Bankrupt atau muflis dalam Bahasa Melayunya; jika ditafsirkan dalam kehidupan dunia adalah keadaan seseorang yang tidak dapat membayar dan melangsaikan segala jenis hutang; terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam sektor perniagaan.
Kalau macam aku, hutang dunia belambak lagi yang belum dilangsaikan termasuklah PTPTN, rumah, kereta dan macam-macam lagi. Alhamdulillah hutang darah dengan orang aku tak ada lagi rasanya.
Semoga Allah memberikan kekuatan untuk aku melangsaikan hutang-hutang dunia tersebut. Alhamdulillah, setakat ni kesemua 'loan' sudah ditukar kepada sistem Islam, cuma PTPTN aku punya permohonan kena 'reject' untuk penggunaan sistem Ujrah. Kangkong betul.
*******
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)
.
No comments:
Post a Comment