Friday, December 27, 2013

Untuk 2014

Dipetik daripada laman sosial fesbuk aku;

"Azam gua sempena tahun 2014 ini mudah aja.

Pertama, nak mengekalkan saiz pinggang 28 inci tahap atlet ni.
Kedua, nak jadi insan yang lebih mithali.
Ketiga, nak settelkan azam tertunggak yang tak dibuat-buat lagi dari tahun-tahun sudah.

Mudah-mudahan diberi petunjuk."

******

" Hajatnya, semoga tahun baru 2014 ini akan coba untuk mengurangkan tumpuan terhadap 5M dan lebih fokus terhadap 5M yang lain.

-Yang hendak dikurangkan (menonton):
Melodi
MeleTOP
Muzik-muzik
Maharaja lawak
Macam-macam Aznil

-Yang hendak dilebihkan (lakukan):
Membaca
Menulis
Mengira
Mengkaji
Menganalisa

Semoga gua berjaya."

Tuesday, December 17, 2013

Pertunangan adik

Adelia dan aku sedang bertungkus lumus membersihkan apa yang patut;demi menjayakan majlis pertunangan.


              Minggu lepas, adik perempuan aku yang kurang setahun umur dia daripada aku, bertunang. Sebagai seorang yang mempunyai naluri keabangan yang cukup tinggi, aku tumpang gembira dengan benda ni. Gembira tu ada, macam nak sedih pun ada. 

            Adik yang aku rapat masa kami kecik-kecik dahulu, dah bertunang. Rasa macam tak percaya yang kami dah lalui benda-benda ni semua. 

           Terima kasih mak, abah, isteri, adik-beradik, opah, saudara-mara, sahabat, teman taulan serta semua yang terlibat dalam majlis bertunang tempoh hari.

            Sebagai seorang abang, apa yang aku harapkan, semoga adik banyakkan bersabar dalam menempuh tempoh pertunangan ini. 

           Semoga Allah S.W.T memberi rahmat dan kemudahan kepada adik dan tunangnya dalam menempuhi kehidupan mendatang. Insya Allah.

Kacak juga aku rupanya. Tahniah, adik!

Wednesday, December 11, 2013

Manchester United yang power dan unggul

           Wahai penyokong dan pendokong kelab bolasepak Manchester United, ingatlah akan kisah orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Semoga kamu beroleh pencerahan dan berfikir. Janganlah gundah gulana dan bermuram durja akan kekalahan serta prestasi tak menentu ini; kerana sinar harapan pastinya akan kunjung tiba kelak.



Notakaki : 'Mood' selepas kekalahan berturut-turut di gelanggang sendiri yakni di Old Trafford kepada Everton dan Newcastle. Posisi ke sembilan di tangga liga.

Tuesday, December 10, 2013

Person of the year 2013

           Berikut adalah sapuloh orang yang telah disenarai pendek untuk dianugerahkan sebagai 'Orang (atau personaliti) bagi tahun 2013, berdasarkan majalah Mastika.

           Ya ampoon. Maaf. Bukan majalah Mastika, tetapi majalah TIME.

1) Bashar Assad, President of Syria
2) Jeff Bezos, Amazon Founder
3) Ted Cruz, Texas Senator
4) Miley Cyrus, Singer
5) Pope Francis, Leader of the Catholic Church
6) Barack Obama, President of the United States
7) Hassan Rouhani, President of Iran
8) Kathleen Sebelius, Secretary of Health and Human Services
9) Edward Snowden, N.S.A. Leaker
10) Edith Windsor, Gay rights activist


11) Nur Adelia , Fahmi and Sorfina's sweetheart


           Harap-harap pihak TIME dapat masukkan nama yang berada di nombor 11. Tercicir gamaknya dari senarai calon.


Notakaki : http://poy.time.com/2013/12/09/top-ten-finalists-for-person-of-the-year/

Wednesday, December 4, 2013

Lumba lari di jambatan

           Dua tiga minggu sudah aku ada menyertai pertandingan lumba lari peringkat antarabangsa. Amacam, hebat dan power tak aku? Tak banyak atlet Malaysia yang turut serta dalam lumba lari ni, tahu? Jadi, bukan calang-calang dapat masuk kejohanan lumba lari berprestij ni.

           Disebabkan aku hanya bidan terjun dalam lumba lari ni (hanya menggantikan tempat adik perempuan aku- yang pada minit-minit akhir terpaksa untuk tidak dapat turut serta), dan pula dapat lencana atau 'badge' kategori wanita terbuka 10km, maka tidak banyak persediaan yang dapat aku buat.

Adalah dalam seminggu sebelum kejohanan lumba lari marathon antarabangsa ini, aku berlari-lari anak di sekitar kawasan kediaman aku- itupun sempot !

            Berbekalkan nasihat dari pesaing,pencabar terdekat aku serta merangkap rakan 'sparring' larian aku, Mo Farah, berikut merupakan antara teknik dan petua marathon yang telah dia ajar dan kabor kepada aku tempoh hari; untuk kategori marathon 10 kilometer. Selamat mencuba.

4 kilometer pertama = lari dengan steady. Pace kena laju dan konsisten.
2 kilometer berikutnya = perlahankan rentak. Minum air yang diberi di tepi jalanan.
2 kilometer berikutnya = percepatkan larian dengan tenaga yang ada. Baca apa yang patut dalam hati.
2 kilometer terakhir = Pecut-sepecutnya dengan tenaga yang berbaki. Usah hiraukan tanggapan peserta lain.

Bersama saudara mara dan adik perempuan selepas penat berjuang di Kejohanan Marathon Antarabangsa Pulau Pinang. Pelari dari Habsyah (Ethiopia) pun tercungap bai nak kejar kami !

Notakaki :
Rekod dunia marathon 10k =26minit 17saat

Wednesday, November 27, 2013

Amal ibadah

         Ibadah yang dituntut Tuhan kepada setiap hambaNya bukan sekadar tauhid, solat,puasa, zakat dan haji.

         Kutip sampah dari jalanan dan buang sampah ke tempat yang sepatutnya yakni tong sampah, kalau engkau berniat baik untuk tidak mengotorkan alam dan rasa jijik serta mual manusia; demi Tuhan, maka ianya dikira amal ibadah.

         Memetik firman Allah dalam kitab Al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar."
[An-Nisaa : 4:40].


          Amal yang dilakukan uncle tua ini mengingatkan saya tentang kesah Rasulullah yang menyuap makanan kepada gelandangan Yahudi buta semasa berada di Madinah, sehinggalah penghujung hayat Baginda.

Semoga bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah. 

Monday, November 25, 2013

Rome dan kemanusiaan

          Paksu Yusof aku, a.k.a Paksucop,merangkap adik mak aku, baru-baru lepas, ada urusan kerja di Italy. Banyak gambaq dia kongsikan di kota Rome dan beberapa lagi kota di sana. Syok tengok gambaq-gambaq dia tangkap. Maklumlah, bekas wartawan akhbar The Star, zaman 90an dan awal 2000an dulu.

         The dark side of Rome. This lady, child on his arm, got into the train and begged for money loud. Nobody bothered to raise an eyelid. System failure certainly is a global disease.

Tangisan dalam keretapi di Italy. Gambar ihsan fesbuk Paksu.

Beberapa komentar untuk dikongsikan tentang gambar di atas:

Hamisah Zaherah : "System Failure," I like the term and yes, that sure is a global disease. While you complaint of how bad we (i.e ppl from Bangi ) were when it comes to treating beggars, yet I think it was worst there kan? At least here in Bangi, while we were not happy having kids going around asking for donation from Islamic School that doesn't seems to exist yet, some of us (kak hang ni for example) still would give at least RM2.

Abdul Malik Abd Ghani : boleh la jadi penanda aras utk malaya...

Nor Akmal Mohd Salleh : Hang paham ke beggar tu kecek gapo and I'm very sure org tu tak kecek omputih.

Mohd Fahmi Ismail : Mungkin local people tau itu scam atau tactic sindiket di sana.dilakukan oleh imigran dari eropah timur,atau dari negara bekas soviet?

Jy Kraska :The locals can't give all the time - it's too common. Besides, a citizen would get social security help, not beg in public.

Abu Safian Adnan : Yes....almost every corner of the streets.

Alden Yap : Scam This is sob story. Others sell you roses.

Norhayati Saad  :  The lady looks more like gypsies - 'real' European don't like them ... As they don't like some Asian too ... two yrs ago when I was in Paris when we asked for direction a 'lady' said ' I m so sorry I don't speak English ' .... In a very fluent English dialect .... What can u say ?

Alaudin Shahidan : A very good photo Ucop...and story...Reminds me of national geographic mag.

Romeizan Radzi :  Norhayati Saad,Yusof Ghani, confirmed gypsies. Hundred meters from my home pun ada. She plays accordian in front of the supermarket. As Fahmi said, it is kind of syndicate. Currently, Holland is bombarded by pickpocketers from Bulgaria pulak. One day before a big event or celebration in Amsterdam, dia orang hantar satu bas datang to pick pocket.

Yusof Ghani : Gosh! I really don't feel safe in Rome and in Paris. I'm in paris now, leaving tomorrow. Alhamdulillah, nothing happens tapi really had to be extra careful. Ramainya org kulit hitam following you to sell souvenirs.

Yusof Ghani : Alaudin Shahidan,nak bawa kamera pun takut so pakai hp.

Yati Ahmad : Memangla europe is not safe Yusof Ghani....even kat london pun banyak penyangak...pick pocket dh jadi proffession dia org..dlm train pun have to extra careful..

Tuesday, November 19, 2013

Villa Nabila

Benda-benda Villa Nabila ni patut serahkan saja pada Uncle Seekers.

Bior je dia dengan ahli pasokan dia selesaikan.

Satu lagi, Uncle ni dah keluar penjara ke belom?"

Tuesday, November 12, 2013

Anjing bikin panas

Gua tengah lepak-lepak. Dalam kilang ada mini pantri dan pekena nescafe sechawan.

Member sekerja gua dari Vietnam bertanya, "Yesterday, i saw a food stall selling a dog meat burger; nearby the street of my hotel.

"Really? Did you order one?", balas gua. Saja layan dia sembang.

"I've never taste dog meat. Malaysian burger stall is cool."

"Ok.Tomorrow or tonight,please go again to the stall and order one. Dont forget to ask what really it is."


Notakaki: Sama-samalah kita berhijrah dari penggunaan istilah Hot Dog ke Sosej ayam.

Wednesday, November 6, 2013

Bison dan Adelia

Suatu hari di pagi Aidil Adha yang lepas, di Yellowstone Park.

Gambar kenang-kenangan Adelia bersama bison belaan beliau. Belum cukup haul untuk dikorbankan.


p/s: Kucar-kacir juga nak guna Microsoft Paint buat benda ni.

Saturday, November 2, 2013

Pekerja warga asing


          Disebabkan beberapa minggu ni heboh dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang pak gad atau lebih senang dipanggil 'jaga bank', makanya aku dengan masa senggang yang ada cuba untuk melayari laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA.

           Aku cuba perati ruangan pengambilan pekerja warga asing. Mana tahu, berguna nanti.Pengambilan pekerja warga asing di Malaysia diluluskan untuk beberapa sektor :

perkilangan
perladangan
pertanian
pembinaan
sektor perkhidmatan



            Melihat kepada senarai warganegara yang terlibat, saya berpendapat bahawa warga Bangladesh telah tiada dalam senarai warga asing untuk pengambilan pekerja dalam semua sektor diatas.

Levi disini bukan bermaksud anak kepada Yaakub A.S; berdasarkan kitab Genesis (Book of Genesis), tapi 'Levy' bermaksud, "an amount of money that must be paid and that is collected by a government or other authority".

Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Malaysia Investment Development Authority); MIDA.

Tuesday, October 29, 2013

Permainan

Di suatu petang yang redup,

"Wahai anak, ayah tengok kamu ni asyik bermain game telefon pintar sahaja. Lepas bosan,kamu bermain dengan PS10 atau Kotak X kamu. Pergilah bermain di luar.

Pergilah hirup udara segar dan hayati alam ciptaan Tuhan ini. Bermain layang- layang, contohnya."

Anak diam sebentar. Jari-jemarinya yang tadinya asyik menekan punat-punat alat mainannya itu lantas diperlahankan dan beberapa saat kemudian, permainan diberhentikan sementara.Wajahnya kini memandang tepat ke arah wajah ayahnya. Mukanya tersenyum nakal.

"Alah, ayah ni. Dulu ayah pun main game telefon juga. Mama cerita Ayah giat dan asyik bermain 'Space impact' di telefon Nokia 3310 ayah sehingga lupa makan nasi. Semuanya demi mendapat high score dan ingin menunjuk kepada rakan taulan."

Wednesday, October 23, 2013

Kisah dari Al Baqarah (Sapi betina)

            Kisah orang-orang yang terdahulu dalam surah Sapi betina (Al Baqarah):

1)Kisah penciptaan Adam.
2)Kisah Adam diturunkan ke bumi,bersama isterinya.
3)Kisah Bani Israel dan Musa
4)Kisah hari Sabtu (sabbath)
5)Kisah sapi betina,Bani Israel dan mukjizat Musa.
6)Kisah Ibrahim mengenal Allah;Tuhan pencipta alam dan dialog Ibrahim dengan Tuhan.
7)Kisah Harut dan Marut.
8)beberapa kisah dan peristiwa pada zaman Rasulullah (Muhamad).
9)Kisah Raja Thalut, Jalut (Goliath) dan Daud (David).
10)Kisah Ibrahim dan raja Namrud (Nimrod).

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran darinya.InsyaAllah.

Monday, October 21, 2013

Kota Paris

           Seingat aku, seingat aku-lah; dari ingatan aku yang tak seberapa ni, aku mula mendengar perkataan Paris dari dua sumber. Semasa kecil, lebih kurang umur 5 ke 6 tahun.
         Pertama, dari kaca televisyen. Dulu tahun 80an, saluran televisyen yang dikepalai RTM dan TV3,selalu menyiarkan iklan jenama Dunhill. Justeru, adalah dinyatakan di dalam iklan tersebut ; Dunhill - London, Paris, New York.
         Kedua, dari filem Hindustan. An Evening in Paris. Mak pernah tengok cerita tu dan aku pun boleh menyanyikan lagu tu sikit-sikit masa kecil. Aku tanya, " Mak, cerita Hindustan, tapi kenapa orang-orang India dalam cerita ni kulit putih-putih?"

Mak aku tak jawap sambil buat 'shhh' dengan jari di bibir. Nak konsentret dengan cerita tu gamaknya.

Masa iklan, mak jawap "Orang India tu bukan semua gelap. Yang ni mungkin tok dia kahwin dengan orang putih."

Simple dan padu. Sebagai seorang budak berusia 5 atau 6 tahun, benda tu cukup membuatkan otak aku semakin ligat untuk tahu dan lebih berfikir.

******
 
           Masa main fesbuk semalam, nampak gambar kota Paris yang diambil dari udara. Gambar memfokuskan salah satu monumen ikon kota Paris, Arc de Triomphe. Sorfina, selaku orang yang pernah berkunjung ke sana, menggambarkan betapa seronoknya apabila berada di kota Paris dengan struktur dan senibinanya yang menawan dan memukau. Termasuklah Arc ni.

Lepas tu, bini aku cakap yang kat kota Paris ni, depa punya 'underground station' -stesen keretapi bawah tanah mereka, baunya amat pekat dan kowlat. Bau hancing merata-rata.

Gamaknya, orang Paris mabuk suka memancut merata-rata di stesen keretapi bawah tanah.


Notakaki:
Pandangan udara Arc de Triomphe yang terletak di kota Paris

           Arc de Triomphe adalah salah satu monumen terkenal di Paris dan dibina semasa pemerintahan Napoleon.Ia berdiri di tengah Place Charles de Gaulle,di bahagian hujung barat Champs-Elysees.Arc de Triomphe atau dalam bahasa Inggeris,"Triumphal Arch";dibina bagi menghormati mereka yang berjuang dan terkorban demi Perancis semasa Revolusi Perancis dan Perang Napoleon, dengan nama semua kemenangan Perancis dan jeneral tertulis pada permukaan bahagian dalam dan luarnya.
           Di bawah pintu gerbang ini juga terdapat kubur beberapa perajurit yang tidak dapat dikenalpasti semasa Perang Dunia pertama.

     
Kota Paris -pandangan dari udara


Friday, October 11, 2013

Al Kahfi -Gua

Kesah orang-orang yang terdahulu di dalam al-Kahfi [Surah ke 18 Al-Quran]

1. Kesah pemuda gua [The youth of the cave/ Sleepers of Ephesus] : Ayat 9-26
2. Kesah 2 lelaki bersama kebun/ladang milik mereka : Ayat 32-43
3. Kesah Nabi Musa dan Nabi Khidir : Ayat 60- 82
4. Kesah pemerintah bernama Dzulqarnain : Ayat 83-98

Grafik ihsan IKRAM

Thursday, October 10, 2013

Cabul

           Bangang punya pesakit. Dah sakit tu, buat lah cara sakit. Insaf ka, belejar ilmu kedoktoran ka, tulis wasiat ka atau lain-lain. Ini tidak. Ada ka patut duk mencabul jururawat. Apa punya turr.
         
           Bab-bab cabul ni, kalaulah dengan mata pun dikira mencabul, rasa-rasanya ramai yang kena dakwa.

           Gamaknya, aku pun boleh kena dakwa.

Ihsan dari Sinar Harian

Monday, October 7, 2013

Adelia dan alahan

Sudah tertidur kepenatan setelah bermalam tidak tidur dengan selesa akibat kegatalan dan aktiviti menggaru.

           Adelia telah diserang alahan sejak lewat malam Ahad 29 September lepas dan alhamdulillah, telah selamat untuk dikeluarkan dari wad Paedratik pada jam 6.30 petang, Rabu 2 Oktober.

Dipetik dari laman fesbuk aku;

Nur Adelia mengalami alahan (allergic) dan kegatalan pada kulit seluruh badan, dan berkemungkinan ianya ialah alahan terhadap suntikan DTaP/IPV/Hib , pada usia 18 bulan. Doktor telah memberikan suntikan pengurangan alahan, namun ianya tidak berkesan dan membuat keputusan untuk menyuntik adrenalin sebanyak 3 kali untuk menghilangkan kesan alahan.

Suntikan dilakukan dan kesan alahan mula menunjukkan pengurangan.Ubat pengurangan alahan (minum) juga diambil. Namun, selang beberapa jam, alahan kembali; dipercayai berpunca dari ubat minum (ubat untuk pengurangan alahan).

Para doktor telah melihat perkembangan ini sebagai suatu kes yang unik, kerana mengikut ilmu kedoktoran mereka, allergic akan hilang/pulih/berkurangan apabila ubat anti allergic,termasuk suntikan telah diberikan kepada pesakit. Namun, semua ini adalah terserah kepada Allah S.W.T untuk menentukan.

Pihak doktor telah membuat keputusan untuk memberhentikan pemberian ubat kepada pesakit (Adelia) buat sementara waktu dan pada masa yang sama, untuk meneruskan penggunaan ubat cecair Calamine kepada Adelia secara sapuan ke kulit.

Sekian laporan saya untuk hari ini.

Thursday, September 19, 2013

Joyeux anniversaire,Fahmi !

Dipetik dari status fesbuk aku ;

"Ayoh semua.
Pertandingan ucapan 'Selamat Hari lahir kepada saya' akan ditutup pada jam 11.59 malam ini.
Peserta yang menghantar ucapan 'Selamat Hari lahir kepada saya' yang paling kreatif,jitu dan solid, bakal menerima hadiah misteri daripada pihak penganjur.
Jangan lupa ya. Panjang ucapan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan."

Setakat ni tiada pemenang lagi yang berjaya ditemui. Hangpa boleh cuba lagi.

******
Dipetik dari status fesbuk aku lagi;

"Malam tadi ada 2 orang wanita telefon gua.Mereka dengan mesranya ucap 'Selamat hari lahir' kepada gua.

Gua tersenyum sambil terharu.

Diakhir bicara,gua cakap 'I love you';dengan nada yang manja.

Bini gua steady aje."

******

Mak aku kabor nak telefon pukul 4.20 pagi semalam, tapi dia tak berapa nak larat. Justeru, dia telefon aku pada malamnya pula.

Mak mertua aku pun telefon pada malam yang sama juga. Pergh..Bahagia betul rasa dia habaq hang.

******

Terima kasih kepada mak dan abah, mak mertua (serta bapak mertua yang tidak pernah aku temui, semoga tenang di alam sana), Sorfina, adik beradik, keluarga ipar duai serta seluruh ahli keluarga arwah Yusof dan arwah Abdul Ghani, juga tidak lupa kepada para sahabat serta rakan taulan, guru-guru, dan juga kenalan lain; sepanjang kehidupan aku ini.

Jasa baik kalian tidak terbalas dan selayaknya diberi ganjaran yang baik dari Allah S.W.T. Amin.

Monday, September 9, 2013

Harga barang

         Semalam aku dan keluarga kecil aku bertandang ke ekspo sempena majlis konvokesyen Politeknik Seberang Perai untuk mengambil adik ipar. Manakala kakak ipar aku pula sibuk menguruskan hal-hal konvokesyen dan ekspo. Wartawan dari Sinar Harian turut membuat liputan dan akhbar Sinar Harian juga menaja sejumlah surat khabar tabloid kepada pengunjung ekspo dan majlis konvokesyen tersebut.

       Sedang syok menunggu apa yang patut, aku capai surat khabar Sinar Harian.

        Mengikut prinsip dan pegangan hidup aku, surat khabar perlu dibaca dari muka belakang dan ini telah diamalkan oleh aku semenjak pandai membaca surat khabar.

        Akhirnya, aku sampai kepada satu muka surat, ruangan kolumnis. Tajuknya berbunyi " Harga barang ketetapan Allah".

        Lepas tu aku tepuk dahi.

       Aku cuba pikir apa perasaan orang-orang kapir, orang beragama Buddha, Hindu, Atheis, Zoroastrian, Sciencetology, penyembah bulan dan apa bana lagi. Apakah depa akan pandang serong kepada Allah S.W.T?

Rumusan kenaikan harga minyak di Malaysia pada September 2013. Ihsan laman fesbuk Rafizi Ramli.

Friday, September 6, 2013

Thriller

Dicedok dari laman fesbuk aku :

" Benda saspens yang gua lalui hari ni adalah ketika masuk tandas awam sebentar tadi.

Semua tandas penuh, gua perati. Nasib baik. Tinggal satu yang kosong dekat hujung.Tandas duduk.

Dan penutup tandas itu tertutup rapat. Penuh misteri.

Saspens juga masa nak buka penutup tandas tersebut. Gua dah standby macam-macam sebelum nak buka penutup tu sambil baca Bismillah.(dalam hati). Debor woi.

******
Lega tak ada apa-apa yang berlaku.

Clear.

Tuesday, September 3, 2013

Beli kuda

          Semalam Perdana Menteri tersayang kita semua, Ah Jib Gor mengumumkan penurunan subsidi minyak sebanyak dua kupang,dalam bahasa Kedah ataupun dua puluh sen dalam bahasa Kolumpo. Yeeeehoooo. Subsidi turun woi. Ahh? Maaf. Apa dia,tolong ulang sekali lagi?

          Pengumuman penurunan subsidi minyak semalam tu dalam bahasa terhormat. Bahasa yang hangpa nak mudah faham, mudah. Harga minyak naik. Namun, syukurlah. Malaysia masih aman. Hangpa kena ingat tu baik-baik.

          Aku syak ni semua propaganda perang punya pasal. Amerika sibuk nak berperang dengan Syria, kita yang kena impaknya sekali, nampak? Syria tu negara pengeksport minyak. Hangpa kena tahu tu. Satu lagi yang Najib habaq ialah kenaikan harga minyak kali ni adalah untuk mencapai defisit fiskal yang disasarkan yakni sebanyak 3 peratus berbanding KDNK. Defisit fiskal ni bahasa ekonomi. Defisit fiskal ni macam lebihan pengeluaran berbanding pendapatan atau bahasa mudahnya, tanggungan hutang la lebih kurang.

         Aku, Sorfina dan Adelia pulak kebetulan dalam perjalanan pulang ke Kulim dari Farmer's River, Kedah. Farmer's River tu nama sebelum merdeka. Orang putih yang bagi. Syukur Alhamdulillah. Selepas merdeka depa tukaq jadi Sungai Petani. Kami perati perjalanan kami tak lancar seperti biasa kerana jem ya robbi.Dia punya jem macam cerita '2012'. Semua pakat duk kerumun stesen minyak.

          Namun, kami tiga beranak tetap tenang dan tidak mudah mengalah dengan situasi minyak ni. Dengan kadar segera, aku capai telefon bimbit canggih aku, Nokia model 1208, tekan beberapa punat yang tersedia dan panggilan terus disambungkan kepada beberapa kenalan aku di Mongolia, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Australia. Untuk pengetahuan hangpa semua, mereka semuanya adalah penternak kuda yang berjaya.

         Jaga-jaga semua. Kami semua nak beli kuda ni. Maklumlah, harga minyak naik. Setelah usul dan perbincangan dilakukan, kami sebulat suara tekad untuk membeli beberapa ekor kuda Arab,dek kerana mempunyai baka yang berstamina serta kebolehan ketahanan semula jadi.

         Masalah parking usah risau. Kami dah pikir siap-siap. Kuda-kuda kami akan diletakkan di halaman rumah bersama-sama dengan kereta mewah kami yang sedia ada. Terima kasih kerajaan BN. Sayang sangat kat hangpa.
       

Friday, August 30, 2013

Kisah dalam surah Al Kahfi

          Kesah orang-orang yang terdahulu di dalam al-Kahfi [Surah ke 18 Al-Quran] :

1. Kesah pemuda gua [The youth of the cave/ Sleepers of Ephesus] : Ayat 9-26
2. Kesah 2 lelaki bersama kebun/ladang milik mereka : Ayat 32-43
3. Kesah Nabi Musa dan Nabi Khidir : Ayat 60- 82
4. Kesah pemerintah bernama Dzulqarnain : Ayat 83-98

Tuesday, August 27, 2013

Merdeka 56

            Semalam aku puasa enam. Apamacam, alim tak? Ke guane. Sajalah nak kabor dalam blog ni. Lu orang jangan ingat gua nak poyo dan bajet alim ulama pula. Nak bagi motivasi saja woi. Maghrib semalam lepas pekena makan nasi, aku ditugaskan untuk membeli makan malam kepada kaum keluarga tersayang. Mak dan adik ipar aku mai rumah dan mereka sebenarnya kurang sihat.

           Urusan membeli capati di Abang E Capati cawangan bandaraya metropolis Kulim mendapat perhatian Nur Adelia. Menangis-nangis dia nak ikut aku. Sorfina pula tak larat nak keluar rumah sebab pening. Makanya, pergilah aku bersama Adelia sebagai peneman. Nasib baik budak ni senang nak di'handle' dalam kereta dan sepanjang perjalanan.

           Urusan beli capati selesai. Sampai aja di rumah, aku berpeluang melabuhkan punggung solid aku ke atas kerusi empuk di laman tamu rumah. Indah betul perasaan aku masa tu. Nak layan cerita di TV kali ni. Capai remote Astro, tekan punat yang sesuai dan akhirnya ada cerita 'Sarjan Hassan'.

           Hmmm. Baguih la. Sempena bulan kemerdekaan ni; walaupun ada saorang professor pernah berkata yang negara kita tak pernah dijajah, cerita-cerita macam ni memang akan ditayangkan. Aku syak tak lama muncul lah di kaca TV cerita macam 'Tanda Putera' ka, '1957 Hati Malaya' ka, 'Leftenan Adnan' ka, 'Bukit Kepong' ka ataupun 'Prebet Badul'.

            Ada masa hari tu, aku ada buat logo kemerdekaan bersempena dengan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu yang ke 56. Hangpa jangan ingat aku buat atas dasar telunjuk Rais Yatim pula na. Dia dah tak jadi Menteri Kebudayaan dan Warisan woi. Dia sekarang sedang sibuk jadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Power betul wa cakap lu.

           Selamat hari merdeka, semua. Ingat, kita ni masih lagi jadi hamba apa-apapun.

           Hamba Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Esa.

Lu orang jangan main-main. Gua buat logo ni guna perisian paling power di muka bumi; -'Paint'.
         

Friday, August 23, 2013

Ultras SAS

        Baru tadi aku duk terbuka laman fesbuk bekas sekolah aku. Tersenyum jugak aku tadi seorang diri depan komputer.

        Semangat betul aku perati budak-budak sekarang ni dalam menyokong sesuatu. Aku syak yang duk terenjut-renjut kat barisan hadapan tu sambil menghadap budak-budak lain adalah para senior. Yang junior pulak, makin kuat melompat dan makin kuat bersuara, akan semakin disayangi oleh para senior.

        Rasa macam nak bagi stalight sorang-sorang pun ada ni.

https://www.facebook.com/photo.php?v=651479098196269#!/photo.php?v=651479098196269&set=vb.210368405663308&type=2&theater

Wednesday, August 21, 2013

Hantu lapar

         Bekerja di kilang ni memang best, wa cakap lu. Macam-macam orang dan ragam hangpa boleh jumpa. Member-member kilang juga ramai, ada Melayu, Cina, India, Nepal, Vietnam, Jawa, Banjar, Pakistan, Costa Rica, Filipina, Amerika, Republik Rakyat China dan pelbagai lagi.

         Hari ni bos aku ambil cuti. Cuti yang telah dirancangkan seawalnya. Beberapa orang member kerja kilang aku yang berbangsa Tionghua dan beragama Buddha juga ramai yang akan ambil cuti untuk meraikan sesuatu.

" Aa, LianHwa ah, why our boss take leave ah tomorrow? Do you know?"

" Sorry i don't know. Maybe she want to celebrate with her family.."

"What celebration?" balas aku.

" Have you heard the Zhong Yuan festival? Itu hantu lapar punya event?"

"Owh...haa...tau-tau. I thought itu hantu lapar Chap Goh Meh punya. Main mercun banyak-banyak punya kasi halau itu ghost..."

"oh, no laa...Itu Chap Goh Meh festival the one you throw away mandarin orange to the sea. Mau dapat jodoh punya."

            Ya, perayaan 'Hantu Lapar'. Aku pernah tahu, tapi tak secara mendalam. Artikel di bawah ni aku ambil dari laman fesbuk "Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)". Semoga bermanfaat.

******

            Perayaan Zhong Yuan merupakan perayaan yang disambut oleh kalangan penganut agama Buddha & Tao pada seluruh bulan 7 dalam kalendar lunar Tionghua, dengan hari ke-15 (hari ini) sebagai kemuncak perayaan ini. Mulai hari pertama, adalah dipercayai bahawa pintu neraka akan terbuka luas supaya roh dan hantu boleh keluar ke dunia ini untuk menjamu makanan manusia.

           Pelita-pelita, lilin, dan batang-batang colok yang dinyalakan bertujuan sebagai tanda upacara sedang dijalankan dan untuk mengajak roh & hantu. "Wang kertas Neraka" dibakar sebagai keperluan belanja mereka. Dalam masa yang sama, makanan berupa nasi, biskut, dan minuman disediakan untuk makhluk ghaib yang telah lama kelaparan dalam neraka. Hantu-hantu ini terdiri daripada roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia, roh hantu yang tiada tempat bergantung semasa hidup, dan hantu yang mati terseksa sebelum mati. Dengan melakukan permujaan ini, para penganut berharap roh-roh ini mendapat ketenangan dan tidak menganggu mereka yang masih hidup.

           Walaupun perayaan ini kelihatan menakutkan, asal-usulnya sebenarnya adalah sebaliknya kerana ia lebih menjurus kepada kebaktian kepada orang tua. Dalam kitab Ullambana Sutra, diceritakan bahawa Gautama Buddha mengajar pengikut setianya Moggallana tentang cara membebaskan roh mendiang ibunya yang telah dilahirkan semula di alam Neraka terendah. Difahamkan bahawa alam di situ sungguh seksa sehinggakan makanan nasi turut bertukar menjadi arang membara. Kesedihan inilah yang menyebabkan Moggallana bertekad untuk mencari jalan penyelesaian. Atas nasihat gurunya Gautama Buddha, beliau pun menderma makanan kepada kira-kira 500 sami-sami supaya ibunya dapat dilahirkan semula (reincarnation) dalam keadaan baik.

            Petikan ini juga mengingatkan kita kepada pentingnya kebaktian kepada kedua ibu bapa yang Rasulullah s.a.w tekankan. Antaranya:

1) Anak soleh solehah mendoakan keampunan Allah kepada arwah ibu bapa.
2) Tingginya kedudukan ibu dalam Islam, sepertimana yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w sebanyak 3 kali "ibu, ibu, ibu" dan "syurga terletak di bawah tapak kakinya."

Diharapkan apa yang disampaikan di sini sebagai pengetahuan umum dapat membantu kita dalam memahami jiran majmuk kita. Sememangnya perayaan ini tiada kaitan dengan Islam, tetapi permahaman terhadap asal-usulnya dapat membantu kita dalam toleransi dan untuk berdakwah membantu Belum-Muslim memahami Islam, sepertimana dalam firman Allah SWT:

"...marilah kita bersama atas kalimat yang serupa, di antara kami dan di antara kamu.."
[Al-Qur'an 3:64]

Akhir sekali, ia juga mengingatkan kita kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
[Al-Quran 17:23]

Monday, August 19, 2013

Member sekolah rendah kahwin

Daaari kiri, cepat jalan....Wawan, Wan, Azwa, Huzaimi, Fatimah, Akmal, Si Kacak, Nur Adelia, dan awek cun yang menikah dengan Si Kacak.

         Benda rare earth macam ni bukan senang mau jumpa habaq hang. Jumpa balik sahabat sekolah rendah SRK Selama, Jalan Menteri dulu woi. Dulu masa sekolah rendah dan tadika sahaja yang ada member lelaki dan perempuan;persekolahan di SAS dulu semuanya warga 'batang',manakala di UMP Gambang dahulu, rakan kelas perempuan aku hanyalah seorang- itupun orang Iban.

        2 dalam 1.Senag cerita.Keduanya member sekolah rendah aku di Selama dulu dan akhirnya menikah jua.

        Semoga berbahagia dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Love till Jannah!

Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri 2013

          Aidilfitri 1434 Hijrah kali ni aku tiga beranak beraya di Sungai Petani,di rumah mertua aku dahulu. Tiada undian digunapakai untuk penentuan berhari-raya di mana dahulu, tapi dengan menggunakan sistem giliran. Chewahh. Dah macam sistem nak pilih Yang diPertuan Agong pulak.

          Hari pertama Syawal tempoh hari, aku dan beberapa ahli keluarga ipar sibuk menimbang berat badan usai solat sunat Aidil Fitri. Berat badan pagi tersebut akan menjadi penanda aras untuk hari-hari berikutnya.
Alhamdulillah, berat aku turun 10 kati dan tampak tegap seperti Gareth Bale pada perlawanan pra musim.

           Selepas bersama-sama keluarga mertua menyambut raya, Sorfina, Nur Adelia dan aku menyambut raya di Selama pula pada 2 Syawal. Mak dan abah aku balik Selama. Tapi kesian juga ke adik bongsu aku Fikri, tak dapat turut balik beraya bersama dek kerana ketiadaan cuti bekerja. Bukan kerja pun, tapi buat praktikal di sebuah hotel di Negeri Sembilan. Apa punya tuurrr. Aku harap Fikri tak nangis dalam bilik sorang-sorang pada 1 Syawal tempohari.

******

          Alhamdulillah. Mak dan abah serta 3 adik aku selamat sampai di Republik Pandan pada pukul 10.30 malam semalam walaupun keadaan trafik agak mencabar. Namun ada berita yang kurang menyenangkan sesampainya di rumah.

          Pintu dapur terbuka dan habis bilik mak abah dan adik aku di tingkat atas kena selongkar dan berkecamuk teruk. Dapat aja berita melalui Whatsapp keluarga (guna telefon Sorfina), aku telefon mak dan abah untuk tanya apa yang patut. Tak mau cakap lebih-lebih. Bagi depa lek lek lu, sak sak kok lu.

         Terkini dari mak aku pagi tadi, polis datang dalam pukul 3 pagi ke rumah selepas laporan dibuat jam 11 malam semalam dan malam buat laporan tu pulak abah aku cakap ada lagi 5 kes samun dan pecah rumah berlaku. Habuan raya. Mak aku siap sempat bergurau sinis dengan abah aku sempena ulangtahun hari lahir abah yang ke 55, semalam- kejutan hari lahir buat abah.

         Setakat ni, tak ada apa-apa kehilangan barang dan duit,walaupun port simpanan duit tu dah berjaya diselongkar;cuma barang-barang sperti baju, buku-buku dan beberapa dokumen diselerakkan.Pelik. Depa ni nak cari apa sebenarnya. Mak dan abah aku meniaga goreng pisang dengan ABC saja woi.

         Tugasan sekarang menanti mak dan abah aku adalah mengemas balik barang-barang yang teruk kena selongkar dan diselerakkan. Ada lagi. Kena perbaik balik 'grill' dapur rumah serta pintu belakang termasuk tingkap 'sliding' dapur yang rosak.

          Semoga segala urusan mak dan abah dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Ingatlah, Allah sedang menguji hamba-hambaNya.

Saturday, August 3, 2013

Isu umat Islam global

Aku bila perati masyarakat fesbuk kongsi video-video kekejaman Basyar di Syria,Zionis di Gaza, Coup de etat di Mesir terhadap presiden Morsi,rasa tersentuh hati betul.

Kadang-kadang sampai rasa nak pergi perang dan-dan tu lah jugok.

Tapi, bila aku pikir balik, solat Subuh pun aku rasa malas nak pergi berjemaah dekat masjid atau surau berdekatan, ada sampai yang lambat pulok tu,

Rasa down pun ada.

Sekarang ni yang cuma aku mampu buat ialah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar mereka semuanya selamat sejahtera dan menderma apa yang patut. InsyaAllah.

Friday, July 26, 2013

Memori kad raya

Diceduk dari laman fesbuk aku :

           Puasa dah masuk 16 hari, tapi satu habuk kad raya pun gua tak dapat lagi ni.Jadi baran pulak gua tiba-tiba. Selalu masa-masa macam ni paling kurang tujuh,lapan kad dah patut ada dalam tangan gua; selalunya hasil kiriman rakan-rakan sebilik darjah dan juga makwe-makwe kelas sebelah. 

           Dah ada tujuh,lapan keping kad raya baru semangat naik sikit nak gantung.Gua target nak gantung dekat kawasan tangga rumah gua.Mak gua pun dah bagi 'green light' untuk gantung situ. Apa ada hal? 
Serasi gamaknya, dapatlah buat sebagai hiasan dan bacaan bagi para tetamu yang berkunjung nanti.

Sebenarnya, bukan nak buat hiasan pun. Konon.

Biasalah, nak eksyen sikit. Siapa dapat kad raya paling banyak, dialah yang paling power dan paling popular.

Tapi, tu cerita dulu-dulu lah.

Sekarang, benda ni dah pupus.

Macam dinasour; orang putih kabor.


           Ya amppooon. Meraban apa pulak aku ni. Zaman internet, Apple, fesbuk, whatsapp, air sarang anai-anai apa bana semua ni; mana ada lagi 'scene' kirim-kirim kad raya ni. Dapat kad suruh mengundi BN ada la aku dapat awal tahun sudah.

         Kali terakhir aku dapat kad raya, yang betul-betul true punya kad raya ialah 11 tahun sudah. Bekas cikgu kelas aku masa di SAS dulu. Terharu habaq hang bila dapat. Tapi yang tak ada bunyi muzik raya dan bau wangi tu lah.

         Tadi lepas solat Jumaat aku bergegas cari kedai alat tulis sekitar Kulim.Aku ada rancangan besar kali ni.
         Sampai dekat dalam kedai, aku mintak sama adik jaga kedai tu gam, kad manila keras, sampul, liquid paper dan kertas warna dua keping. Aku kabor aku nak beli untuk anak. Adik tu senyum sinis dekat aku. Apa dalam otak dia aku rasa aku dapat baca sikit-sikit.

        Ok. Semua dah lengkap. Cun. Masalah besar sekarang ni ialah pembelian setem. Paling murah setem sekarang aku perati harga dia RM0.50. Patut la kad raya dah pupus. Ramai yang beli untuk buat hiasan saja. Cehh.

          Jangan kacau aku ni. Tengah berjuang ni. Aku pikir nak kirim kad raya ke mak abah aku,mak mertua aku dan kedua belah Opah aku nun jauh di kampung halaman sana. Amacam?
       

Thursday, July 18, 2013

Sahaja aku puasa lain kali....

           Tahun ni punya puasa memang aku jadi cukup indie.Indie dalam bab-bab menguruskan rumah tangga dan urusan kekeluargaan. Tahun pertama berpuasa kami 3 beranak-aku, Sorfina dan Adelia. 2011 dan 2012 punya puasa aku masih menetap dengan keluarga mertua aku.

           Menyambut puasa dengan keluarga kecil ni satu pengalaman yang cukup mendebarkan dan mengujakan. Tambah pulak Adelia dah makin membesar dan banyak ragam. Geram juga aku. Bukan geram betul, geram sebab dia terlampau 'innocent' kata orang putih. Rasa nak cubit-cubit dan gomol aja. Mentang-mentang baru pandai berjalan;lebih kurang 2 bulan sebelum Ramadhan kali ni.

          Disebabkan rumah dah baru, maka perjalanan pun makin dekat. Alhamdulillah. Syukur.10 minit dah sampai rumah dari kilang,termasuk masa jem. Kalau duk Kolumpo, masa jem hangpa toksah nak habaq dia punya power.

          Hujung minggu lepas macam biasa kilang bagi cuti.Aku dan Sorfina pun secara autonya cuti. Dapatlah melepak dengan Adelia. Best woi. Ramadhan hari ke-empat. Aku dan Adelia pekena bangun lambat Sabtu tu. Pukul 11 baru bangun. Amacam?

          Tengah hari tu lepas mandi apa semua, kena bagi makan Adelia. Hampir terlupa pulak aku dan Sorfina yang mek ni sebenarnya belum mencapai status syarat wajib berpuasa. Apa benda pun tak beli lagi,justeru bahan masakan tak ada. Telur ada lah. Jadi, tengah hari tu Adelia makan nasi putih dengan telur dadar goreng.

          Tugas menyuap makanan diserahkan kepada aku. Sorfina ada kerja seperti menyidai baju, mengemas rumah dan lain-lain untuk diselesaikan. Aku mula-mula agak keberatan nak terima tugasan ni, memandangkan nasi putih bersama telur goreng tersebut tampak menyelerakan. Aromanya memang cukup menggiurkan. Puasa-puasa ni nampak nasik putih dengan telur goreng macam nasik biryani sama dengan ayam tandoori.

          Aku sahut akhirnya. Sebab tugas mengemas rumah dan menyidai kain tampak lebih mencabar dan penggunaan kudrat yang tinggi. Aku perlu menjimatkan kudrat untuk memotong rumput di luar rumah petang nanti bersama-sama dengan membasuh kereta secara indie.

           Berselera juga Adelia ni makan telur ayam goreng dengan nasi hasil suapan tangan aku. Sebelum-sebelum ni macam kurang saja selera dia. Macam tau-tau aja aku ni puasa. Tak pa, tak pa. Tunggulah satu hari nanti. Sambil-sambil tu, ada sesekali tu ada jugak aku nak ter masuk mulut nasik-nasik serta telur goreng yang terjatuh dari mulut Adelia. Nasib baik cepat-cepat ingat. Selamat.

''Lain kali lah !" - jawab Adelia bila aku tanya bila mau puasa.

Monday, July 15, 2013

Dilema

Katakanlah, hangpa semua,aku bermaksud kepada yang beragama Islam; berpindah ke suatu tempat baru. Persekitaran baru. Suasana baru. Masyarakat pun baru.

Hangpa berjumpa dengan dua orang manusia. Dua kenalan baru. Bakal teman sebiliklah, katakan.
Kononnya hangpa dapat belajar atau bertugas di luar negara.

Kenalan pertama, seorang Islam. Tapi, Ya Rabbi,perangai dan akhlak macam syaiton nirrojim.

Kenalan kedua, seorang kafir. Tapi, perangai dan akhlak baik habaq hang. Sempoi.

Mana satu yang hangpa nak berkawan dulu?
Mana satu hangpa nak pilih buat jadi teman sebilik?

Tuesday, July 9, 2013

Jatuh cinta

           Aku perati sekarang tengah hangat dengan video seorang remaja perempuan menyatakan perasaan cinta kepada teman lelakinya dengan begitu hebat sekali. Biarkanlah depa. Semoga mereka sama-sama berbahagia hingga ke syurga Firdausi hendaknya.

          Lantaklah deme nak jadi Laila dan Majnun moden sekalipun. Fokus sekarang ialah Ramadhan dan pikirkan nasib saudara-mara seagama Islam kita di serata dunia sekarang ni,lebih-lebih lagi di Mesir, Palestin, Syria, Myanmar dan lain-lain lagi.

          Berbalik kepada Ramadhan al Mubarak ni. Cakap-cakap Ramadhan al Mubarok ni secara auto kepala otak aku terpikir murtabak. Bukannya murtabak ni tak ada di bulan lain, tapi aku pikir Ramadhan dengan murtabak ni macam tak boleh dipisahkan. Kacip dia semacam.Satu lagi secara auto aku boleh teringat sama sorang pelakon drama Melayu lelaki tu.Mubarak Majid nama dia.Hangpa pula macam mana?

          Tadi aku dapat satu mesej pesanan ringkas a.k.a SMS. Aku mati ingat-ingat ada orang nak kabor ke aku selamat menyambut Ramadhan al Mubarak melalui mesej di telefon. Rupa-rupanya mesej dia berbunyi ;

"Ingin tahu rahsia utk dapatkan gadis jatuh cinta padamu? Mudah ! Taip ON MADU ke 38888 untuk dapatkan tips romantis. RM0.50/SMS. "

           Bangang betul. Aku nasihatkan baik belajar bercinta dengan pakwe remaja perempuan yang video luahan cinta dia yang popular tu. Baru seminggu dah macam tu dia punya romance. Apa punya turr.

           Selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga beroleh rahmat dan pengampunan dari Allah S.W.T hendaknya.

Friday, July 5, 2013

Romadhan datang lagi : 2013

          Lagi 3 ke 4 hari lagi nak masuk Ramadhan. InsyaAllah. Alhamdulillah. Tuhan masih panjangkan lagi umur aku untuk bertemu Ramadhan kali ini. Moga-moga la. Ni tadi aku baru lepas pekena makan nasik putih dengan sayur campur sekali dengan gulai daging. Sorfina yang masak. Taubat sedap habaq hang. Terima kasih, sayangku.

          Suasana tengah hari dan nak ke petang di Kulim hari ni memang power. Panas tak panas dan redup tak berapa redup. Kerja pun dah siap.Yang belum settel tu, aku cadang buat minggu depan, sebab bersangkut-paut dengan kemas kini kerja dari orang lain dulu. Benda kerja kat kilang ni semuanya 'domino effect'. Atas tak siap, bawah sangkut.

         Bebanan kerja yang berkurang hari ni menyebabkan hati yang gundah gulana menjadi gumbira. Nak pekena Fesbuk lama-lama pun tak ada hal. Banyak 'scene' nak perlu diambil tahu dan wajar dipandang serius, contohnya bab Metallica nak datang Malaysia lepas Ramadhan dan musim perpindahan pemain-pemain bola sepak seantero Eropah. Tapi pyang memang serius betul ialah pasal Mesir dan presiden Morsi. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk menunjukkan kebenaran.

         Layan Fesbuk, maka sesuatu harus dilakukan; contohnya mengemas kini status masing-masing. Jika nak makan, selalunya anak muda kini akan mengemas kini status depa dengan kata-kata saperti " Ewwww, laparlah..Nuck makan aperr yeeww??". Aku juga turut mahu ikut serta. Lalu mengemas kini status saperti dibawah :

"Gua syak lah, benda-benda perdebatan saperti korek hidung batal puasa atau tidak,kedalaman korek hidung tu macam mana,iftargram,puasa tapi tak tutup aurat atau tak solat, terawih 8 rokaat atau 20 rokaat, tazkirah masa terawih,isu hadis palsu pasal fadhilat solat terawih,baju kurung raya, kueh almond London kat mana yang sedap untuk ditempah; bakal hit tak lama lagi.

Percayalah."

-Anonymous-

           Benda korek hidung, korek telinga apa bana ni semua buat aku dah macam nak terajang tin kuat-kuat pun ada. Tiap-tiap tahun ada. Justeru, aku pun mengambil keputusan untuk meng'Google' perkataan "hukum korek...". Belum sempat nak habiskan perkataan, dah ada cadangan carian saperti di bawah :


           Bangang. Tersenyum nipis jugaklah aku depan komputer ni sorang-sorang. Nah, hangpa baca tulisan Ustaz Zaharuddin ni pasal puasa.


Nota kaki : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html
 

Wednesday, July 3, 2013

Makan dan kegemukan

         Aku tetap mendokong dan menyokong dengan sepenuhnya saranan yang diberikan oleh seseorang Ustaz,atau mana-mana alim-ulama'-yang menyarankan agar ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian, termasuk dalam hal ehwal pemakanan, walaupun Ustaz atau alim-ulama' tersebut mempunyai badan yang gemuk dan membadak.

        Aku perati banyak para Ustaz dan Alim Ulama' yang gemuk dan membadak,walhal, menyeru ummah untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W dalam tatacara makan dan beriadah untuk kesihatan. Ini sesuatu yang masyarakat perlu ambil berat.

        Benda gemok dan gempal ni sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan, tapi ianya perlu dibincang secara terbuka demi masa depan yang cerah dan sihat. Soal emosi disebabkan hangpa gemuk perlu tolak tepi. Aku sendiri pernah gemuk dan sekarang ini juga menuju gemuk semula. Maklum-maklum sajalah.

Kechil-kechil dahulu aku pernah makan macam ni

       Gemuk dan badan membadak ini sesuatu benda yang perlu dipandang serius. Ada sekali tu aku jalan-jalan nak pergi beli makan di pasar malam, terperati ada banyak kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 ke 7 tahun yang ada disitu, mengikuti ibu-bapa mereka barangkali -kesemuanya 'sihat-sihat' belaka dan mepunyai bentuk badan menawan bak 'Michelin Man'.

        Entah la. Sebagai seorang lelaki yang mempunyai naluri kebapaan, aku rasa sakit hati betul. Rasa nak terajang tin pun ada masa tu. "Kena bendung ni, kena bendung ni. " kata aku dalam hati.

       Satu lagi pasal kaitan kerja dan makan. Kalau dah kerja dalam air-cond, belek-belek fail, mesyuarat dalam bilik ada air-cond, duduk atas kerusi empuk dan segala apa bana lagi yang sedap-sedap dalam pejabat tu, sekali 'time' makan, pekena nasik dan apa bana lagi makanan kau ambil- macam kerja kontrek.
Hangpa cuba perati yang kerja kontrek, Mat Bangla kerja berat apa semua makan macam mana.

       Memang membadak la jawabnya badan kau macam tu woi. Makan tu berkadaran lah dengan tahap kerja.



Kredit gambar : www.fastcoexist.com

Friday, June 28, 2013

Menuju negara maju

        Kita sebenarnya perlu sedar yang hingga saat ini, kita tinggal lagi 6 tahun setengah lebih kurang untuk menuju tahun 2020, dimana tahun yang diimpikan oleh Tun Mahathir,ataupun Isham Tukar Tiub selalu menggelarnya Madey ataupun Anak lelaki Iskandar Kutty- untuk mencapai Wawasan 2020.

       Masa tu Malaysia sasarkan semuanya dah maju. Fikiran dan fikrah hidup juga maju. Masyarakat akan memandang jelek kepada sesiapa yang tidak mahu maju dan malas. Masalah gemuk juga mungkin akan berganda, ataupun berkurang disebabkan faktor maju yang power itu. Tapi, itu menurut pikiran aku sahajalah.

      Pagi tadi kasut aku kena gula-gula getah. Habis tapak kasut.

      Bangang.

      Apa depa tak sedar ka yang untuk menjadi dan menuju negara maju Wawasan 2020, sampah hatta sekecil singgam (gula-gula getah) sekalipun, perlu dibuang di dalam tong sampah?

Wednesday, June 19, 2013

Udang lipan

Sadikit pengenalan tentang Udang Lipan [Mantis Shrimp]

Cerita ini, cerita lama. Cerita dua minggu sudah. Tapi aku nak cerita juga.

           Sa-pinggan udang lipan telah ku beli dari pasar malam Kelang Lama beberapa jam tadi dan apabila sampai di rumah, ianya terus di siang. Pak cik penjual itu yang memberi tunjuk ajar cara menyiang udang lipan dengan betul.

           Untuk sa-pinggan udang lipan ini aku telah ditawarkan dengan harga RM5 dan aku berasakan ianya agak berbaloi dengan total 14 ekor kesemuanya. Haiwan crustaceans ini bakal dibuat goreng kunyit ataupun goreng bercili.

          2 orang pekena udang lipan masak bercili,nikmati bersama ikan goreng garing masak kicap,bersama-sama dengan nasik putih panas-panas; memang masyuuk wa cakap lu. Jom pekena masak sendiri.

Friday, June 14, 2013

Penjagaan anak

          "Dalam bab-bab menjaga anak kecil ni,gua rasa antara benda yang bakal gua 'miss' gila bila anak dah besar ialah part basuh berak baby..tampak mudah,tapi banyak liku-liku sebenarnya."
-Anonymous-

          Jangan sangka urusan-urusan seperti penjagaan bayi dan membasuh berak anak hanya terletak di tangan ibu,ummi, mama, mak, mother atau amma.Jangan.

Tuesday, June 11, 2013

Gunting kelapa

           Dua tiga minggu lepas aku dapat balik menziarahi Opah aku di Selama. Alhamdulillah. Dia masih sihat walaupun tak boleh bergerak sangat. Cepat lenguh katanya. Maklumlah, umur dah masuk 84 tahun. Cuma yang tak best sikit opah tak boleh jalan naik kereta jauh-jauh. Naik kereta dalam 15 minit dah mengadu sakit belakang. Apa nak buat.

          Sekarang Mak Ndak aku yang duk jaga Opah. Banyak betul jasa Mak Ndak jaga opah,lepas kematian Mak Long 4 tahun lepas. Justeru, Opah dah tak banyak lepak di rumah dia di Rantau Panjang, lebih kurang 6 kilometer dari pekan Selama.

           Sesekali dapat balik kampung memang sempoi habaq hang. Segar betul udara. Ada sekali Opah aku minta tolong aku kupas kelapa,atau orang Utara cakap 'buah Nyoq'. Katanya,nak santan untuk buat masak lemak pucuk paku. Memang terbaik dari ladang bikam wa cakap lu, kalau Opah atau Mak Lang aku buat masak lemak pucuk paku. Makan nasik memang tak sah tak tambah woi.

         Opah aku cakap takat kupas kelapa/nyoq ni kerja orang perempuan ja. Orang perempuan dulu fizikal kuat-kuat. Habaq apa saja benda lasak -masuk hutan, menoreh getah, tebas semak, buat bendang, panjat pokok dan lain-lain. Opah aku cakap dulu dia masa kerja menoreh getah dulu siap mengendong Mak Lang aku (baru 1 tahun lebih) masa tengah menoreh. Power tak power.

          Aku harap Adelia bila dah hidup dalam zaman Wawasan 2020, tak lupa susah payah orang-orang yang terdahulu.

Aku ingat nak kupas guna gigi saja, tapi cepat-cepat Opah aku halang.

Thursday, June 6, 2013

Ampang Medikal

         Ada suatu pagi hari bila entah, tak silap aku hari Ahad,aku ada tertonton satu drama Melayu di TV9, Dekat di hati.Nak buat guana, pasang-pasang TV secara auto dah terbukak saluran tu. Aku syak semalam Adelia ada tertekan punat Astro saluran 119,sebab dia suka main remote control. Adelia jugak yang kena.

         Makanya,keluaqlah satu cerita yang tajuknya agak power di TV, yakni 'Gampang Medikal'.Ya amppoon,maaf. Bukan Gampang Medikal, tetapi Ampang. Merujuk kepada sebuah pusat prubatan di Ampang, Selangor.

          Aku sempat bermonolog sambil memuji-muji seketika kemajuan drama di Malaysia. Pergh,memang maju nak ke tahap wawasan 2020.Sudah mula memaparkan cerita-cerita perubatan berteknologi tinggi dan cerita ilmiah;ala-ala E.R, Chicago Hope,House, Scrub, Grey's Anatomy dan lain-lain.Tumpang bangga la sekejap.

          Aku mula ambil satu sudut di tepi kerusi panjang dan ambil posisi yang nak kata sedang duduk pun boleh, dan nak kata sedang separuh baring pun boleh. Adelia masa tu tidur balik,lepas pekena mandi dan susu badan awal pagi tadi. Sorfina pula sibuk di dapur membuat sesuatu.

******

      10 minit aku layan cerita ni. Kemudian aku sabar balik.Tunggu lagi 10 minit. Jahanam betul. Rugi 20 minit aku.20 minit aku layan drama Ampang Medikal ni, dalam 20 minit tu jugak lah ada babak doktor tengah layan cinta,doktor muda perempuan baru (Yasmin Hani dan Julia Zigler tak silap aku) dapat jadi houseman tengah bergaduh berebut doktor lelaki kacak, babak ada satu doktor senior yakni Azhar Sulaiman tengah periksa mulut ada satu nurse muda dan cakap ini hanya demam biasa dan tidak dilupakan, 2 babak makan minum dekat pantry hospital.Gamp&ng. Mananya babak ilmiah dan terminalogi perubatan disitu woi?

Taubat lepas ni drama Ampang Medikal aku ban siap-siap. Banyak lagi kena belajar. Banyak lagi.

Tuesday, June 4, 2013

Pantas dan Garang 6

           Bak kata pepatah, besar tapak tangan,nyiru kami tadahkan. Begitulah yang terjadi kepada aku dan Sorfina semalam.Demi meraikan ulangtahun kedua perkahwinan kami,kakak ipar dan adik ipar aku menawarkan diri untuk menjaga Adelia selama beberapa jam. Justeru, kami berpeluang untuk bersiar berdua-duaan,lantas mengimbau dan menyemarakkan lagi kenangan zaman percintaan dan mengukuhkan ikatan rasa kasih sayang antara kami berdua. Alah, macam zaman muda-muda dulu.

         Alhamdulillah, setelah berpenat lelah mengemas rumah dan melangsungkan majlis kenduri kesyukuran pada hari sebelumnya, akhirnya mendapat ganjaran untuk keluar berdua-duaan tanpa Nur Adelia tercinta.

         Pokoknya, masa dan peluang yang ada harus dinikmati. Aku dan Sorfina dah lama mengidam nak tengok cerita-cerita best di panggung wayang. Orang Kedah kata kalau nak menonton wayang, depa akan cakap 'Nak tengok gambaq.' Sejak Nur Adelia hadir dan masa mengandung pun, memang aku dah tak pernah pergi menonton di panggung wayang lagi.

          Makanya, pergilah kami menonton wayang setelah menyerahkan Adelia kepada kakak ipar dan adik
ipar aku. Pertemuan dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Puuihh. Rahsia la sangat. Apa hangpa ingat ni nak bagi duit tebusan ka apa.Jumpa di restoran ja woi.

          Bini aku Sorfina macam ada sebak-sebak sikit masa nak serah dan tinggalkan Adelia kepada kakak dan adik dia.Segala bekalan susu, lampin, baju salin dan apa bana lagi diberi.Tapi aku steady lagi. Aku syak sebak sekejap je tu, kang masa pekena wayang nanti pelan-pelan la hilang perasaan tu, ye dok? Aku kurang sikit rasa sebak ni sebab teringat ke wayang lebih. Tak mithali punya ayah.

          'Last minute' punya plan,baru nak tengok cerita apa ada di panggung guna telefon pintar.Mulanya,
nak pekena gambaq 'Lelaki Besi 3', tapi mula cerita pukul 6.45 petang. Lewat, lewat. Justeru,gambaq 'Fast and Furious 6' menjadi pilihan. Memang ini ja pun yang aku perati sedap untuk dilayan. Cerita macam 'Bikers Kental' dah aku tolak tepi siap-siap.

Dah lama tak bau tiket wayang

           Sorfina belanja tiket, makanya,aku belanja makan bertih jagung, air kosong sebotol dan secawan air 
keluaran syarikat Yahudi bersaiz sederhana, yakni Coca-Cola. Bukan kedekut, tapi kami baru lepas pekena
nasik.Dan,maaf juga sebab lupa pulak nak boikot barang Yahudi. Balik semalam baru teringat.

           Baik. Berbalik kepada topik utama,yakni mengenai filem Fast and Furious 6 dan dalam Bahasa Melayunya, 'Pantas dan Garang Enam'. Jikalau laman kajian filem tersohor, Rotten Tomatoes, memberikan 72 % tomatometer dan responden laman pula memberikan 87% pada filem ini, aku pula memberikan 70%.
70% kerana ianya sedap dan bagus untuk ditonton dan 20% pula hilang kerana banyaknya elemen yang tidak masuk akal diselitkan dalam filem aksi ini.

          Babak seksi tu kita tolak tepi sebab dah cerita orang putih nak buat guana,tapi memang seksi,ya Tuhan. Mak bapak memang kena sekat anak-anak punya pandangan dalam sesetengah babak dalam filem ni.

           Ke mana hilangnya lagi 10%?

Dalam filem ni, bagi aku dia punya 'villain' yakni orang jahat, memang agak power dari sebelumnya. Bekas askar la katakan. Memang aku nak sangat orang baik mati,atau watak utama mati. Sebab dah lama sangat dan memang boleh mati pun agaknya, terutamanya tang aksi dekat jambatan tu. Tapi nak buat guana, hidup dan mati sesuatu watak berada di tangan tukang buat filem. Makanya, hilang 10% undian aku terhadap filem ini akibat hero tidak menemui ajal.

           Di akhir cerita, ada keluar satu mamat ni. Aku memang kenal dia walaupun dia tak kenal aku. Jason Statham. Nampaknya, pandai betul pengarah filem ni pancing penonton. Nak suruh orang pakat tengok Fast and Furious 7 la tu nanti.

           Selesai cerita, aku dan Sorfina pun balik dan mengambil Adelia semula. Sorfina memang masa tengah saspens pun sempat dok mesej kakak ipar aku lagi, nak tanya perkembangan Adelia. Memang mithali dan solehah sungguh. Sayang sungguh dia dekat Nur Adelia. Akhirnya, kami tiga beranak dipertemukan semula. Alhamdulillah.

Walaupun tak dapat pekena tengok wayang, kegembiraan jelas terpancar di muka Adelia. Ayah dan ibu pula gembira dapat 'dating' berdua.

Tuesday, May 28, 2013

Hamidah, Qasidah....jalan dahhhh !

Dalam rahim ibu, kau gemar bergerak
Dalam rahim ibu, kau gemar menendang,
Kau akhirnya keluar melihat dunia,
Kau mula menelusuri dan menjengah wujudiyah kehidupan,

Kau berbaring dan mula memikirkan apa dunia ini sebenarnya,
Saat dan tika kau sudah bosan untuk asyik berbaring,
Kau mula meniarap dan berpusing menelentang,
Sekian lama kau meniarap dan berasa lenguh untuk mendongak,
Kau cuba untuk mengesot menuju entah mana destinasi,

Apa yang kau bicarakan langsung aku tak paham,
Namun aku mengerti, hati kau mula memahami akan kehidupan,
Kau mula memberi tindak balas kepada cahya, bunyi dan seumpama,
Kau tidak mengerti apa-apa dan punya sifat ingin tahu,
Yang amat menakjubkan sekali,

Apabila kau mula belajar untuk duduk,
Kau mula memerhatikan sekeliling,
Kau tenung dan renung,
Duduk, dan kemudian merangkak menuju arah pilihan,
Dalam perjalanan, kau kutip apa sahaja lalu masuk ke dalam mulut,
Pantang nampak sungguh!
Saat kau pandai mencium pipi aku,
Ooh...begitu indah dan tenang sungguh perasaan ini,
Hilang segala perit dan jerih dunia yang membebani,
Kau hulurkan dan depakan kedua tangan,
Meminta untuk diangkat,didukung dan dimanja,
Kau sudah pandai bermain dengan memek muka,
Aku dan ibu kau ketawa tidak kering gusi,

Ada masanya kau membebel dan mengomel,
Entah apa yang disampaikan-langsung aku tidak paham,
Adakah kau ingin sampaikan sesuatu mesej?
Kemudian kau menepuk tangan,
Kau gembira dengan sesuatu,
Kau sudah dapat memegang dengan bagus sekali,

Demam sesuatu yang kau tidak dapat lari darinya,
Tumbuh gigi suatu perkara besar dalam kehidupan ini,
Maka Tuhan anugerahkan kau demam,
Untuk kau belajar dan memahami makna tentang kehidupan ini,
Juga, maafkan aku dan ibu,
Sekiranya kami kerap membuli dan mempermainkan kau,

Ada masanya emosional kau berada di paras tertinggi,
Jenuh juga untuk dipujuk dan dirayu,
Tangis kau kadang-kala menguji kesabaran,
Bila kau membuang air besar,
Itu juga menguji.
Menguji tahap ketabahan hidung aku,

Gerak kau semakin cergas dan lasak,
Tangga, kabinet, meja, kerusi, celah dapur semua kau redah,
Nasib baik pokok durian tidak dapat kau panjat,
Kalau tidak, apa jadi pun aku pun tidak tahu,
Kau perhatikan aku memandu kereta,
Lantas aku biarkan kau memandu,
Maaf, bukan memandu,
Tapi hanya memegang stering kereta,


Kau sukakan kucing,
Kau berteriak apabila bertemu dengan kucing,
Aku harap kau menjadi saorang yang penyayang,
Dan menyayangi makhluk Tuhan,
Namun aku risau akan sifat alah kau,
Kau hanya dapat perhatikan dari jarak yang tidak berapa dekat,
Kau belajar yang tiap manusia punyai batasan,
Tuhan menetapkan batasan pada hamba-hambaNya,

Kau mula berdiri sendiri,
Kau berdiri dan memerhatikan sekeliling,
Kau ingin ke depan,
Kau berfikir untuk ke depan bukan dengan tangan,
Lalu kau cuba untuk melangkah,
Kau takut,
Kau melangkah dengan berhati-hati,
Kau jatuh, namun bangun semula,
Ada masanya, kau sambung dengan merangkak laju,

Banyak benda yang telah kau belajar,
Saat kau keluar dari rahim ibu kau hingga sekarang,
Hidup ini sebenarnya hanyalah sebuah perjalanan, sayangku,
Kehidupan yang kekal abadi matlamat sebenar,
Semoga kita semua dirahmati Tuhan.



Selamat berjalan dan berkelana dalam kehidupan, Nur Adelia.


Thursday, May 23, 2013

Jemputan

            Kepada hangpa semua, dijemput hadir ke majlis kechil-kechilan dan yang tak seberapa ini, yang dibuat bersempena masuk rumah baru ni di Kulim. Bukan ajak-ajak ayam ni, tapi jemput betul-betul. Jemput mai jom.Disebabkan jemputan, maka aku akan tulis dengan ayat skema buku teks Bahasa Melayu.

******

Bismillahirrahman nirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera,

            Dengan rasa penuh kesyukuran dan besar hati, kami, Mohd Fahmi Ismail & Nur Dini Sorfina Azaman, ingin menjemput kalian semua ke majlis kesyukuran+ bacaan Yasin; sempena meraikan rumah baru kami di Kulim dan juga sambutan ulangtahun kelahiran anak kami yang pertama.

Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh :  1st June 2013 (Sabtu) /22 Rejab 1434 Hijrah
Masa   : 11.00 pagi - 3.30 petang
Lokasi :  326, PERSIARAN KULIM UTAMA 1/3,
               KULIM UTAMA,
               09000, KULIM,
               KEDAH.

          Semoga dengan kehadiran tuan dan puan serta sekeluarga sekalian dapat memeriahkan lagi majlis. InsyaAllah.

Peta harta qarun

Monday, May 20, 2013

Apa lagi rakyat mahu?

         Baik. Ini merupakan berita lama. Lama tak lama, tapi aku nak cerita jugak la sebab ramai orang masih duk bersembang pasal benda ni. Aku bekerja di kilang dan kebanyakan member-member kilang terdiri dari pelbagai bangsa terutamanya bangsa Tionghua/Cina. Depa ada bercakap dengan aku pasal ni dan ada lah luahkan sedikit rasa kecewa. Jenuh jugak lah aku duk terangkan pasal benda ni.

         Sekitar berita utama akhbar-akhbar di Malaysia lebih kurang 2 minggu lepas selepas keputusan PRU 13 diumumkan. Bagi akhbar berbahasa Tamil, aku dapati banyak akhbar 'online' mereka yang gagal untuk dikemas kini dan diterjmah dengan menggunakan aplikasi 'Translate' oleh Chrome.

         Aku tak sempat untuk mengambil sumber berita beberapa akhbar lain terutamanya yang hanya beroperasi secara online;seperti The Malaysian Insider, MalaysiaKini atau KLpost.

         Semoga perpaduan antara kaum akan terus terpelihara dalam negara Malaysia ini. InsyaAllah.