Saturday, January 14, 2012

Sarapan

           Pagi tadi semasa sarapan bersama Sorfina dan mak mertua aku -menunya cekodok pisang yang cukup rangup dan menyelerakan,ditambah pula dengan kopi 'O' sebagai minuman utama- kami bersembang sembang tentang hal-hal duniawi  semasa dan tidak pula lupa untuk menyembang tentang hal-hal ukhrawi yang sudah pasti kita semua akan ke sana.Entah bila.Yang penting,sediakan bekalan.

         Aku memulakan bicara.Semestinya bicara aku dimulakan dengan puji-pujian dan ucapan penghargaan kepada mak mertua dan Sorfina yang bertungkus-lumus menyediakan sarapan pagi ini.Tampak cukup mudah, tapi adunan serta sukatan yang betul serta komposisi yang persis diperlukan untuk menghasilkan kesedapan kepada makanan tradisi orang Melayu ini.Mak dan abah aku nun di Pandan Indah sana juga mencari rezeki dengan menjual cekodok pisang.

         Aku bertanya dari mana datangnya pisang untuk dibuat cekodok ini, lantas mak mertua aku menjawab "La, pisang ni kan Cikgu Abdul Aziz yang bagi 'time' kita 'memanggil' minggu lepas."

Owh. Aku dah ingat.

         Bukan apa.Mungkin pikiran minggu ini banyak diisi dengan cerita 'kes liwat', 'Wardina dirompak' dan 'Shahrizat Jalil ambil cuti 3 mindggu',cerita 'Ustaz Azhar Idrus dengan Ulama Muda United Malay National Organization' ataupun 'Hassan Ali dipecat dari PAS'. Semuanya perihal Bani Melayu.

          Mak mertua aku menyambung bicara lagi. "Cikgu Abdul Aziz ni kan, adik-beradik dia ada 17 orang.Dari saorang ayah dan saorang mak ". Diulang. Tujuh belas orang. Bagai nak tersembul kunyahan cekodok dalam mulut aku seketika. Power.Power. Aku membalas dalam hati.

          Apa yang mem'power'kan lagi tentang mak dan ayah Cikgu Abdul Aziz ni ialah masih lagi sihat walafiat walaupun dah berusia lewat 80an dan kesemua 17 anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing.Siap pernah dapat anugerah Tokoh Ibubapa Mithali Kebangsaan lagi (tahun tak ingat). Kerja mereka demi menyara anak-anak? Hanyalah penoreh getah.

          "Itulah keberkatan rezeki dan rahmat daripada Allah S.W.T.", tambah mak mertua aku lagi. Aku mengangguk tanda setuju -mulut tetap mengunyah.

         Rupa-rupanya Cik Wan jiran mak mertua aku disini juga mempunyai adik-beradik sebanyak 17 orang daripada saorang ayah dan saorang mak. Sebelum ini ,rakan kerja di kilang kompeni aku bekerja mengatakan dia mempunyai adik-beradik seramai 13 orang.

        Apa yang dapat aku simpulkan,-power, power belaka mereka ni.
.

3 comments:

  1. http://bobex.wordpress.com/2007/11/23/peristiwa-semasa-sidang-media-bersama-mak-cik-eshah/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nisah..Cikgu Aziz ni la anak Mak Cik Eshah! Besar pengorbanan mak cik Eshah dan pak cik Sulaiman dalam membesarkan anak-anak mereka

    ReplyDelete
  3. hikhik...mmg power...lg ramai kot 17org..

    ReplyDelete