Tuesday, October 18, 2011

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

     
           Alhamdulillah. Sekarang makin banyak ada Ustaz muda-muda dan yang sempoi-sempoi duk mengajar dan menyampaikan ilmu agama Islam dekat siaran TV; terutamanya siaran TV Al Hijrah (siaran 114 di Astro) dan TV9 (siaran 109 di Astro).

          Antara Ustaz yang tengah 'up' sekarang tak lain dan tak bukan ialah Ustaz Don Daniyal. Sempoi habis. Dengan kekuatan dan hidayah yang Allah berikan, si Ustaz Don Daniyal ni dapat menyampaikan ilmunya kepada orang ramai secara bersahaja, dapat mengupas persoalan-persoalan agama Islam yang berat secara hikmah agar lebih mudah difahami dan yang penting, mesej agama itu sendiri dapat diserap dengan berkesan. InsyaAllah.

Meet the Don

          Rancangan Ustaz Don Daniyal ni boleh hangpa 'follow' di TV Al Hijrah. Yang aku dah tengok setakat ni adalah '30 minit bersama Ustaz Don' pada hari Isnin, Selasa dan Rabu pada 10.30 malam. Selasa dia akan ajar pasal Tajwid. Rancangan lain dia ialah 'Muhasabah', yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 11.30 malam.

          Pasal nama Don tu, aku ada cari-cari jugak dalam Wikipedia. Apa-apapun, kita kena bersangka baik. Nama macam ketua mafia pun ada. Kalau tambah 'at', silap-silap boleh panggil ustaz Donat pun boleh.

        Secara jujurnya aku lebih suka ilmu-ilmu agama Islam ni disampaikan oleh ustaz-ustaz muda macam dia ni. Rasa benda jadi mudah dan lebih dekat dengan jiwa kita. Diharap ustaz akan terus berdakwah dan terus menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat buat kita semua. Tak lupa, terima kasih buat member kilang aku, Amirul yang mengkhabarkan pasal ustaz ni.


Nota kaki :

Don (given name), a short form of the masculine given name Donald in English, also a masculine given name in Irish

Don (honorific), a Spanish, Portuguese and Italian title, given as a mark of respect

Don, a crime boss

.

2 comments:

  1. salam..sy kawan kpd salah satu family ustaz don ni. actually panggilan 'don' tu ada pada semua anak lelaki keluarga dorg, dan pmpuan plak diletakkan nama 'dona' di dpn nama mereka. katanya,tu mmg permintaan datuk dorg so senang nak tau keturunan family..=)

    ReplyDelete
  2. Wassalam, Roxy..owh, terima kasih untuk info tersebut..baguih jugak kaedah macam tu

    ReplyDelete