Sunday, October 23, 2011

Final RWC 2011 - New Zealand vs France

          Hari ini dan beberapa jam saja lagi perlawanan akhir Ragbi Piala Dunia 2011 yang bakal berlangsung di Auckland, New Zealand antara New Zealand All  Blacks, selaku hos bertemu dengan pasukan Hemisfera Utara yakni France Les Tricolores.

          Jika kita imbau kembali, 24 tahun dahulu pada tahun 1987 dimana kali pertama diadakan kejohanan Piala Dunia Ragbi, New Zealand All Blacks telah dinobatkan sebagai juara pada edisi kali pertama itu sekaligus merangkul Piala Webb Ellis.

          Seperti ditakdirkan, kedua-dua pasukan ini akhirnya dipertemukan kembali dalam final edisi RWC yang ke 7. Pasukan pilihan aku, South Africa, atau lebih dikenali dengan nama Springboks sudah lama tersingkir pada suku akhir lepas.

           Apa-apa pun, aku rasa kali ni mungkin All Blacks yang akan dinobatkan sebagai juara, ditambah pula dengan kekuatan sokongan serta kelebihan sebagai tuan rumah. Cuma kali ni aku agak All Blacks boleh senang-senang kalahkan France sebab Chabal pun dah tarak.

           Tak kenal siapa dia Sebastien Chabal? Ni dia...

Chabal the cave man

Dengan ketinggian 1.93m, Chabal gah menerjah pihak lawan

Bukan setakat final, tempat ketiga dan keempat pun sama macam edisi RWC pertama pada tahun 1987

.

No comments:

Post a Comment