Dan yang keduanya pula,tak cukup dengan itu, ada lagi ziarah ke satu lagi rumah kakak ipar di Seberang Jaya .Disebabkan kak ipar ajak kami pergi lepak-lepak dan minum-minum di Bangkok Station, maka ianya sifar ASTRO, dan hanya tunjuk TV3. Cett!.
Nasib baik sebelah restoran tu ada kedai mamak. Dia punya ramai toksah nak habaq mai. Berduyun-duyun anak muda berbilang bangsa termasuklah segelintir mat Bangla dan mat Myanmar dan mat Nepal yang turut serta. Dah lama aku perati yang kesemua mat-mat ni dah mula memupuk minat tengok bola dan lepak kedai mamak ; satu trend terkini dan ternow.
Sambil tunggu order, aku 'excuse' kejap minta izin mak mertua dan bini cakap nak 'usha' result bola kat mamak sebelah. Dapat 'green light'. Tapi tak boleh lama-lama sangat.
Sampai-sampai, Rio buat hal. Tak pasal-pasal Liverpool dapat 'freekick'. Stevie G pulak ambik. Aku dah berdebar-debar. Peratusan untuk gol memang tinggi, lebih-lebih lagi kalau spot feveret tu.
Cilakak. Kan dah kena sebutir. Yang Giggs ni satu hal pulak bukak ruang apahal. Arggh, redha je la. Baru minit 68.
Sebab dah lama kat situ, aku mengundur diri. Bini pun dah 'calling-calling' rindu. Apa jadi seterusnya aku tak tau.
******
Sampai-sampai rumah, bukak komputer, cucuk broadband, dapat internet, tengok-tengok 'result' keluar macam ni. Kangkong punya Liverpool. Kehkehkehkehkeh.
Pucuk dicita, ulam mendatang
Mamat ni nama dia Stevie G. Gerrard la senang habaq. Suka sangat cium kamera.Debut main Premier League pada 29 November 1998, tapi haram jadah tak pernah menang English Premier League. Bangang!
Mamat ni dekat jersi dia nama Chicarito. Debut main Premier League pada 16 Ogos 2010. Baru setahun jagung dah pernah pegang dan menang English Premier League. Ini baru tak bangang !
.
No comments:
Post a Comment