Dibinasakan, dimalukan, diganyang, dikitai, oleh jiran tetangga di Theater of Dreams...oops, Theater of Shocks!
Daripada CHAMP19N kepada CHAMP1-6N. Itulah rumusan paling tepat untuk menggambarkan keseluruhan permainan tadi.
Humiliti6n!!!! Kesemua Ultras, penyokong, peminat, dan siapa-siapa lagi yang ada kaitan dengan kelab Manchester United sila jangan lupakan tarikh ini. Tolong semadikan tarikh ini dalam kepala bana anda sekalian.
Sila lupakan kemenangan 8-2 dengan Arsenal dua bulan lepas. Sila tolong buang jauh-jauh. Esok adalah hari dimana Monday blues yang paling hebat sekali bakal melanda kepada warga penyokong United sekalian. Hari-hari yang perit bakal dilalui seterusnya harus dilalui dengan tabah dan kecekalan yang 'power' sekali.
Permainan yang sungguh 'pathetic' bak cakap omputih dipamerkan United. Kekalahan di gelanggang sendiri terbesar sejak 1955, ketika itu pada perlawanan Divisyen Satu juga dengan seteru dan tetangga yang sama. Ketika itu hanya kalah 0-5. Dan pada malam ini sejarah sekali lagi dilakar oleh jiran tetangga yang sama. Arrgh, apa ada hal?
Bak kata panglima perang terkenal yang aku pun main hentam je tulis ni, "we just lost the battle, but not the war". Peduli apa aku. Hati dah terguris sekarang. Ditambah pula dengan hamburan kata-kata sindiran, komenan pedas lagi tajam, dan celaan bertali arus dari member-member dan sahabat handai di laman fesbuk dan twitter. Sekarang ni rasa macam nak tutup akaun fesbuk pun ada.
Yang menyokong Arsenal, ni memang masa terbaik diorang duk menganjing balik kekalahan mereka tempohari. Tak lupa juga bagi penyokong Liverpool, selaku musuh tradisi dan juga Chelsea. Tak pa la apa depa nak kata pun. Itu hak depa. Sekarang ni telinga aku kena cekal dan tabah untuk hadapi hari-hari dan minggu-minggu yang seterusnya.
Ada baiknya sebenarnya kekalahan ni. Jangan tengok kekalahan ni dari sudut negatif. Cuba ambik dari sudut positif. Dah main macam bangang, memang la patut kalah terok. Lepas ni kalau kalah lagi macam ni, memang tak tau nak habaq dah la. Sama-samalah muhasabah diri dengan kekalahan ni. Wake up call.
Apa-apa pun, hanya ada satu pasukan di Manchester, yakni United! Tahniah Manchester....City !
Pikir, pikir dan teruskan berpikir. Tolong la beli 'player' world class Jan 2012 ni
.
No comments:
Post a Comment