Tuesday, October 25, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010


           Terkejut jugak aku dengan laporan Ketua Audit Negara bagi penggal 2010 yang baru sehari lepas dibentangkan. Memang bukan satu pendedahan membuta tuli oleh MalaysiaKini seperti apa yang telah aku baca baru petang tadi. Apa yang kerajaan guna duit banyak sangat ni sebab nak beli teropong saja ni?

          Untuk membuat pengesahan, aku sendiri telah pergi ke laman web kerajaan, portal rasmi Jabatan Audit Negara yang boleh didapati di sini .Daripada situ, aku dapat muat turun ataupun 'download' dua buah 'file' tentang laporan tersebut. Satu 'file' tentang Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/ Jabatan Kerajaan Persekutuan dan satu lagi ialah laporan Aktiviti Kementerian/ Jabatan dan pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

          Jika hangpa membelek muka surat 173 pada 'file' PDF laporan Aktiviti Kementerian/ Jabatan dan pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan, memang ada dinyatakan tentang lebihan bayaran oleh pihak kerajaan. Kepala bana betul.

           Ini baru ja laporan audit pasal beli teropong oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Yang lain-lain kita tak tahu lagi. Apa-apapun, Majulah Malaysiaku!!!

           
Muka surat 173 ' laporan Aktiviti Kementerian/ Jabatan dan pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Boleh 'download' laporan audit negara 2010 dari laman web Jabatan Audit Negara

.

No comments:

Post a Comment