Loading...

Friday, January 7, 2011

Lawatan ke kedai emas

      
           Semalam Ramli bersama murid-murid kelas 2 Mawar  pergi melawat ke sebuah kedai emas untuk melihat cara-cara pemprosesan emas, daripada melombong bijih emas, hinggalah ke pengukiran barangan-barangan emas.

        
           Itu cerita orang lain yang tak berkaitan dengan hidup aku. Semalam, ditemani 3 orang gadis cantik, ala Charlie's Angels, aku berpeluang pergi ke sebuah kedai emas di Bandar Perda, Penang untuk pernikahan aku. 3 gadis cantik itu yang dimaksudkan ialah bakal mak mertua aku, bakal kak ipar aku dan juga bakal isteri aku (yang tercinta). Maap makcik, melabel makcik sebagai 'gadis', namun nawaitu hanya untuk bergurau senda dan juga berharap makcik tetap sihat walafiat seperti gadis muda.


Salah satu lokasi filem Austin Power, "Goldmember"


          Kitorang pergi membeli emas di Kedai Emas Anuar. Memang kedai emas ni 'offer' harga yang berpatutan dan juga layanan yang cukup mesra alam. Harga emas semasa jenis 916 pada hari itu ialah RM136 per gram. Yang lain tu aku dah lupa. Sampai-sampai je kedai tu diorang dah nak tutup, tapi 'maybe' muka kami 'familiar' dan pernah berkunjung ke situ beberapa kali, depa layan juga. Syukur.


          Balik dari kedai, kami pergi Jusco Perda pulak. Kebetulan, Kak Nin puasa, dia nak berbuka di situ ja. Kami dinner dekat Black Canyon. Pergh, sedap jugak. Licin kami makan. Dinner malam tu dilengkapi bersama pakej 'ceramah perdana' oleh yang berbahagia Ustazah Hajah Maimunah. Terima kasih banyak-banyak atas nasihat yang puan berikan.


         Terima kasih cik pentunang tercinta sebab belanja kami. Esok-esok aku belanja pulak na. Nahaaiii.

No comments:

Post a Comment