Wednesday, January 26, 2011

Raya Cina dah nak dekat

    

          Keadaan opis yang dahulunya suram dan hambar kini makin ceria dengan hiasan -hiasan warna merah dan kertas -kertas atas siling. Baru  semangat nak kerja macam ni. Mood kerja aku 'up' 300%, disuntik pula dengan inisiatif cuti yang bakal dapat tak lama lagi.


          Bukannya apa, sebenarnya raya Cina dah nak dekat. Mengelilingi sudut ja lagi ni (around the corner). Dulu aku dapat buah limau Mandarin 3 bijik, tahun ni aku tak tau lagi dapat apa. Bagus jugak dapat buah limau Mandarin ni, dapat jugak la aku banyakkan kandungan vitamin C dalam badan aku ni. Mana cukup duit nak ambik 'supplement' ni, aku bukannya kaya macam Rosmah.


        Ada benda lagi besar dalam beberapa hari yang mendatang ni. Mak bapak aku akan buat lawatan ke rumah cik pentunang. Yang pasti , lawatan ni bukan lawatan sambil belajar  ataupun nak bincang pasal bisnes juta -juta, MLM suatu amalan mulia, ataupun pasal keputusan Piala Asia 2011. OK, aku pikir nak gunting rambut, trim misai dan buat rawatan spa sebagai persediaan. Kasi kacak sikit. Tunggu....


Mercu tanda destinasi cuti raya Cina mak dan bapak aku nanti.




Photo credit: http://4.bp.blogspot.com/_mvTD6EBSDug/TQYf6Fp0guI/AAAAAAAAAD4/k76aME76tYE/s1600/dsc04791fp5.jpg

No comments:

Post a Comment