Jom pekena Nasi Arab Mendy (bukan Mandy Moore) di Lagenda Heights, Sg. Petani.
Sila jangan salah paham. Aktiviti 'memanggil' ini bukanlah aktiviti 'menyeru' makhluk halus. Bukan dan tidak sama sekali. Justeru, disini ingin aku tekankan bahawa aktiviti 'memanggil' disini bermaksud menjemput pihak tertentu, kaum kerabat, kenalan dan handai - untuk menghadiri walimatul urus (ataupun senangnya, kenduri kahwin).
Apa yang pasti, bukan kenduri kahwen aku kerana aku baru sahaja berkahwen. Dan untuk berkahwen kesekian kalinya lagi aku pikir tidak manis untuk dibincangkan disini.
Jalan punya jalan (ditegaskan disini, bukan berjalan kaki; tapi dengan kenderaan), akhirnya kami melalui satu jalanraya yang tidak asing lagi di Sungai Petani yakni di Jalan Kelab Cinta Sayang. Nak dijadikan cerita, aku baru perasan benda ni sewaktu menunggu lampu trafik di jalan tersebut. Alah, jalan yang sebelah dengan IKM Sungai Petani tu. Hangpa tau kut. Betul-betul depan kami seberang jalan ada satu kedai ni.
Aku perasan kedai ni dan sejurus itu cuit bahu adik ipar aku, Mukhlis dan bagitau dia. Lepas tu bagitau dekat seisi keluarga yang lain. Tak semena-mena depa pakat pekena gelak. Kangkong betul.
Keadaan yang tenang.....
Bila free come !...Pakat mai ramai-ramai na
.
haha,, ok, time free bole come... bahasa rojak digunakan untuk nama kedai dia ye...
ReplyDeleteAkmal..tu la pasal.orang 'busy' susah la nak datang..kangkong betul
ReplyDelete