Cuti perayaan tahun baru Cina lepas dimanfaatkan aku dan Sorfina untuk pulang ke rumah opah aku di Selama, Perak; yang juga tempat kelahiran aku disitu (yakni di dalam bilik opah, oleh saorang bidan klinik kampong). Opah rindu katanya. "Mi dah lama tak balik kampong, bila nak balik? Manggis, rambutan, pulasan, cempedak, kelapa muda semua duk tengah ada banyak tu". Begitulah antara kata-kata opah yang disampaikan oleh emak kepada aku.
Alhamdulillah. Lepas habis kerja Jumaat tersebut, aku terus pulang dari kerja kilang di Kulim ke Selama. Bertemu juga akhirnya dengan opah dan saudara-mara di Selama. Opah sihat, tapi biasalah, tak larat dan tak segagah dahulu. Namun, kudrat tua itulah jua yang membesarkan aku dan saudara-mara sekalian.
Pagi-pagi lagi lepas subuh, aku terus cargas untuk men'cakar' laman rumah opah. Banyak daun kering yang nak kena 'setel'kan.Sejam lebih jugak nak bereskan. Bab-bab sarapan,Sorfina buat. Dapat lah opah, aku dan Sorfina pekena cucur ikan bilis.Nasi lemak dan roti canai aku pi beli kejap dekat pekan.
Lepas pekena secawan dua kopi 'O', aku bergerak semula ke laman rumah opah. Dah lama tak pekena kait rambutan ni....
******
7 pohon rambutan di kawasan sekitar rumah opah. Mula ditanam pada tahun 1978 (benih diperolehi semasa kempen pilihanraya tahun itu)
Salah satu pohon rambutan yang ditanam oleh arwah tok wan. Jenis buah rambutan 'Anak Sekolah';sepertimana yang diberitahu oleh opah.
'kacip' rambutan
hangpa kena pasang 'kacip' atau pisau pemotong ni pada hujung galah dan diikat dengan tali untuk disentap
Saorang pemuda yang sedang gigih beraksi mengait rambutan. Foto oleh Sorfina.
weii,, awat xroger? klu x, aku pn nk rasa jugak rambutan tuh,,hikhik.,cuti ry cina baru nih ak di selama kot...seminggu tu..len kali roger k'.. ;p
ReplyDeleteAkmal, maaf maaf..aku ambik opah aku di Selama lepas tu pi bawak dia balik Rantau panjang mai tidoq kampung 2 malam...kalau ada hang lega sikit..semoga berjaya hang belajar di UPM sana nanti ok..semoga dipermudahkan urusan oleh Allah swt
ReplyDeletetq
ReplyDelete