Hari Karbala di Iraq
Sebelum ni aku ada tulis pasal kelebihan puasa pada 10 Muharram; seperti yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Tapi berbeza pulak kepada penganut ajaran Islam Syiah. Aku pun tak berapa pasti tentang aqidah pengikut ajaran Syiah ni. Terlalu banyak untuk dihurai dan dijelaskan. Apa yang aku pasti ialah ketaksuban mereka terhadap Saiyidina Ali dan anaknya (cucu Rasulullah S.A.W). Ketaksuban yang melampau ini mendorong kepada penolakan terhadap ketiga-tiga sahabat Rasulullah yang lain; yang juga merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yakni Saiyidina Abu Bakar r.a,Saiyidina Umar Al Khattab r.a dan Saiyidina Uthman Al Affan r.a.
Pengikut ajaran Syiah akan meraikan 10 Muharram dengan memperingati tragedi Karbala. Karbala adalah satu tempat di Iraq. Peristiwa Karbala ni adalah untuk memperingati terbunuhnya cucu Nabi Muhammad SAW, Imam Husein bin Ali, di Karbala, Iraq. Tragedi itu terjadi pada 10 Muharram 61 Hijrah bertepatan dengan 10 Oktober 680 Masehi. Pembunuhan ini berlaku ketika kerajaan Islam dibawah pemerintahan Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan.
Bagi aku, tragedi ni merupakan 'bagai menambah garam terhadap luka' kepada perpecahan umat Islam yang telah berlaku sebelum ini hinggalah ke zaman sekarang; sehingga wujudnya golongan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga Islam Syiah(yang juga terdiri dari pelbagai pecahan) serta beberapa golongan pecahan lain; umpamanya Khawarij. Tidakkah umat Islam belajar daripada tragedi dua perang sesama Islam yang terjadi sebelum ini, iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin? Namun, ini semuanya adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan juga merupakan ujian kepada hamba-hambaNya.Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang dirancangNya itu.
Ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan komen yang tak senang untuk didengar daripada mereka yang bukan Islam. Aku pun lagi susah dan pening kepala nak terangkan dekat yang bukan Islam kalau depa duk tanya pasal bab-bab ni.
Apa-apapun,berpegang teguhlah dengan apa yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah S.A.W melalui Al Quran dan juga sunnah Rasulullah S.A.W. InsyaAllah selamat di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua mendapat hidayah dan pengampunan daripada Allah SWT. Amin.
.
No comments:
Post a Comment