Friday, January 20, 2012

Teori Konspirasi, Palestin dan Dr. Azzam Tamimi

           Hangpa semua semestinya pernah dengar tentang benda-benda berkaitan Teori Konspirasi, yang bagi aku suatu benda yang cukup menarik, popular dan sesuatu yang baik untuk dibincangkan. Kali ni aku kongsikan satu artikel menarik dari saudara Leo yang bagi aku cukup baik untuk kita pikirkan dan renungkan bersama-sama; bersama secawan kopi 'O' lebih enak barangkali.

*****

“Conspiracy is paralyzing our ummah. And I’m afraid it will affect our tawhid” – Dr. Azzam Tamimi

Siapakah Dr. Azzam Tamimi?

            Beliau dilahirkan pada tahun 1955, di bandar Hebron, Palestin. Ayah beliau merupakan seorang pejuang menentang Israel. Ketika beliau berumur tujuh tahun, mereka sekeluarga berpindah ke negara Kuwait. Setelah tamat pengajian menengah, beliau berhijrah ke sebuah kolej di London, seterusnya melanjutkan pengajian di University of Sunderland dalam bidang Sains Bersekutu. Seterusnya beliau mengambil pengajian PhD dalam jurusan Teori Politik, dan graduasi dari University of Westminster pada tahun 1998.

            Kini, beliau merupakan seorang aktivis Palestin warganegara Britain yang cukup disegani. Beliau menjawat jawatan pengarah di Institut Pemikiran Politik Islam, serta seringkali tampil dalam siaran di Al-Jazeera, PressTV dan pelbagai media elektronik lain, selain sering menulis didalam akhbar terkenal, The Guardian. Beliau juga menghasilkan pelbagai buku berkenaan politik Islam serta situasi di Timur Tengah.

            Pada Mei 2011, Dr. Azzam Tamimi sempat berkunjung ke Malaysia dan menyampaikan syarahan umum di beberapa universiti serta institut tanah air. Antaranya termasuklah di Universiti Sains Malaysia, beliau memberikan syarahan bertajuk “Middle East Uprising And The Future Of Palestine” (Kebangkitan Negara-Negara Timur Tengah, Serta Masa Depan Palestin).

           Saya menjumpai sebuah catatan nota kuliah berkenaan di internet, yang ditulis oleh saudari Auni Najwa, penuntut di USM yang menghadiri kuliah berkenaan. Catatan penuh nota kuliah tersebut boleh didapati di link ini:

http://najwaauniazman.blogspot.com/2011/05/notes-from-dr-azzam-tamimis-lecture-in.html

          Saya cukup tertarik dengan kuliah berkenaan, kerana bukan sahaja ianya sangat up-to-date (konteks yang terkini) tetapi turut berjaya mengaitkan situasi dunia dengan umat Islam, khususnya kita para generasi muda.

          Dalam post kali ini, saya ingin memetik sepotong kata-kata beliau didalam kuliah berkenaan, yang saya terjemahkan:

One audience asked his opinion about conspiracy theories.

He says, indulging ourselves in all these conspiracy theories makes us living in fear, always thinking everything that happened was planned by the US, and the Zionist.

And if we sit around thinking and analyzing when the Dajjal’s coming out and who it is doesn’t make us better people, can even affect out Tauhid.

Why?

Because we start thinking America knows everything and plans everything, but really that is Allah’s work, not them.

Believing in conspiracy theories is the worst thing that can happen to any society, because we’ll believe everything had been planned and we can do nothing.

Terjemahannya,

Seorang pendengar kuliah, bertanyakan kepada Dr. Azzam Tamimi mengenai pendapat beliau terhadap Teori Konspirasi.

Beliau berkata, melibatkan diri dalam segala teori konspirasi ini menyebabkan kita hidup didalam ketakutan/tidak tenteram – sentiasa memikirkan bahawa setiap apa yang terjadi, kononnya ada dalam perancangan oleh US dan Zionis.

Dan jika kita duduk dan asyik memikirkan dan menganalisis mengenai bilakah Dajjal akan muncul dan siapakah Dajjal itu, ianya tidak menjadikan kita manusia yang lebih baik, malah ia turut boleh membawa kesan kepada akidah kita.

Kenapa?

Kerana kita mula memikirkan bahawa Amerika tahu segalanya dan merancang segalanya, sedangkan hakikatnya Allah yang Maha Mengetahui, dan Allah yang Maha Perancang, bukannya Amerika.

Mempercayai Teori Konspirasi adalah malapetaka terbesar yang boleh menimpa mana-mana masyarakat, kerana ia membuatkan kita percaya bahawa semua yang terjadi adalah dirancang, sedangkan tidak ada apa yang mampu kita buat.

            Saya kira penjelasan Dr. Azzam Tamimi adalah penjelasan yang sepatutnya cukup memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang berfikir secara rasional. Latarbelakang Dr. Azzam Tamimi sendiri, yang merupakan ahli dan mendapat PhD dalam bidang teori politik, sepatutnya sudah melayakkan beliau untuk menjadi “conspiracy theorist” yang unggul berbanding kebanyakan ahli teori konspirasi kita sekarang ini yang kita sendiri tidak tahu latarbelakangnya.

          Pun, banyak diantara kita yang lebih gemar memilih pendapat video-video yang kita tak tahu siapa dan latarbelakang pembuatnya. Kita lebih gemar membaca tulisan-tulisan yang dihasilkan secara anonymous atau pseudonym mahupun yang di-copy-paste dan disebarkan disana sini tanpa mengetahui sumbernya.

           Malah, jika dilihat dari latarbelakangnya pun, selaku anak kelahiran Palestin yang menyaksikan sendiri kekejaman Zionis, pastinya beliau adalah individu yang paling memusuhi Israel. Berbanding kita yang tak pernah pun menjejakkan kaki ke Palestin ini, maka kenapa kebencian terhadap Israel dan Zionis tidak menyebabkan beliau menyokong teori-teori konspirasi ini? Kerana beliau memahami dan mengikuti dan meyakini apa yang Allah sebutkan,

          Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[Al-Maidah: 8].

           Kita semua tahu mengenai maksud taqwa. Tambah-tambah penggemar teori konspirasi, masakan mungkin mereka gemar mengkaji-kaji sedangkan teori asas agama Islam sendiri mereka tidak kaji. Maka renung-renungkan, kenapa Allah mengatakan adil itu yang lebih dekat kepada taqwa. Renung-renungkan, kenapa kebencian, Allah kaitkan dengan keadilan. Renung-renungkan, kenapa Allah menegaskan bahawa Dia tahu segala apa yang kita lakukan. Merenung sepotong ayat alQuran ini jauh lebih berfaedah buat diri kita dan ummah, berbanding menyibukkan diri memikir perkara-perkara yang belum tentu kesahihannya.

          Kita semua mempunyai anugerah aqal yang Allah berikan, maka tanyalah rasional dan akal masing-masing.

Wallahua’lam, wassalam.


Article credit: http://me.leokid.my/of-dr-azzam-tamimi-palestine-conspiracy-theories/#more-359

No comments:

Post a Comment