Sedar atau tidak sedar, bila kita membaca Al-Quran, kita akan dapati sebanyak 29 daripada 114 surah dalam Al Quran yang dimulakan dengan bacaan huruf. Daripada 114 surah itu juga, sebanyak 5 surah telah dinamakan dengan nama rasul (daripada 25 para Rasul yang wajib umat Islam beriman dengannya); iaitu surah Yunus, surah Hud, surah Yusuf, surah Ibrahim dan surah Muhammad.
Daripada 5 surah yang dinamakan sempena nama rasul itu, hanya surah Muhammad yang tidak bermula dengan bacaan huruf. Keempat-empat nama surah yang bersempena nama rasul itu dimulakan dengan bacaan huruf "Alif" "Lam" "Ra".
Huruf yang terdapat dalam surah-surah yang dimulakan dengan bacaan huruf (29 jumlah surah kesemuanya); paling banyak huruf yang disebut satu-persatu adalah dalam ayat pertama surah Maryam (sebanyak 5 huruf), "Kaf","Ha", "Ya", " 'Ain","Shyod".Surah yang dimulakan dengan bacaan huruf satu-persatu paling sedikit terdapat dalam dua surah (sebanyak 1 huruf sahaja); iaitu surah Qaaf (yang dimulakan dengan bacaan huruf "Qaaf") dan surah Al Qalam, iaitu "Nuun". Kesemua makna bacaan huruf-huruf tersebut hanyalah pada pengetahuan Allah s.w.t sahaja tanpa dapat ditafsirkan oleh mana-mana manusia sekalipun termasuk Rasulullah.
Surah-surah yang dimulakan dengan bacaan huruf satu per satu ada 29 kesemuanya. Surah tersebut seperti berikut :
2) Surah Al-Baqarah :Alif,Laam,Miim
3) Surah A-li'Imraan :Alif,Laam,Miim
7) Surah Al-A'raaf :Alif,miim,Shyod
10)Surah Yunus :Alif,Laam,Raa'
11)Surah Hud :Alif,Laam,Raa'
12)Surah Yusuf :Alif,Laam,Raa'
13)Surah Ar-Ra'd :Alif,Laam,Miim,Raa'
14)Surah Ibrahim :Alif,Laam, Raa
15)Surah Al-Hijr :Alif,Laam, Raa
19)Surah Maryam :Kaaf,Haa,Yaa,'Ain,Shyod
20)Surah Taha :Taa',Haa.
26)Surah AsySyu'araa :Taa,,Siin, Miim.
27)Surah An-Naml :Taa,,Siin
28)Surah Al-Qasas :Taa, Siin, Miim.
29)Surah Al-Ankabuut :Alif,Laam,miim
30)Surah Al-Rum : Alif,Laam,Miim
31)Surah Luqman :Alif,Laam,Miim
32)Surah As Sajdah :Alif,Laam,Miim
36)Surah YaaSiin : Yaa, Siin,
38)Surah Shyod : Shyod
40)Surah Ghaafir/Al Mukmin : Haa, Miim
41)Surah Fussilat : Haa, Miim
42)Surah Asy Syuraa : Haa, Miim
43)Surah Az Zukhruf : Haa, Miim
44)Surah Ad Dhukhaan : Haa, Miim
45)Surah Al Jaatsiyah : Haa, Miim
46)Surah Al Ahqaaf : Haa, Miim
50)Surah Qaaf : Qaaf
68)Surah Al Qalam : Nuun
Subhanallah. Cuba hangpa cari kitab-kitab lain, ataupun apa-apa yang seangkatan dengannya, mana ada tulisan kitab lain yang dimulakan dengan sebutan huruf. Ini menunjukkan Al Quran merupakan satu mukjizat agung yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w (secara berperingkat) dan terpelihara daripada sebarang kecatatan, pengubahsuaian,dan kepupusan hinggalah hari Kiamat kelak. Allahualam bissawab.
Dari Aisyah radhiallahu 'anhu, katanya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala." (Hadits Muttafaq 'Alaih). Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.
Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).
Notakaki : "Hadis Muttafaq alaih" secara bahasa bererti disepakati atasnya.Dalam 'urf para ahli hadis, istilah ini biasanya digunakan untuk hadis yang disepakati kesahihannya oleh dua imam hadis yang ulung: Imam al-Bukhâri dan muridnya,Imam Muslim-rahimahumallâh.
.
No comments:
Post a Comment