Tuesday, January 11, 2011

Antara Hanis Zalikha, Elia & NDS

 
          Suatu pagi buta di Malinja,Wangsa Maju....


            Bicara Mapley setelah sampainya aku dan beberapa kenalan sementara menunggu kedatangan air minuman berkisar tentang benda-benda berilmiah. Hasil bacaan majalah kereta di rumah tadi, menyebabkan diskusi mengenai enjin terbawa-bawa sampailah ke Malinja ni. Shafril dan Aizad puas duk menyembang dengan aku tentang beza enjin 'rotary' ciptaan Pakcik Wankel, enjin 'horizontal' dan juga enjin biasa. Biasalah, aku agak lampi dalam hal-hal sebegini.Maklumlah, kurang berminat dan bukan bidang aku sama. Dulu time belajar aku pernah buat 'Stirling engine', tapi haram tak menjadi. Mungkin itu penyebabnya.


         Hasil 'google' tadi, aku terai 'recall' balik cabaran yang diperlukan oleh seseorang yang ingin mempunyai kereta berenjinkan 'rotary' seperti Mazda RX8,
They typically consume more fuel than a piston engine because the thermodynamic efficiency of the engine is reduced by the long combustion-chamber shape and low compression ratio.
(Sumber HowStuffWorks)


           Redong dengan Aseng senyap je mata melilau tengok orang queue tunggu nak order Char Keow Teow. Ceh, kat Kulim punya la bersepah orang jual,sedap-sedap pulak tu. Sembang punya sembang, Tejo pulak bagi iklan. Katanya nampak sorang awek ni macam Lisa Surihani dengan balak dia duduk dekat meja hujung. Terhenti seketika perbualan ilmiah yang sedang berlangsung tadi.
          
           Aku  : Lisa Surihani who??? (tanya aku dengan muka 'innocent')
           Tejo : cehh..buat-buat tak kenal pulak. Tu haa..muka persis Lisa Surirumah tu

Shafril, Redong, Aseng dan Aizad serentak memaling muka ke arah awek persis Lisa Surirumah tersebut. Sambung balik.

          Aku  : owh..em, ada la sikit -sikit. Tang pipi kut. (jawab aku sambil membelai pipi sendiri)
          Tejo :  Ni tak 'hot' lagi, Hanis Zalikha paling terbaek sekarang.
          Redong, Aizad, Aseng, Shafril : Owh, Hanis Zalikha. Tu memang la terbaik !!!
          Tejo : Ni lagi terbaik dari Lisa Surihani dan awek Khairul Fahmi, Elia.
         Aku  : Siapa pulak la Hanis Zalikha ni. Elia aku kenal la, awek Khairul Fahmi a.k.a Apek. Dia  
                    ada blog.
         Tejo : Ceh, ko ni tak up-to-date la, Hanis Zalikha. Gadis paling hot dekat Malaya sekarang.


           Naharem. Siapa Hanis Zalikha ni aku memang tak tahu-menahu langsung. Apa ada hal. Tak 'effect' pun hidup aku. Balik rumah baru aku tau. Hak tuih, ceh ini rupanya Hanis Zalikha. Mak aku lagi cun.

          Apa yang best sangat la depa ni, aku pun tak tau la. Yang aku tau, yang paling terbaik dan yang paling cun kat dunia ni semestinyalah, the one & only Siti Mariam. Cun woo. Sorry na cik pentunang tersayang, kamu pun 'champion' sebenarnya. My other half mestilah yang terbaik. Apalah sangat gadis -gadis di atas berbanding dengan kamu semua.


p/s :  " Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu beringat." [ Al-A'raaf, 26 ]

2 comments:

  1. betul tu tuan punya blog...
    muka cantik tp x tutup aurat pun x guna...
    kalau Allah nak tarik kecantikan tu sekelip mata je...
    Allahualam...

    ReplyDelete
  2. Setepet-setepet kena. Haha

    ReplyDelete