikan sendiri kekejaman Zionis, pastinya beliau adalah individu yang paling memusuhi Israel. Berbanding kita yang tak pernah pun menjejakkan kaki ke Palestin ini, maka kenapa kebencian terhadap Israel dan Zionis tidak menyebabkan beliau menyokong teori-teori konspirasi ini? Kerana beliau memahami dan mengikuti dan meyakini apa yang Allah sebutkan,

          Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[Al-Maidah: 8].

           Kita semua tahu mengenai maksud taqwa. Tambah-tambah penggemar teori konspirasi, masakan mungkin mereka gemar mengkaji-kaji sedangkan teori asas agama Islam sendiri mereka tidak kaji. Maka renung-renungkan, kenapa Allah mengatakan adil itu yang lebih dekat kepada taqwa. Renung-renungkan, kenapa kebencian, Allah kaitkan dengan keadilan. Renung-renungkan, kenapa Allah menegaskan bahawa Dia tahu segala apa yang kita lakukan. Merenung sepotong ayat alQuran ini jauh lebih berfaedah buat diri kita dan ummah, berbanding menyibukkan diri memikir perkara-perkara yang belum tentu kesahihannya.

          Kita semua mempunyai anugerah aqal yang Allah berikan, maka tanyalah rasional dan akal masing-masing.

Wallahua’lam, wassalam.


Article credit: http://me.leokid.my/of-dr-azzam-tamimi-palestine-conspiracy-theories/#more-359

Kepulangan


Selamat kembali ke kancah bola sepak Inggeris

Wira dan 'lejen' 2 kelab sepanjang zaman. Apa ada hal?


"Jaringkan gol untuk kemunculan semula pada perlawanan pertama
untuk kelab lama? -Tak ada masalah buat kami !" - Paul Scholes & Thierry Henry
.

Suhaib Webb - Reflection

Imam Suhaib Webb sedang memberi kuliah di Silicon Valley, San Fransisco

           Mak mertua aku yang perkenalkan aku dengan ustaz omputih ni. Nama dia Suhaib Webb. Memang sempoi dan power dalam memberi kuliah tafsir Al-Quran dalam program 'Reflection',di TV Al-Hijrah.Hangpa semua boleh ikuti program ni setiap hari Isnin sampai Khamis, bermula dari pukul 10.30 malam.

          Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.Aku memang cukup suka dan kagum dengan orang yang telah diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk memeluk Islam dan seterusnya menjadi umat Islam yang hebat macam Suhaib Webb ni. Rasa malu pun ada dalam diri sebab aku yang dah lama Islam pun tak hafal Al-Quran macam dia.Memang bagi motivasi kat aku untuk jadi orang Islam yang lebih hebat. Semoga kita semua dapat manfaat daripada kuliah-kuliah daripada ustaz Suhaib Webb ni. InsyaAllah.

Notakaki : Boleh melayari laman web Imam Suhaib Webb di http://www.suhaibwebb.com/
.

Wednesday, January 18, 2012

Ah Jib Gor


Ya Ampooon
Ya Sukunn
Ya Babooon

Banyaknya hang punya akaun Fesbuk, wahai Perdana Menteriku Najib

Tak serik-serik nanti akaun Fesbuk kena godam ka macam dulu??

Takkan tak ingat??

Kehkehkehkehkehkehkeh

Satu akaun sudah la -sudah memadai

Nanti rakyat pening 

Nak buat aduan, nak mohon, nak kutuk, nak kompelin, nak tanya, -dekat akaun yang mana satu

Takut-takut tak sempat nak menjawab

Kehkehkehkehkehkehkeh
.

Antara Islam Hadhari dan Wasatiyyah 1 Malaysia

Alhamdulillah...
Syukur...
Syukran Ya zilan...

Ingatkah saudara dan saudari sekalian?
Zaman Pak Lah dulu- kita ada Islam Hadhari
Islam Hadhari ada 10 prinsip utama
Ingatkah anda-anda sekalian?

Kini
Di zaman Najib Tun Razak
Kita ada pula konsep Wasatiyyah -konsep kesederhanaan
Program baik
Usaha yang baik
Sungguh Islamik

Tapi harus diingat
Apa dah jadi dengan Fakulti Islam Hadhari UKM?
Masih hidupkah?
Masih beroperasikah?
Kali ini bakal muncul mula Institut Wasatiyyah UM !
Ya Ampoon
Ya Rimboon
Ya Tambun

Satu demi satu konsep Islamik timbul dan muncul
Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah
Apa punya turrr
Kehkehkehkehkehkehkeh

Tuesday, January 17, 2012

Harapkan pegar, pegar makan padi


            Dikongsikan oleh member aku yang bernama Aseng (saorang Melayu, bukan orang Cina; cuma gelaran dia sahaja) ,tentang peribahasa Melayu ini yang dibaca dari sebuah laman blog. Terima kasih atas perkongsian dan pencerahan yang telah dilakukan.

******
Ayam Pegar atau burung Pegar - atau dalam perkataan English berbunyi ‘pheasant’ 

           Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Sdr Rashid Rahman Hassan, atau nama sebenarnya Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Pemuda melayu Brunei ini akhirnya berjaya memberi pencerahan kepada anak bangsa Melayu di Malaysia selepas berpuluh tahun kami keliru selama ini. Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2011 Kategori Nusantara yang diadakan di PICC mewakili negara Brunei.

           Pemuda melayu Brunei ini lah yang telah membetulkan kesilapan peribahasa melayu lama di dalam status FB-nya bahawa 'Harapakan PAGAR, PAGAR makan padi' itu salah. Yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'.

           Mana ada pagar yang makan padi?. Sebaliknya ialah burung pegar. Jika di Indonesia ia dikenali sebagai ayam pegar. Pernahkah juga kita dengar pemilik sawah padi memagar batas padi mereka?. Tidak pernah. Sejak dahulu lagi batas atau petak padi tidak pernah dipagar!.

          Persoalan yang lebih penting di sini. Mengapa kesilapan ini berlaku?. Apakah punca kesilapan ini berlaku?.

          Menurut status FB Rashid Rahman, kesilapan ini berlaku apabila terjemahan tulisan Jawi kepada tulisan rumi. FA-GA-RA di dalam tulisan Jawi lama, berbunyi PEGAR dan juga PAGAR. Penterjemah telah tersilap dengan memilih PAGAR. Dan kesilapan ini berlaku sehingga ke hari ini. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini sebelum ini, (mungkin) termasuk juga guru-guru Bahasa Melayu.

           Burung Pegar ni digunakan sebagai burung peliharaan yang berperanan seperti burung hantu. Ia akan membunuh tikus dan serangga perosak di sawah padi. Tetapi ketika mengharapkan burung pegar ini untuk memakan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ini turut juga memakan padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuannya untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak kerana dia sendiri adalah binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

          Inilah padahnya apabila bangsa Melayu sendiri telah membuang tulisan Jawi. Bukan British atau penjajah yang membuang tulisan jawi di negara kita, sedangkan semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.

           Mari kita perhatikan sekeliling kita. Kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi kerana itulah tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.

           Ayah-ayah dan atuk-atuk kita sendiri banyak menulis di dalam tulisan jawi. Utusan Melayu juga kini telah terkubur. Pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.

           Semua bencana mala petaka bagi bangsa Melayu ini bermula ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya 'Rahsia Tulisan Jawi', dan ia bertukar menjadi malang apabila pemimpin yang mengakui berjuang untuk Melayu itu sendirilah yang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan negara kita.

          Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 di mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam semua urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

          Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

          Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi hanya dipelajari dalam mata pelajaran Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ramai generasi muda pada hari ini tidak tahu membaca jawi dan lebih sedih menjejaskan 'kelancaran' bacaan al-Quran mereka.

Saturday, January 14, 2012

Dalam perpustakaan


Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:

“Tak guna
membuka buku
menutup mata.”

“Kan elok
menutup buku
membuka mata?”

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada


Hasil karya : A. Samad Said

Sarapan

           Pagi tadi semasa sarapan bersama Sorfina dan mak mertua aku -menunya cekodok pisang yang cukup rangup dan menyelerakan,ditambah pula dengan kopi 'O' sebagai minuman utama- kami bersembang sembang tentang hal-hal duniawi  semasa dan tidak pula lupa untuk menyembang tentang hal-hal ukhrawi yang sudah pasti kita semua akan ke sana.Entah bila.Yang penting,sediakan bekalan.

         Aku memulakan bicara.Semestinya bicara aku dimulakan dengan puji-pujian dan ucapan penghargaan kepada mak mertua dan Sorfina yang bertungkus-lumus menyediakan sarapan pagi ini.Tampak cukup mudah, tapi adunan serta sukatan yang betul serta komposisi yang persis diperlukan untuk menghasilkan kesedapan kepada makanan tradisi orang Melayu ini.Mak dan abah aku nun di Pandan Indah sana juga mencari rezeki dengan menjual cekodok pisang.

         Aku bertanya dari mana datangnya pisang untuk dibuat cekodok ini, lantas mak mertua aku menjawab "La, pisang ni kan Cikgu Abdul Aziz yang bagi 'time' kita 'memanggil' minggu lepas."

Owh. Aku dah ingat.

         Bukan apa.Mungkin pikiran minggu ini banyak diisi dengan cerita 'kes liwat', 'Wardina dirompak' dan 'Shahrizat Jalil ambil cuti 3 mindggu',cerita 'Ustaz Azhar Idrus dengan Ulama Muda United Malay National Organization' ataupun 'Hassan Ali dipecat dari PAS'. Semuanya perihal Bani Melayu.

          Mak mertua aku menyambung bicara lagi. "Cikgu Abdul Aziz ni kan, adik-beradik dia ada 17 orang.Dari saorang ayah dan saorang mak ". Diulang. Tujuh belas orang. Bagai nak tersembul kunyahan cekodok dalam mulut aku seketika. Power.Power. Aku membalas dalam hati.

          Apa yang mem'power'kan lagi tentang mak dan ayah Cikgu Abdul Aziz ni ialah masih lagi sihat walafiat walaupun dah berusia lewat 80an dan kesemua 17 anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing.Siap pernah dapat anugerah Tokoh Ibubapa Mithali Kebangsaan lagi (tahun tak ingat). Kerja mereka demi menyara anak-anak? Hanyalah penoreh getah.

          "Itulah keberkatan rezeki dan rahmat daripada Allah S.W.T.", tambah mak mertua aku lagi. Aku mengangguk tanda setuju -mulut tetap mengunyah.

         Rupa-rupanya Cik Wan jiran mak mertua aku disini juga mempunyai adik-beradik sebanyak 17 orang daripada saorang ayah dan saorang mak. Sebelum ini ,rakan kerja di kilang kompeni aku bekerja mengatakan dia mempunyai adik-beradik seramai 13 orang.

        Apa yang dapat aku simpulkan,-power, power belaka mereka ni.
.

Friday, January 13, 2012

Jumaat 13 Haribulan (II)

Sabuah kerusi urut selesa Ogawa

Pagi Jumaat yang damai
Pagi Jumaat yang tenang
Pagi Jumaat yang indah
Pagi Jumaat yang dimulai dengan subuh beserta sujud sajadah
Aku panjatkan syukur padaMu, ya Allah
Kerana masih lagi berupaya menghirup udara segar pagi Jumaat ini
Dengan rahmat dan inayahmu jua

Aku tuangkan secangkir kopi 'O' -kopi kosong cap Hang Tuah
Pekena kopi 'O' panas-panas
Sambil mata dan pandangan nun jauh melihat alam melalui jendela di bilik
Semuanya masih seperti biasa -masih dalam aturannya

Dari atas meja
Aku ambil sabuah kitab -Terjemahan Al-Quran
Aku membelek-belek kitab terjemahan Al -Quran itu 
Mencari halaman surah Al Kahfi untuk dibaca

Ahh
Sungguh nyaman sekali
Sungguh enak sekali
Duduk beralaskan kerusi urut selesa Ogawa ini
Sambil pekena kopi 'O' panas dan membaca surah Al -Kahfi
Di pagi Jumaat yang indah ini

******

Alhamdulillah
Aku berdoa
Buat mak dan abah
Agar selesa hendaknya bersama Ogawa itu....

.          

Tuesday, January 10, 2012

Bila free, come !

           Selepas pekena nasi Arab yang sedap di kawasan Lagenda Heights,Sungai Petani, bersama-sama dengan mak mertua, adik ipar,kakak ipar dan Sorfina, yakni di Restoran Arabian Mendy, kami sekeluarga menyusur pulang dan dengan cergas bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Taman entahnamaapa (aku tak ingat) untuk aktiviti 'memanggil'.

Jom pekena Nasi Arab Mendy (bukan Mandy Moore) di Lagenda Heights, Sg. Petani.

         Sila jangan salah paham. Aktiviti 'memanggil' ini bukanlah aktiviti 'menyeru' makhluk halus. Bukan dan tidak sama sekali. Justeru, disini ingin aku tekankan bahawa aktiviti 'memanggil' disini bermaksud menjemput pihak tertentu, kaum kerabat, kenalan dan handai - untuk menghadiri walimatul urus (ataupun senangnya, kenduri kahwin).

          Apa yang pasti, bukan kenduri kahwen aku kerana aku baru sahaja berkahwen. Dan untuk berkahwen  kesekian kalinya lagi aku pikir tidak manis untuk dibincangkan disini.

         Jalan punya jalan (ditegaskan disini, bukan berjalan kaki; tapi dengan kenderaan), akhirnya kami melalui satu jalanraya yang tidak asing lagi di Sungai Petani yakni di Jalan Kelab Cinta Sayang. Nak dijadikan cerita, aku baru perasan benda ni sewaktu menunggu lampu trafik di jalan tersebut. Alah, jalan yang sebelah dengan IKM Sungai Petani tu. Hangpa tau kut. Betul-betul depan kami seberang jalan ada satu kedai ni.

         Aku perasan kedai ni dan sejurus itu cuit bahu adik ipar aku, Mukhlis dan bagitau dia. Lepas tu bagitau dekat seisi keluarga yang lain. Tak semena-mena depa pakat pekena gelak. Kangkong betul.

Keadaan yang tenang.....

Bila free come !...Pakat mai ramai-ramai na

.

Monday, January 9, 2012

Resdung

           Penyakit Resdung merupakan penyakit yang biasa kita dengar dan tau. Kalau dalam 'omputih' depa panggil 'sinus'. Antara tanda-tanda hangpa nak kenal dengan orang yang berpenyakit resdung ni adalah depa selalu atau kerap bersin tak henti-henti, hidung selalu berair, gatal-gatal 'tang' kawasan mata/hidung/telinga, nafas berbau,banyak jerawat dan yang paling serius ialah hidung menjadi rompong.

          Secara amnya, aku ialah penghidap penyakit resdung. Dulu, cikgu aku masa sekolah rendah habaq yang penyakit resdung ni singkatan daripada perkataan ' Resah di hidung'. Ini aku tak tau dia ambik mana. Apa yang pasti, pemendekkan kata tersebut sehingga bertukar menjadi resdung begitu 'power' dan kena pada tempatnya.

           Berbalik pada nawaitu asal, tujuan aku menulis berkenaan resdung ni adalah kerana aku masih menghidap resdung. Aku seakan sudah sebati dengan resdung. Fenomena bersin dikala waktu pagi juga sudah biasa bagi aku. Walaupun sudah berkali-kali ditegur mak aku untuk pantang dengan sambal belacan, tetapi sikap memakan sambal belacan adalah terlalu sukar untuk disingkirkan. Seminggu atau 2 minggu sekali kalau tak pekena sambal belacan sepertitidak lengkap menu makanan. InsyaAllah, yang pantang-pantang ni aku akan cuba sedaya-upaya untuk kurangkan makan benda-benda yang berkaitan belacan. Kena banyak makan buah.

         Bukan setakat teguran pantang, malah mak aku juga sering berkisah tentang 'member' dia yang rompong hidungnya akibat resdung, namun aku tak berapa ambil pot. Mungkin aku rasa sebab  fenomena resah di hidung (resdung) yang aku alami agak 'mild' dan tak kritikal.Alhamdulillah. Jerawat di muka pun ada la sikit sebanyak, tapi taklah sehebat pesakit resdung yang kronik.

          Dulu masa kecik-kecik rajin jugak aku pekena 'rokok' resdung. Ini masa duduk kampung dengan opah dan tok wan di Selama. Dengan saiz lebih kurang macam curut, hangpa kena lalukan asap rokok resdung ini ke hidung dan sedut asap dia. Pergghh. Pedih hidung dibuatnya. Cara ni aku tak berapa berkenan walaupun aku tau nak sembuh perlukan pengorbanan.

          Cara lain yang disyorkan ialah dengan buat rawatan resdung yang orang selalu cakap duk buang ulat dalam hidung tu. Rawatan ni mak dan abah pernah buat, tapi seringkali aku menolaknya dengan alasan takut dan tak ada masa. Nampak macam ngeri benda alah rawatan ni.

          Setahun lepas, aku mula berjinak-jinak untuk pekena ubat resdung keluaran HPA. Nama dia tak silap aku Coscinium Plus. Aku pun beli ubat tu RM20. Malang tak berbau, aku tak konsisten dengan pemakanan ubat dan sampai sekarang 1 botol ubat tu tak habis-habis lagi, walaupun ada 75 bijik sahaja dan perlu dimakan 2 biji sebanyak 3 kali sehari. Aku memang jenis malas dan selalu terlupa makan ubat.

         Cara lain rawatan resdung yang dianjurkan ialah dengan memasukkan air ke dalam hidung dengan cara menghirup melalui hidung. Cara ni selalu aku buat masa nak  ambik  air sembahyang/wuduk. Ia juga sunat dilakukan dalam aturan wuduk.

          Nak dijadikan cerita, ada lagi rawatan yang belum aku pekena. Kali ini seperti apa yang dianjurkan oleh Ustaz Harun Din yang jugak pengasas Darussyifa'. Aku ada baru terbaca dalam satu buku yang dia tulis, tajuk apa aku tak ingat. Apa yang aku ingat amalan yang dianjurkan untuk rawatan resdung. Apa-apapun,sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya hanya Allah yang berhak menyembuhkan penyakit yang kita alami. Allahualam.

******
Kaedah rawatan resdung oleh Darussyifa' :

1) Membaca surah Al Fatihah
2) Membaca selawat Syifa'

3) Membaca "'Auzubi izzatillahi waqud ratihi minnsyyarrima 'ajidu wa uhaziru " sambil menyetuh hidung. Baca sebanyak 7 kali.
4) Membaca ayat 82 dari Surah Al- Israa' [17 : 82]



.

Sunday, January 8, 2012

Bone mineral density (BMD) - Ketumpatan mineral tulang

Contoh ujian ketumpatan mineral tulang (BMD Test) yang dilakukan

              Benda ni aku pernah pekena, itupun sebab ada kempen penjagaan tulang yang diadakan di tempat kompeni. Benda dah 'free' jangan la segan-segan pulak nak cuba. Ye dok? Kepada sesiapa yang nak tau ketumpatan tulang hangpa tu, disyorkan la pi buat benda ni.

          Hasil dan keputusan ujian - Alhamdulillah. Memuaskan. Pakar tu cakap dekat aku,depa 'test' tu guna ukuran skor-T, ataupun bahasa omputihnya, T-Score. Manusia normal punya ketumpatan tulang adalah 1500kgm^-3 ataupun 1.5gcm^2.

Macammana keputusan dapat 3.4 pun aku tak tau. Nak kata minum susu selalu tak ada la pulak. Banyak pekena kopi-O ada la.


Notakaki :
Normal is a T-score of -1.0 or higher
Osteopenia is defined as between -1.0 and -2.5
Osteoporosis is defined as -2.5 or lower, meaning a bone density that is two and a half standard deviations below the mean of a thirty year old man/woman.
.


    Friday, January 6, 2012

    Kekeliruan tentang ayat Al Quran

               Ayat Al-Quran secara keseluruhannya daripada 114 surah adalah sebanyak 6236. Terdapat beberapa kekeliruan tentang jumlah ayat Al Quran yang didapati di internet yang menyatakan bahawa jumlah ayat Al-Quran adalah sebanyak 6666 ayat.

               Dipetik daripada laman web yang saya baca, 6666 bukanlah jumlah ayat, tetapi merupakan kaedah pengiraan mengikut kajian.Allahualam bissawab.

    *****

              Pelbagai kaedah digunakan oleh ulama islam untuk mengira bilangan ayat. justeru itu,pelbagai nombor telah dikeluarkan.namun begitu,jumlah bilangan ayat yang berbeza bukan bererti mengurang atau menambah ayat cuma pendekatan yang digunakan sahaja yang berbeza.(rujuk keluaran BENARKAH AYAT AL-QURAN 6666?).

             Bagaimana dan siapa yang mengeluarkan jumlah ayat al-Quran 6666?. Jumlah yang menunjukan bilangan ayat al-quran 6666 ialah terdapat didalam kitab Aqidah Al-Najin muka surat 99 daripada Abi Hasan.(Kitab boleh didapati dikedai buku pustaka muda Ipoh,Jaafar Rawas Kota Bharu atau kedai jualan kitab lama).

    Jumlah bilangan ayat yang disusun oleh ulama tersebut ialah:
    1000 ayat al-Quran berkaitan menyuruh membuat kebaikan
    1000 ayat al-Quran berkaitan mencegah kemungkaran
    1000 ayat al-Quran berkaitan Janji diberi pahala
    1000 ayat al-Quran Janji dibalas seksa
    1000 ayat al-Quran berkaitan ayat membandingkan dengan sesuatu.
    1000 ayat al-Quran berkaitan dengan Kisah dan Khabar
    500 ayat al-Quran Berkaitan Halal dan Haram
    100 Ayat Al-Quran berkaitan dengan Doa dan Tasbih
    66 Ayat al-Quran berkaitan dengan Nasakh dan Mansuh.
    Jumlah keseluruhan ialah 6666.

               Sehubungan itu,kaedah pengiraan diatas adalah salah satu kaedah untuk menyusun ayat al-Quran mengikut kajian bagi mendalami isi dan makna al-Quran.

              Justeru,umat Islam yang berjaya ialah yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.Beramal dengan perintah Allah s.w.t dan meningalkan semua larangannya.Insyallah kita termasuk dalam golongan yang mendapat Rahmat disisi Allah s.w.t.


    sumber : http://sksgrokam.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=40

    Tuesday, January 3, 2012

    17 A

               Alhamdulillah, dengan kombinasi UPSR, campur dengan PMR dan ditambah pulak dengan SPM, baru aku berjaya menggapai keputusan 17A. Tapi ada orang yang dianugerahkan Allah SWT kepandaian dan kebijaksanaan, hanya dengan SPM saja sudah dapat 17 A.

               Semoga Allah memberi hidayah dan pengampunan kepada kita semua dan juga kepada bekas pelajar Malaysia yang SPMnya pernah mendapat 17 A pada tahun 2004 dulu, yang pernah menggemparkan negara kita sewaktu dahulu.

              Untuk renungan dan pengajaran buat kita semua. Dosa yang kita lakukan memanglah besar dan banyak, tapi ingatlah, pengampunan dan rahmat dari Allah S.W.T itu lebih besar.



    Notakaki : http://beritasemasa.com/nur-amalina-che-bakri-facebook

    Monday, January 2, 2012

    80-90an punya cerita - Terowong

    Terowong Menora,dekat dengan plaza tol Ipoh menuju ke Kuala Kangsar memulakan operasi pada tahun 1986 oleh PLUS

                Dulu masa kecik-kecik, aku dan adik beradik cukup 'perak' dan jakun dengan terowong. Tak tau apa yang 'syok' sangat pekena masuk terowong ni. Yang memperkenalkan kepada aku dan adik-beradik tentang terowong tak lain dan tak bukan mak dan abah aku.

                Nak dijadikan cerita, 'lejen' tak 'lejen'  scene terowong ni,kalau pekena tidor masa tengah dalam kereta sedang dalam perjalanan nak balik kampung aku di Selama, Perak dari Kolumpo, mesti mak atau abah aku akan kejut punya. "Kita masuk terowong ni, bangun, bangun!" lebih kurang macam tu la ayat mak dan abah aku mengejutkan tidor kami ketika dalam kereta.

               Kami pun tanpa segan silu dan tanpa membuang masa terus cepat-cepat bangun dari lena, gosok mata apa yang patut, dan seterusnya ,tengok keindahan lampu-lampu dan panorama dalam terowong. Sapa-sapa yang ter'miss' atau tak terjaga masa dalam terowong, dia memang rugi 'wa cakap lu'. 

              Detik melalui terowong, terutamanya Terowong Menora di 'highway' PLUS yang terletak di bawah Banjaran Keledang, Perak, sepanjang 800 meter ini memang satu benda yang 'cool' untuk dilalui masa kecik-kecik. 

               Sekarang ni, dah besar-besar, sampai dah nak ada anak pulak ni, asal lalu terowong, aku akan secara otomatik teringat mak dan abah, yang mula-mula 'introduce' benda hebat binaan manusia ini. Apa-apapun, semuanya kehebatan binaan manusia ni telah dihidayahkan oleh Allah S.W.T yang telah menciptakan manusia dan mengurniakan nikmat akal. Subhanallah. 


    Notakaki : 'Lærdal Tunnel', sepanjang 24.51 kilometer merupakan terowong jalan raya darat terpanjang di dunia, yang menghubungkan Lærdal dan Aurland di Sogn Og Fjordane, negara Norway. Dibuka untuk kegunaan pada tahun 2000,setelah pembinaan dimulakan pada tahun 1995.
    .

    Sunday, January 1, 2012

    Happy 70th birthday, Tuan Alex !

    "Minyak angin cap kapak habis pulak aihhh...balik pekena urut ok kut"- SAF

                Sambutan ulangtahun kelahiran dan tahun baru yang hambar buat penyokong dan pendokong United secara amnya. Apa ada hal?? Selamat hari jadi, pak Alex...jangan sedih-sedih ok. Chill sudahla. Kalah dengan bekas juara Premier League 1995 tu habaq hang...

    Hadiah hari jadi Pak Alex Ferguson dan penutup tirai 2011.Bangang!

    Sementara itu, di kem-kem lain....
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    Nasib baik ada member senasib...lega!!!
    .