Saturday, October 22, 2011

Hudud

           Bab hudud ni bukan benda baru. Benda ni Allah dah turunkan dan nyatakan kepada umat Islam lebih kurang 1430 tahun dahulu dan ianya termaktub dalam kitabNya iaitu Al-Quran yang diwahyukan melalui Jibril kepada Nabi terakhir kita, yakni Nabi Muhammad SAW.

           Sebelum aku mengulas lebih lanjut tentang hudud, di harap ustaz-ustaz, orang-orang berilmu di luar sana dan pembaca sendiri dapat memberi teguran sekiranya terdapat kesalahan dalam pandangan yang aku utarakan ini. Ikhlas aku nyatakan disini, aku bukan ahlinya untuk memberi ulasan tentang hudud ini, sama juga seperti sebilangan para artis yang kena kritik 'kaw-kaw' akibat ulasan tentang hudud yang mereka utarakan.

           Sila jangan jadi jumud, dan buang jauh-jauh 'political believe' masing-masing. Kenapa bila pelaksanaan hudud nak dijalankan, semua orang jadi bising-bising? yang bukan Islam lagi kuat bisingnya dan ngaumannya. Sebab apa?
         
           Mudah saja jawapannya. Semuanya kerana ketiadaan ilmu. Ilmu tentang hukum hudud dan penerangan yang tidak jelas dan masih samar-samar sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi; dimana Islam itu diangkat sebagai agama rasmi anutan pemerintah ketika itu, justeru, menjadi anutan rakyat pula kemudiannya. Sampai la ni kita dah merdeka 54 tahun pun ilmu tentang hudud tu tak diperjelaskan secara terbuka lagi. Kalau ada pun, setakat mereka yang belajar agama secara 'detail' dan mengikuti kursus pengajian agama Islam.

           Jadi apa-apapun sebelum pelaksanaan hudud dijalankan, disarankan agar pihak berwajib dan pemerintah dengan kerjasama Jabatan Agama persekutuan dan negeri kita ni buat lah satu silibus khas di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tentang hudud. Cara lain ialah buat penerangan di saluran-saluran media, samada elektronik ataupun massa, dan juga secara 'road tour'. Sampaikan ilmu dan penerangan kepada rakyat- rakyat dahulu. Itu bagi aku sebagai satu langkah yang paling pertama sekali dan dibuat secara peringkat-peringkat. Ingat, Al-Quran pun tak turun sekali gus dan disampaikan secara berperingkat dari Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibril.

           Lebih memeritkan lagi, isu ini takut untuk dibincangkan dan didebatkan secara terbuka, kononnya demi menjaga sensiviti agama. Kepala bana dia sensitiviti. Hasilnya, mereka yang bukan Islam menganggap hukum hudud ini merupakan hukuman yang 'barbarik' dan ketinggalan zaman. Ada juga suara-suara yang mengatakan negara yang mengamalkan hukum hudud ini, contohnya Arab Saudi, memberi hujah dan kaitan hukum syariah ini dengan tidak pula memberi kebebasan kepada kaum wanita untuk memandu dan mengundi. Dengan bahasa mudahnya, masih mengamalkan diskriminasi terhadap wanita.Hudud termaktub dalam hukum Syariah dan hanya umat Islam sahaja yang termaktub dengannya. Dibawah pemerintah Islam, rakyat bukan Islam bebas memilih samada mahu dibicarakan dengan mahkamah Syariah (untuk jenayah berkaitan hudud) ataupun dengan mahkamah sivil.

            Apa dia kesalahan yang termaktub dalam hukum hudud? Seperti yang dijelaskan di atas, aku bukan ahlinya untuk memberi ulasan lanjut tentang ini, tapi aku ambil pot pasal beberapa kesalahan jenayah yang termaktub dalam hukum ni, seperti mencuri, merompak (menyamun), berzina, menuduh orang berzina(qazaf), minum arak, murtad, dan bunuh (qisas).

           Kesimpulannya disini, aku tak mau cakap banyak lagi dan sebagai umat Islam wajiblah aku menyokong hukum hudud tanpa banyak bicara. Untuk mengetahui banyk lagi pasal benda ni, secara seriusnya aku kena banyak mengikuti kuliah-kuliah agama agar tak membuat penilaian secara mengkhinzir buta.

         
p/s : " Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa." [ Al Baqarah, 2: 178-179]
.

No comments:

Post a Comment