Thursday, October 20, 2011

Kiub Rubik

Kiub pemerah otak

            "Dari genius kepada yang genius". Itu yang aku dapat ungkapkan untuk benda alah ni. Dari dulu sampai sekarang aku masih terkial-kial dan tak dapat nak selesaikan benda petak-petak ni. Ada sekali aku tengok ada budak sekolah darjah-darjah senang-senang dapat settelkan benda alah ni. Apa makan budak zaman sekarang ni?

            Nampak sangat aku bukan orang yang genius. Hangpa pula bagaimana?


Nota kaki :

Dicipta oleh Erno Rubik, seorang pemahat dan professor dalam bidang seni bina dari Hungary pada 1974.
'Magic Cube', nama baru pada Kiub Rubik dipatenkan pada tahun 1975. Patent(HU170062) . Hangpa boleh cari di Google Patents.
Untuk menyusun kiub di setiap sudut sahaja, hangpa mempunyai 8! cara, iaitu sebanyak 40320 cara. Ingat, ini untuk kiub di bahagian sudut sahaja. MasyaAllah !




p/s : " Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya" [Saba' 34:1]
.

No comments:

Post a Comment