Mengimbas kembali peristiwa tahun 1993, benda yang sama terjadi pada aku dan saudara mara yang lain.Hampir semuanya akan pulang dan berkumpul di kampung. Semuanya gembira dan bersyukur apabila tokwan dan opah selamat dan ceria sekembalinya dari Mekah.
Waktu itu apa yang aku tahu, Mekah hanyalah kota yang mempunyai bangunan berupa kotak hitam besar dan ada orang ramai disitu. Banyak orang pakai baju putih. Tujuan kesana aku tahu dan ambil pot, sebab darjah satu dulu ada belajar pasal rukun Islam.
Nak tahu pengalaman opah dan tokwan disana aku dan saudara mara seusia lain tak ambil pot sangat. Itu urusan orang tua-tua. Ini semua akibat penangan onde-onde dari opah dan tok wan untuk kami.Bukan kami tak suka hadiah jubah, sejadah, tasbih dan kepiah dari opah dan tok wan; tapi kami masa tu lebih teruja dengan benda lah ni (sebab faktor usia).
Terima kasih opah dan tok wan bagi benda alah ni. Lagi satu nak minta maaf banyak-banyak sebab onde-onde yang satu lagi yang dapat yakni 'yoyo berlampu' dah menemui ajalnya selang seminggu selepas kepulangan opah. Aku dah campak kemana benda ni pun taktau.
Melihat panorama dan keindahan Mekah dan Madinah melalui 'Viewmaster'. Semestinya buatan China !
.
No comments:
Post a Comment